Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2011

Alhamdulillah

buat pertama kali Tanjung Rhinos di SMKPG3 Pasir Gudang Syukur kehadrat Allah swt di atas banyak perkara, antaranya : Kami masih bernafas hingga ke saat ini. Masih mampu berlatih, menjalinkan hubungan dengan sahabat-sahabat baru dan masih mampu mencetus idea-idea baru yang sedia untuk diterjemahkan dalam kehidupan seharian. SMKPG3 sudi menerima kunjungan kami walaupun kami hanya menghubungi mereka pada saat-saat akhir. Apapun, mereka cukup ramah menerima kedatangan kami. Terima kasih SMKPG3. Awan berarak mendung di minit-minit awal permainan. Seakan memberi penyataan yang perlawanan pada petang ini tidak akan dapat berlangsung lama. Tapi cuaca gelap diselangi dengan dengan panahan kilat dan dentuman guruh itu beransur-ansur hilang dan perlawanan dapat diteruskan seperti dijadualkan. Perlawanan hari ini, 23 FEB 2011 (Rabu), memberikan signifikan bahawa kita sedang membina semangat berpasukan yang lebih baik. Sedang mematangkan diri untuk bermain secara berpasukan berbanding bermai

Berkunjung ke SMK Bandar Baru Uda

9 Feb 2011, Rabu. Selepas menikmati hidangan tengahari, kami terus bersiap sedia untuk menghadapi perlawanan persahabatan kami yang pertama untuk tahun 2011. Bertemu dengan pasukan Uda Rugby, SMK Bandar Baru Uda. Pergerakan petang ini sangat lancar, kami sampai di sana pada masanya, solat asar dan terus ke padang. Seramai 23 orang pelajar terlibat dalam perlawanan petang ini. Beberapa orang pelajar tingkatan 4 turut mengambil bahagian dalam program petang ini. Perlawanan hari ini berakhir dengan baik. Pemain-pemain tidak berhadapan dengan sebarang kecederaan yang besar. Permainan semakin baik dan boleh dikatakan TANJUNG RHINOS kini sedang mengalami proses kematangan yang pesat. Terima kasih kepada tuan rumah, SMK BBU, pasukan Uda Rugby, En Suzeli Mahadi dan lain-lain yang terlibat untuk persahabatan yang terjalin hari ini. Untuk TANJUNG RHINOS terlalu banyak perkara yang boleh dan perlu kita perbaiki untuk mencapai impian yang kita impi-impikan tahun ini. Terus bekerja keras kerana tah

VOC-AR 10's 2011 2nd day

Hari terakhir di SMV Arau dan mudah-mudahan kami akan terus dijemput pada masa-masa akan datang Ahad 30 Jan 2011, Hari terakhir kami di SMV Arau, Perlis. Pagi ini kami bersiap awal seperti biasa. Mengerjakan solat subuh, menikmati sarapan di kantin dan terus bersiap ke padang. Perlawanan pertama pada pagi ini adalah menentang pasukan SEMSAH untuk penentuan cup-plate yang dijadualkan akan berlangsung pada lebih kurang jam 9 pagi. Beberapa orang pemain mengalami kecederaan kecil termasuk stand off kita yang terpaksa mendapatkan rawatan di Klinik malam tadi. Dengan hanya tinggal seorang pemain di bangku simpanan, keadaan tampak sukar. Dan akhirnya, Tanjung Rhinos gagal dengan jaringan 0-21 di tangan SEMSAH. Perlawanan seterusnya, suku akhir plate menemukan Tanjung Rhinos dengan SMK King Edwards VII. Dan Tanjung Rhinos ditunjukkan jalan keluar dengan kekalahan 0-21. Berakhirlah perjuangan Tanjung Rhinos di Perlis.