Skip to main content

Posts

Showing posts from 2011

TR : Rugby Project 2012

Show Your Spirit, Fly Our Flag High (SMVTP) Sekali lagi untuk tahun 2012, kami akan sekali lagi menghabiskan masa yang banyak dipadang latihan untuk kembali membentuk pasukan utama SM Vokasional Tanjung Puteri yang terbaik dan segera melupakan pasukan TR2010-2011 yang telah pun membawa nama SM Vokasional Tanjung Puteri terbang tinggi. Terutamanya melalui kejayaan yang dilakar di KATV Kebangsaan 2011 di Kuantan. Sesudah mencapai kejayaan tersebut, hasil usaha kuat sepasukan yang mula sentiasa menunjukkan komitmen 'sejak hari pertama' (since the very beginning) berlatih dan terus berlatih, hari ini kami menyedari, betapa benarnya kata-kata cerdik pandai bahawa "Mengekalkan kejayaan lebih sukar berbanding menciptanya". Padang SMVTP Untuk TR:Rugby Project 2012, matlamat utama kami ialah untuk mengekalkan kedudukan tempat ketiga di Kejohanan Ragbi KATV Peringkat Kebangsaan. Dan sudah tentulah, untuk mencapai keperingkat tersebut kami perlu mengharungi cabaran di pe

Tahniah Harimau Muda!!

Penulisan ini merupakan komen penulis di Malaysian Sports' Loose Cannon  untuk artikel 'Ong memang ada ong'. Suatu masa dahulu, dalam permainan bola sepak, jika saya kagum, saya akan kagum dengan pemain.. Masa berlalu, kefahaman saya yang sebegitu turut berubah, disamping pemain saya turut kagum dengan 'coach' yang sebenarnya memainkn peranan yang lebih besar dalam memberikan sentuhan 'tactical wise'. Jika boleh ditambah dari penyataan Rizal di atas - Saya masih ingat OKS menyatakan kekesalan selepas skuad Sukan Sea U23 ini dihentam agak teruk selepas hanya mencatatkan keputusan seri dengan 'statement' - 'Anda boleh hentam, tapi jangan hentam dulu selagi Sea Games belum tamat..' (lebih kurang begitulah maksudnya) ternyata OKS mengatur permainan yang 'sedikit berbeza' dari aspek taktikal ketika menentang Singapura untuk menyukarkan lawan yang lain dari membaca permainan Malaysia..  OKS juga berjaya menjadikan perlawanan-perlawanan

Sepetang di Tropical Inn, Johor Bahru

Pemain-pemain Ragbi Tanjung Rhinos 2010/2011 Setelah beberapa ketika berkira-kira untuk mengadakan jamuan penghargaan untuk semua pemain TR 2010-2011 terutamanya persoalan mengenai tempat dan masa, namun keizinan dan ketentuan Nya akhirnya majlis ini berjaya direalisasikan pada petang Khamis, 17 Nov 2011. Majlis Jamuan Penghargaan Pasukan Ragbi SM Vokasional Tanjung Puteri - suatu majlis yang bertujuan khusus untuk memberikan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dalam pembangunan sukan ragbi SM Vokasional Tanjung Puteri terutamanya pihak pengurusan sekolah, penaja-penaja, barisan kejurulatihan, unit sukan dan pemain-pemain. Majlis yang berakhir selepas tamatnya perlawanan Bola Sepak Sukan Sea, Malaysia vs Indonesia ini telah berlangsung dengan jayanya hingga ke akhirnya. Ribuan terima kasih sekali lagi kepada semua yang telah bersama membangunkan Pasukan Ragbi SM Vokasional Tanjung Puteri. Semoga kita kembali bekerjasama lagi. Cenderahati dan sijil pengha

Majlis jamuan penghargaan TR 2010-2011

Kad undangan Majlis Jamuan Penghargaan TR 2011 Majlis pertama seumpama ini untuk TR Generasi 2011-2012 terus berusaha gigih lagi supaya kita dapat meraih kejayaan yang lebih besar dan menerima penghargaan yang lebih besar.

Pasukan Ragbi U-15 English College, Johor Bahru (MSAB)

Perlawanan persahabatan SMVTP - EC kali ke 3 10 Nov 2011, Khamis. Perlawanan persahabatan terakhir untuk tahun 2011 menentang Pasukan Ragbi U-15 MSAB yang akan mewakili Johor untuk Kejohanan Ragbi MSSM 2011 yang bakal berlangsung di Melaka pada 20-21 Nov 2011. Ternyata usia bukanlah sesuatu faktor yang terpenting apabila Pasukan EC mudah mendominasikan perlawanan pada pagi ini. Perlawanan persahabatan ini juga turut berjaya mengukur kemampuan sebenar pasukan dan berjaya mendedahkan kekurangan dan kelemahan yang perlu diatasi pada tahun hadapan. Akhir kata, terima kasih Pasukan English College di atas kesudian mengadakan perlawanan persahabatan pada pagi ini dan semoga berjaya di Melaka nanti. Perkataan-perkataan terakhir jurulatih sebelum mereka memulakan permainan EC membuat sepak mula Sesi memanaskan badan sebelum perlawanan Pemandangan indah sekitar Padang MSAB

Pasir Gudang Rugby Team "The Rhino"

Memori ketika bertemu pasukan yang sama awal tahun 2011 yang lalu. 8 November 2011, Selasa. Beberapa kesukaran yang dihadapi ternyata tidak mematahkan semangat kami - terutamanya anak-anak muda dari Pasir Gudang "The Rhino" untuk merealisasikan perlawanan persahabatan pada petang ini. Kehadiran mereka seramai sekitar 20 orang dengan menaiki kenderaan sendiri, tanpa jersi apatah lagi mendapat sebarang tajaan,  memang menunjukkan kecintaan mereka yang mendalam terhadap sukan ragbi. Kesungguhan mereka di luar padang berterusan hingga ke dalam padang. Mereka komited untuk memberikan persembahan yang terbaik. Kemenangan atau kekalahan bukanlah kayu pengukur terbaik untuk sesuatu perlawanan persahabatan seperti ini, sebaliknya membina persahabatan dan silaturrahim seperti ini sendiri sudah membawa makna yang cukup besar. Penilaian buat Tanjung Rhinos pemain-pemain semakin selesa untuk bermain walaupun berhadapan dengan lawan yang lebih dewasa, ini bermakna mereka telah berjaya u

Perlawanan persahabatan : SMV Tanjung Puteri vs UDA Rugby

Tanjung Rhinos di padang ragbi SMKBBU yang baru 2 November 2011, Rabu. Pasukan Ragbi Tanjung Rhinos telah berkunjung ke SMK Bandar Baru Uda untuk mengadakan perlawanan persahabatan ragbi. Pasukan Uda Rugby yang dibimbing oleh Cikgu Suzeli telah beberapa kali bertemu dibeberapa kejohanan termasuk Iskandar Malaysia Rugby Challenge 2010, Kejohanan Ragbi MSSD Johor Bahru dan beberapa siri perlawanan persahabatan. Perlawanan petang ini merupakan medan untuk kami mencuba beberapa perkara untuk menghasilkan dan mewujudkan pasukan yang lebih baik. Keseluruhannya, percubaan kami menghasilkan keputusan yang sangat memberangsangkan dan memberikan bentuk permainan yang lebih baik dan berkesan. Beberapa siri perlawanan persahabatan telah diatur sebelum tahun 2011 menutup tirai. Kami menanti hari Khamis minggu hadapan untuk menerima kunjungan Uda Rugby ke laman kami untuk kembali berentap. Pasukan Ragbi UDA

Go Hard Again

Tribute to Tanjung Rhinos 2010-2011 Mencari kejayaan yang lebih besar - SPM 2011 Selamat maju jaya buat semua Pemain TR 2010-2011 yang akan menduduki SPM 2011. Anda pernah melalui saat-saat gembira mengecapi kemenangan hasil usaha yang tidak pernah putus-putus dan didorong oleh jiwa yang tidak mudah dikalahkan. Ayuh lakukannya sekali lagi dalam SPM 2011 anda.

Tanjung Rhinos vs PDRM Johor : Perlawanan persahabatan

Barisan Pemain Tanjung Rhinos 2011-2012 menentang PDRM Johor 12 Okt 2011, Selasa. Tahniah kepada Pasukan Tanjung Rhinos kerana berjaya mengungguli perlawanan persahabatan paling kompetetif yang pernah berlangsung di Laman Tanjung Puteri. Kemenangan ini walaupun daripada perlawanan persahabatan amat bermakna buat kami terutamanya kepada barisan pemain Tanjung Rhinos yang baru. Kedua-dua pasukan telah bersaing sengit dan perlawanan berlangsung dengan begitu mendebarkan sejak dari sepak mula lagi dan telah menarik perhatian ramai penghuni asrama untuk menyokong pasukan kesayangan mereka. Pasukan PDRM Johor berjaya mendapatkan 'try' awal ketika kami bergelut untuk mengatasi rasa gemuruh sebelum Beto kembali menggamatkan keadaan dengan mendapatkan 'try' pertama Tanjung Rhinos dalam tempoh 25 minit yang pertama. Tanjung Rhinos meningkatkan asakan dan banyak menguasai bola dengan kemasukan beberapa pemain Tingkatan 5 dan berjaya mendapatkan 2 'try' lagi menerusi Haz

Kejohanan Ragbi Jemputan Kajang X 2011

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA : Satu inspirasi Kejohanan Ragbi Kajang X 2011 adalah merupakan kejohanan tahunan kali kedua. Kejohanan anjuran Kelab Ragbi Kajang (KRC) dengan kerjasama Persatuan Ragbi Putrajaya (PRP) telah berlangsung di Padang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 8-9 Okt 2011. Terdapat dua kategori yang dipertandingan iaitu kategori sekolah bawah 18 Tahun dan kategori Terbuka Jemputan Kelab. Tanjung Rhinos telah menghantar pasukan bawah 16 Tahun untuk tujuan mendapat pendedahan di sana. Berikut merupakan keputusan perlawanan melibatkan Tanjung Rhinos di Kejohanan Ragbi Jemputan Kajang X 2011  Tanjung Rhinos vs KOSAS  0-14 Tanjung Rhinos vs SMK Jalan Bukit  14-14  Tanjung Rhinos vs SMK Saujana Impian  7-0 Tanjung Rhinos vs SMK Jalan Bukit  0-21 (Penentuan CUP/PLATE) Tanjung Rhinos vs SMK Saujana Impian 0-5 (Semi Final PLATE) Gagal untuk mendapat tempat yang baik walaupun kelihatan berpeluang cerah pada peringkat awal. Namun kami berjaya mengutip pengalaman

Persahabatan dengan English College Johor bahru (MSAB)

Mengabadikan kenangan Perlawanan persahabatan SMVTP - EC kali ke-2 2011 14 Sept 2011, Rabu. Perlawanan persahabatan pertama untuk pemain-pemain ragbi SMVTP 2011/2012 dan perlawanan persahabatan kali ke-2 dengan Maktab Sultan Abu Bakar. Kembali semula untuk membina pasukan yang baru. Pemain-pemain baru mula berlatih dan diberi kepercayaan untuk menyarung jersi kebanggaan SM Vokasional Tanjung Puteri. 18 orang pemain telah dipilih untuk perlawanan persahabatan pada petang ini. Dengan jumlah pemain yang baru pertama kali bermain untuk perlawanan kompetetif buat kali pertama, kami tidak meletakkan sebarang harapan yang tinggi petang ini. Tujuan utama hanyalah sekadar memberi pendedahan awal kepada mereka. Beberapa perlawanan persahabatan dan 'tournament' akan kami sertai untuk membina pasukan yang lebih baik. Perlawanan pada petang ini dimenangi oleh MSAB tetapi kami berjaya memenuhi objektif kami. Perlawanan terpaksa diberhentikan sejurus kedatangan hujan yang semakin lebat.

Malaysia : Suatu hari nanti..

Dipetik dari Utusan Malaysia Online - Sukan (3/9/2011)  http://www.utusan.com.my Malaysia bakal jadi 'kuasa' ragbi Asia JOHOR BAHRU - Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) yakin skuad ragbi negara bakal menjadi 'kuasa besar' dalam sukan itu di peringkat Asia tidak lama lagi, malah mempunyai peluang cerah layak menyertai acara tersebut yang kembali dipertandingkan dalam Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil kelak.  Naib Presiden 1 KRM, Ibrahim Che Awang berkata, perkara ini sudah terbukti apabila pasukan ragbi  junior  bawah 20 tahun berjaya menewaskan Hong Kong pada peringkat akhir Cabaran Kesatuan Ragbi Asia 7's (ARFU 7's) dalam Johor Rugby Carnival 2011 di sini, bulan lepas. "Terbaru enam orang daripada skuad muda ini diserap ke dalam pasukan kebangsaan untuk menyertai sirkit Asia di Shanghai, China bagi mengumpul mata kelayakan untuk Hong Kong 7's pada tahun depan.  "Langkah ini diambil sebagai pendedahan agar mereka bersedia untuk ke Olimp

Kejohanan ragbi terbuka sepanjang Oktober

Kejohanan Ragbi Antarabangsa  KGV 10's  2011 22-23 Okt 2011 Kajang X Invitational 8-9 Okt 2011 Sepanjang Oktober nanti, Tanjung Rhinos dijadualkan untuk menyertai 2 kejohanan ragbi terbuka iaitu Kajang X Invitational 2011 yang akan berlansung pada 8-9 Okt 2011 di UKM Bangi. Kejohanan ini merupakan anjuran Kajang Rugby Club (KRC) dan KGV International Rugby Tournament 2011 yang akan berlangsung pada 22-23 Okt 2011 di SMK King George V, Seremban dan turut dianjurkan oleh mereka sendiri (sila klik untuk info pada nama kejohanan). Kedua-dua kejohanan yang bakal disertai ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan beraksi pada peringkat terbaik kepada pemain-pemain Tanjung Rhinos 2011/2012. Kami juga berharap agar dapat mengadakan beberapa siri perlawanan persahabatan sebelum berlangsungnya kejohanan-kejohanan tersebut.

Rugby World Cup 2011 New Zealand

Kejohanan Ragbi paling berprestij yang berlangsung 4 tahun sekali dengan menghimpunkan 20 pasukan mewakili negara-negara yang terbaik dari seluruh dunia bakal berlangsung pada 9 Sept 2011 (jumaat). Perlawanan pembukaan adalah pertemuan pasukan New Zealand menentang pasukan Tonga. Kedua-dua pasukan telah diundi di dalam kumpulan A. Sila klik sini untuk jadual lengkap RWC 2011. Walaupun kehadiran RWC 2011 tidak disambut sehangat Fifa World Cup, namun sebenarnya ragbi sedang berkembang dengan sangat baik di Malaysia. Mungkin juga sesetengahnya sudah mula mengimpikan agar pasukan Malaysia beraksi di pentas RWC ini. Apapun segalanya mungkin. Kepada peminat-peminat ragbi, dapatkan inspirasi sebenar dari perlawanan-perlawanan paling kompetetif dalam RWC 2011. Sila jengah ASTRO anda disaluran 816 (ASSP2) atau 817 (ASSP3) untuk mengikuti siaran langsung pasukan-pasukan pilihan anda. Waktu di bawah merupakan waktu anggaran berdasarkan waktu Malaysia yang 4 jam awal dari waktu di New Zealand. Se