Skip to main content

TR : Rugby Project 2012

Show Your Spirit, Fly Our Flag High (SMVTP)
Sekali lagi untuk tahun 2012, kami akan sekali lagi menghabiskan masa yang banyak dipadang latihan untuk kembali membentuk pasukan utama SM Vokasional Tanjung Puteri yang terbaik dan segera melupakan pasukan TR2010-2011 yang telah pun membawa nama SM Vokasional Tanjung Puteri terbang tinggi. Terutamanya melalui kejayaan yang dilakar di KATV Kebangsaan 2011 di Kuantan. Sesudah mencapai kejayaan tersebut, hasil usaha kuat sepasukan yang mula sentiasa menunjukkan komitmen 'sejak hari pertama' (since the very beginning) berlatih dan terus berlatih, hari ini kami menyedari, betapa benarnya kata-kata cerdik pandai bahawa "Mengekalkan kejayaan lebih sukar berbanding menciptanya".

Padang SMVTP
Untuk TR:Rugby Project 2012, matlamat utama kami ialah untuk mengekalkan kedudukan tempat ketiga di Kejohanan Ragbi KATV Peringkat Kebangsaan. Dan sudah tentulah, untuk mencapai keperingkat tersebut kami perlu mengharungi cabaran di peringkat Negeri Johor terlebih dahulu. Bagi menyempurnakan misi tersebut, pasukan telah :
  • Meneruskan latihan (melibatkan pemain TR2012) secara berterusan bermula Ogos 2011.
  • Mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan ragbi dari sekitar Johor Bahru iaitu UDA Rugby dan English College (EC)
  • Menghantar pasukan TR 2012 ke Kejohanan Ragbi Jemputan Kajang X 2011 di UKM dan sebahagiannya telah menyertai Cabaran Ragbi Iskandar Malaysia 10s 2011 di Johor Bahru
Inspirasi Ragbi 2012
2012 akan datang kami akan :
  • Mengaplikasikan latihan yang lebih bersistematik
  • Melakukan pembaharuan dikalangan pasukan
  • Meningkatkan kemudahan latihan
  • Menyertai Kejohanan Ragbi dan mengadakan perlawanan-perlawanan persahabatan
Nota : Program-program yang dirancang ini sedikit sebanyak memerlukan sedikit dana untuk memastikan segala yang dirancang mampu dilaksanakan. Program ini juga adalah semata-mata untuk terus meningkatkan mutu Ragbi TRRC, menjadikan ragbi sebagai sukan tradisi di SMVTP dan terus meningkatkan nama SMVTP. Tiada kepentingan peribadi sama sekali. Untuk sebarang info atau kesudian menghulurkan sebarang bantuan samada wang ringgit, peralatan atau kepakaran diharap dapat menghubungi saya menerusi emel ini : insaf_296@yahoo.com (Abd Rahman bin Ahmad) dan terima kasih dari lubuk hati yang paling dalam.

Comments

Popular posts from this blog

Projek DIY Scrum Machine

Cikgu Khairee memberikan sentuhan terakhir untuk menyiapkan projek scrum machine Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan untuk memberi kemudahan kepada pelajar mengikuti latihan dengan lebih baik. Cikgu Khairee telah memulakan projek Scrum machine pada penghujung tahun 2010 dan kini sudah 90% siap. Terima kasih tidak terhingga atas kerja keras beliau. Semoga kemudahan-kemudahan ini diharap menjadikan para pemain Tanjung Rhinos lebih berusaha keras untuk mendapat kejayaan yang lebih besar tahun 2011 ini..

Ragbi MSSD Johor Bahru 2013

Bersama TSNI Hobbit dan Uda Rugby Kejohanan ini telah berlangsung selama tiga hari pada 21-23 Februari 2013 dengan SMK Dato Usman Awang Johor Bahru telah dipilih untuk menjadi hos untuk kejohanan tersebut. Keputusan perlawanan melibatkan pasukan TR adalah seperti berikut : Peringkat kumpulan : 1. Menang 30-0 menentang Sekolah Menengah Dato Jaafar 2. Menang 39-0 menentang SMK Seri Perling Suku Akhir Menang 26-0 menentang SMK Gelang Patah (Broken Bangle RC) Broken Bangle Rugby@SMK Gelang Patah tampil lebih bersemangat tahun ini. Kami faham dan sentiasa bersedia untuk berhadapan dengan pasukan yang memiliki semangat juang yang tinggi ini. Pertemuan ini juga merupakan ulangan perlawanan suku akhir tahun 2012 dengan nasib sekali lagi menyebelahi kami. Namun, prestasi mereka seharusnya mendapat pujian. Separuh Akhir Kalah 32-0 menentang Maktab Sultan Abu Bakar (EC Stingbok) Saya mengingatkan pemain bahawa mereka seharusnya mencabar dan melawan diri mereka sendiri

Sesi memanaskan badan (warm-up session)

Rencana ini hanya merupakan suatu perkongsian ilmu berdasarkan kepada pengalaman dan pandangan peribadi penulis. Segala komentar adalah sangat dialu-alukan. SESI MEMANASKAN BADAN (WARM-UP SESSION) Saya mula memberi tumpuan kepada sesi ini berbanding pendekatan tradisional yang diamalkan sebelum ini - berlari anak beberapa pusingan padang - statik warm-up - tekan tubi - sit-up dan mulakan sesi latihan. Bedasarkan kepada perkongsian menerusi Youtube dan pengamal sukan, saya kini cuba untuk melakukan beberapa perkara seperti berikut : Larian perlahan antara stesyen . Larian ke hadapan - sisi - belakang - sisi. Penekanan kepada aspek komunikasi dimana setiap pemain akan menyebut forward - untuk memulakan larian ke hadapan, side - untuk larian sisi dan backward - larian ke belakang ( pre-warm up ). Warm-up secara dinamik (fokus pada lower body ) Lompat bintang ( Star jump ) - Perkongsian dengan seorang aktivis ragbi, beliau menekankan aspek fizikal dengan meminta pemain