Monday, September 26, 2011

Persahabatan dengan English College Johor bahru (MSAB)

Monday, September 26, 2011 0
Mengabadikan kenangan
Perlawanan persahabatan SMVTP - EC kali ke-2
2011
14 Sept 2011, Rabu. Perlawanan persahabatan pertama untuk pemain-pemain ragbi SMVTP 2011/2012 dan perlawanan persahabatan kali ke-2 dengan Maktab Sultan Abu Bakar. Kembali semula untuk membina pasukan yang baru. Pemain-pemain baru mula berlatih dan diberi kepercayaan untuk menyarung jersi kebanggaan SM Vokasional Tanjung Puteri. 18 orang pemain telah dipilih untuk perlawanan persahabatan pada petang ini. Dengan jumlah pemain yang baru pertama kali bermain untuk perlawanan kompetetif buat kali pertama, kami tidak meletakkan sebarang harapan yang tinggi petang ini. Tujuan utama hanyalah sekadar memberi pendedahan awal kepada mereka. Beberapa perlawanan persahabatan dan 'tournament' akan kami sertai untuk membina pasukan yang lebih baik. Perlawanan pada petang ini dimenangi oleh MSAB tetapi kami berjaya memenuhi objektif kami. Perlawanan terpaksa diberhentikan sejurus kedatangan hujan yang semakin lebat. Langkah pertama yang sangat baik.
Pemain bersiap sedia di 'bilik persalinan' sebelum perlawanan bermula
Barisan kejurulatihan MSAB bersama pemain u-16 mereka

Saturday, September 3, 2011

Malaysia : Suatu hari nanti..

Saturday, September 3, 2011 0
Dipetik dari Utusan Malaysia Online - Sukan (3/9/2011) http://www.utusan.com.my

Malaysia bakal jadi 'kuasa' ragbi Asia


JOHOR BAHRU - Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) yakin skuad ragbi negara bakal menjadi 'kuasa besar' dalam sukan itu di peringkat Asia tidak lama lagi, malah mempunyai peluang cerah layak menyertai acara tersebut yang kembali dipertandingkan dalam Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil kelak. Naib Presiden 1 KRM, Ibrahim Che Awang berkata, perkara ini sudah terbukti apabila pasukan ragbi junior bawah 20 tahun berjaya menewaskan Hong Kong pada peringkat akhir Cabaran Kesatuan Ragbi Asia 7's (ARFU 7's) dalam Johor Rugby Carnival 2011 di sini, bulan lepas.

"Terbaru enam orang daripada skuad muda ini diserap ke dalam pasukan kebangsaan untuk menyertai sirkit Asia di Shanghai, China bagi mengumpul mata kelayakan untuk Hong Kong 7's pada tahun depan. "Langkah ini diambil sebagai pendedahan agar mereka bersedia untuk ke Olimpik dan setakat ini MSN (Majlis Sukan Negara) mula memberi perhatian kepada sukan ragbi dengan menaja tiket penerbangan ke Shanghai," katanya ketika dihubungi baru-baru ini. Tambahnya, pasukan ragbi negara mempunyai prospek untuk menjadi kuasa ragbi Asia kerana berdasarkan pemerhatian, skuad junior yang dibentuk sudah banyak kali menewaskan pasukan-pasukan lain di rantau ini.

Kenang-kenangan bersama pasukan ragbi junior Malaysia yang menjuarai ARFU 7s 2011
Komentar saya, tahniah KRM atas usaha dan impian menggunung ini. Tahniah juga buat SSTMSI yang telah menjadi medan utama melahirkan pemain ragbi berkualiti negara Meminjam kata-kata keramat Bambang Pamungkas - "Jangan pernah berhenti bermimpi, kerana mungkin suatu saat nanti mimpi kalian akan menjadi kenyataan". Selamat maju jaya ragbi Malaysia, kami iringi dengan sokongan dan doa.

 
◄Design by Pocket Distributed by Deluxe Templates