Thursday, November 11, 2010

Perlawanan persahabatan di MRSM Pontian

Thursday, November 11, 2010 0
Tanjung Rhinos di Padang MRSM Pontian
10 November 2010, Rabu. Petang yang indah, padang yang cantik, beberapa pasukan sedang memanaskan badan, begitulah pemandangan di padang ragbi MRSM Pontian pada petang ini. Selain pasukan tuan rumah dan Tanjung Rhinos, perlawanan pada petang ini turut disertai oleh pasukan Ragbi SDAHA. Petang ini Tanjung Rhinos telah tumpas kepada kedua-dua pasukan lawan yang ternyata bermain lebih baik pada petang ini. Selain bertemu dengan lawan yang lebih baik, faktor kekalahan pasukan yang lain ialah pemain-pemain penat dan latihan tidak dapat dijalankan bermula dari cuti deepavali. Latihan hanya dapat dijalankan sehari sebelum perlawanan persahabatan tersebut. Walau apapun kami positif dalam menerima kekalahan ini. Kekalahan ini bukanlah segala-galanya. Kami faham matlamat utama kami berkunjung ke MRSM Pontian ialah belajar. Dan jatuh kami pada hari ini membantu kami untuk belajar dan terus belajar. Beberapa kelemahan dalam permainan telah dikenalpasti. Kami punya banyak masa lagi untuk memperbaiki semua itu. Akhir kata, meminjam kata-kata Thomas Alva Edison, " Kita tidak gagal, sebaliknya kita telah tahu perkara yang tidak sepatutnya kita lakukan". Ayuh Tanjung Rhinos, bangkit dan terus berjuang.
 
◄Design by Pocket Distributed by Deluxe Templates