Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2011

TANJUNG RHINOs di laman sendiri

Pasukan Ragbi SMK Tun Syed Nasir Ismail tekun mendengar arahan jurulatih 30 Mac 2011, Rabu. Hari ini telah mencatat dua sejarah buat pasukan Tanjung Rhinos. Pertamanya, buat  julung kalinya dalam sejarah TANJUNG RHINOS sejak dari awal penubuhannya, kami mengadakan perlawanan persahabatan di halaman sendiri menentang pasukan SMK Tun Syed Nasir Ismail. Keduanya, ini merupakan kali pertama (juga sejak penubuhannya) Tanjung Rhinos mengadakan perlawanan persahabatan dengan format 15 sebelah berbanding kebiasaannya, iaitu bermain dengan format 10 sebelah. Tambah manis lagi apabila kami melayan kunjungan yang mempunyai profil yang tinggi, termasuk pernah muncul juara Kejohanan Ragbi MSSD Johor Bahru. Apapun, tekanan yang kami terima ini diterima secara positif dalam proses membina sebuah pasukan yang lebih baik dan mampu mencatat sejarah melalui pencapaian di Kejohanan Ragbi MSSD Johor Bahru nanti. 

Design baru TANJUNG RHINOs oleh Playmore

Design baru TANJUNG RHINOS oleh Playmore Cadangan jersi ragbi TANJUNG RHINOS yang baru oleh PLAYMORE Malaysia (Tengku Ismail Tengku Mohamad) . Kini diperingkat terakhir sebelum tempahan dapat dibuat. Apa pendapat anda??

Menjelang Segamat 10's Open

Latihan terakhir sebelum perlawanan persahabatan dengan SMK Tasek Utara berlangsung 8 Mac 2011, Selasa. Mengikut perancangan awal, Segamat 10s dijadualkan berlangsung pada minggu terakhir bulan Mac di UiTM Segamat. Dengan hanya tinggal 2 minggu sahaja lagi sebelum sepak mula, Tanjung Rhinos telah berkunjung ke SMK Tasek Utara untuk mengadakan perlawanan persahabatan. Perlawanan hari ini turut disertai pemain-pemain dari pasukan simpanan, pasukan pelapis selain pasukan utama. Cuaca yang sangat baik pada petang ini melicinkan perjalanan perlawanan ini. Perlawanan selama lebih kurang 40 minit pada petang ini menunjukkan beberapa perkara yang positif. Pemain kelihatan lebih matang dalam membuat 'turn over', 'rucking' yang lebih kemas dan bola banyak dikeluarkan kepada 'back line' untuk memberi peluang kepada 'back line' untuk mendapatkan 'try'. Barisan 'forward' seperti biasa sentiasa cuba untuk memecahkan barisan 'forward' lawan