Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2012

Pengetua Cup 7s Rugby Challenge 2012

Pengetua Cup 7s 2012 Rugby Challenge Satu kejohanan ragbi antara kelas telah berjaya diadakan pada hari Sabtu dan Ahad, 8-9 Sept 2012 yang lepas. Kejohanan antara kelas yang terbuka dikalangan warga pelajar putera SM Vokasional Tanjung Puteri, Johor Bahru merupakan kejohanan kali kedua yang berjaya diadakan selepas penganjuran kali pertama pada tahun 2010. Kejohanan yang bertujuan untuk merakyatkan sukan ragbi terutama dikalangan pelajar asrama ini telah menarik minat penyertaan sejumlah 10 pasukan. Kemenjadian ini hanya dapat dilakukan ketika latihan sahaja Peniaga-peniaga mula membawa barang dagangan masing-masing Gaya larian yang cukup epik Team Vtec RC turut mendapatkan khidmat pemain Fiji, Teloo Team Auto RC turut mendapat perhatian warga aspuri Masih gagah walau dua orang cuba untuk menjatuhkannya

1MCC Sirkit Pembangunan Ragbi Johor Bawah 16 Tahun 10 Sepasukan MSN - JRU - JPNJ Pusingan ke-4

Saat-saat untuk menerima kalungan pingat Akhirnya hati ini teringin kembali untuk menulis di sini selepas beberapa ketika hilang nafsu untuk menulis. Bukanlah tiada perkembangan berkenaan Tanjung Rhinos, tetapi saya berhadapan dengan sesuatu keadaan yang sukar dimengerti walau oleh diri sendiri. Pada hari Sabtu, 30 Jun 2012 kami telah bergerak menuju ke Kluang untuk mengikuti pusingan terakhir sirkit ini walaupun terpaksa melalui laluan yang sedikit berliku ekoran ketiadaan bas yang telah ditempah lebih awal untuk program lain. Maka memecutlah Sang Avanza dan Sang Serena membelah laluan Lebuhraya Utara Selatan dengan muatan yang sarat menuju ke SM Sains Johor, Kluang. Masih mengekalkan muka-muka yang sama seperti sirkit I dengan penambahan beberapa orang yang baru di kesan, jangkaan kami hari ini tidaklah setinggi melangit. Cukup sekadar menjadi medan untuk pemain-pemain TR bermain dengan sedikit 'improvement'. Itu sudah memadai. hanya layak bermain dalam penentuan bow