Skip to main content

Kejohanan ragbi terbuka sepanjang Oktober

Kejohanan Ragbi Antarabangsa  KGV 10's  2011
22-23 Okt 2011
Kajang X Invitational
8-9 Okt 2011
Sepanjang Oktober nanti, Tanjung Rhinos dijadualkan untuk menyertai 2 kejohanan ragbi terbuka iaitu Kajang X Invitational 2011 yang akan berlansung pada 8-9 Okt 2011 di UKM Bangi. Kejohanan ini merupakan anjuran Kajang Rugby Club (KRC) dan KGV International Rugby Tournament 2011 yang akan berlangsung pada 22-23 Okt 2011 di SMK King George V, Seremban dan turut dianjurkan oleh mereka sendiri (sila klik untuk info pada nama kejohanan). Kedua-dua kejohanan yang bakal disertai ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan beraksi pada peringkat terbaik kepada pemain-pemain Tanjung Rhinos 2011/2012. Kami juga berharap agar dapat mengadakan beberapa siri perlawanan persahabatan sebelum berlangsungnya kejohanan-kejohanan tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

Projek DIY Scrum Machine

Cikgu Khairee memberikan sentuhan terakhir untuk menyiapkan projek scrum machine Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan untuk memberi kemudahan kepada pelajar mengikuti latihan dengan lebih baik. Cikgu Khairee telah memulakan projek Scrum machine pada penghujung tahun 2010 dan kini sudah 90% siap. Terima kasih tidak terhingga atas kerja keras beliau. Semoga kemudahan-kemudahan ini diharap menjadikan para pemain Tanjung Rhinos lebih berusaha keras untuk mendapat kejayaan yang lebih besar tahun 2011 ini..

Sesi memanaskan badan (warm-up session)

Rencana ini hanya merupakan suatu perkongsian ilmu berdasarkan kepada pengalaman dan pandangan peribadi penulis. Segala komentar adalah sangat dialu-alukan. SESI MEMANASKAN BADAN (WARM-UP SESSION) Saya mula memberi tumpuan kepada sesi ini berbanding pendekatan tradisional yang diamalkan sebelum ini - berlari anak beberapa pusingan padang - statik warm-up - tekan tubi - sit-up dan mulakan sesi latihan. Bedasarkan kepada perkongsian menerusi Youtube dan pengamal sukan, saya kini cuba untuk melakukan beberapa perkara seperti berikut : Larian perlahan antara stesyen . Larian ke hadapan - sisi - belakang - sisi. Penekanan kepada aspek komunikasi dimana setiap pemain akan menyebut forward - untuk memulakan larian ke hadapan, side - untuk larian sisi dan backward - larian ke belakang ( pre-warm up ). Warm-up secara dinamik (fokus pada lower body ) Lompat bintang ( Star jump ) - Perkongsian dengan seorang aktivis ragbi, beliau menekankan aspek fizikal dengan meminta pemain

Ragbi MSSD Johor Bahru 2013

Bersama TSNI Hobbit dan Uda Rugby Kejohanan ini telah berlangsung selama tiga hari pada 21-23 Februari 2013 dengan SMK Dato Usman Awang Johor Bahru telah dipilih untuk menjadi hos untuk kejohanan tersebut. Keputusan perlawanan melibatkan pasukan TR adalah seperti berikut : Peringkat kumpulan : 1. Menang 30-0 menentang Sekolah Menengah Dato Jaafar 2. Menang 39-0 menentang SMK Seri Perling Suku Akhir Menang 26-0 menentang SMK Gelang Patah (Broken Bangle RC) Broken Bangle Rugby@SMK Gelang Patah tampil lebih bersemangat tahun ini. Kami faham dan sentiasa bersedia untuk berhadapan dengan pasukan yang memiliki semangat juang yang tinggi ini. Pertemuan ini juga merupakan ulangan perlawanan suku akhir tahun 2012 dengan nasib sekali lagi menyebelahi kami. Namun, prestasi mereka seharusnya mendapat pujian. Separuh Akhir Kalah 32-0 menentang Maktab Sultan Abu Bakar (EC Stingbok) Saya mengingatkan pemain bahawa mereka seharusnya mencabar dan melawan diri mereka sendiri