Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2012

Friendly : SMK Pasir Gudang 3

TR kali ke 2 di SMKPG3 27 Feb 2012, Isnin. Pasukan Ragbi Tanjung Rhinos telah bertandang ke SMK Pasir Gudang 3 untuk mengadakan perlawanan persahabatan kali ketiga melibatkan kedua-dua pasukan ini. Kunjungan kali ini atas jemputan Pengurus Pasukan Ragbi SMKPG3, Puan Natrah yang ingin mengadakan perlawanan ujian sebelum berlangsungnya MSSD Pasir Gudang awal Mac nanti. Perlawanan petang ini berlangsung dengan semangat kesukanan yang tinggi. Kedua-dua pasukan mempamerkan permainan yang menghiburkan dan menunjukkan kualiti dalam bertahan dan menyerang. Kali pertama bermain dengan format 15 sebelah untuk tahun 2012 ini, secara keseluruhannya permainan hari ini boleh disifatkan sebagai 'baik' dan memuaskan. Untuk Pasukan Ragbi SMKPG3, selamat maju jaya dan semoga mendapat keputusan terbaik dalam cabaran MSSD Pasir Gudang nanti. Barisan TR yang mengikuti Friendly petang ini Keputusan daripada scrum juga agak baik hari ini Pemain-pemain TR dari pandangan sisi Arif, kapt

Sirkit Pembangunan Liga Ragbi Johor 2012 U16 10s 2012 Pusingan kedua

1 Malaysia Cardiff City 26 Feb 2012, Ahad. Sirkit Pembangunan Liga Ragbi Johor 2012 diteruskan dengan SMK Bandar Mas telah menjadi medan pertarungan yang seterusnya. Perlawanan hari ini berlangsung dengan lancar dalam suasana yang agak panas, bersesuaian dengan kedudukannya yang hampir dengan laut mungkin. Menetapkan sasaran peribadi untuk mendapatkan satu kemenangan dan cuba mendapatkan sejumlah empat 'try' daripada keseluruhan perlawanan pada hari ini. Berikut merupakan keputusan perlawanan yang melibatkan TR : TR vs SMK Sri Alam (seri) 0-0 TR vs Storm (menang) 7-5 TR vs MRSM Pontian (kalah) 28-5 TR vs Stingray (kalah) 33-0 Keputusan-keputusan ini walaupun tidaklah begitu menggalakkan tetapi sebenarnya memberi makna yang cukup besar buat kami memandangkan usia pasukan ini yang terlalu muda, baru menjengah usia sebulan mungkin dan pemain-pemain juga terdiri daripada individu-individu yang baru berjinak-jinak dengan sukan ragbi. Sesuatu yang paling penting untuk kami bu

Friendly : Tanjung Rhinos vs TiJB

Aksi Tanjung Rhinos Junior dan TiJB 22 Feb 2012, Rabu. Aksi persahabatan diteruskan menentang pasukan jiran SM Teknik Johor Bahru. Rombongan TiJB yang hadir kira-kira seramai 40 orang mula memenuhi padang sekolah sejurus selepas menunaikan solat asar. Fokus perlawanan persahabatan pada petang ini adalah untuk pasukan TR Junior yang bakal menghadapi saingan Liga Pembangunan Ragbi Bawah 16 Tahun Negeri Johor pada hari ahad, 26 Feb 2012 di SMK Bandar Mas Pengerang. Perlawanan pada petang ini berlangsung baik dengan kedua-dua pasukan mempamerkan permainan yang menghiburkan dan ini juga merupakan satu amaran awal, Pasukan TiJB bakal menjadi pesaing yang lebih kompetetif terutamanya dalam Kejohanan Ragbi Karnival Antara Teknik. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pengurus, jurulatih dan semua pemain TiJB yang sudi hadir ke laman kami. Lagi aksi pasukan TR Junior dan TiJB Sebahagian rombongan SM Teknik Johor Bahru Sesi memanaskan badan team senior Bersedia unt

Friendly : Tanjung Rhinos vs EC

Sebahagian pemain yang mengikuti friendly petang ini 16 Feb 2012, Khamis. Tanjung Rhinos meneruskan kerjasama strategik dalam bidang pembangunan sukan ragbi  dengan English College, sekolah 'cluster' ragbi apabila sekali lagi mengadakan perlawanan persahabatan ragbi 10 sepasukan. Perlawanan pada petang ini berlangsung di Padang Ragbi Dataran Bandaraya Johor Bahru berlatar belakangkan jam gergasi dan Hotel Thistle menjadikan perlawanan petang ini berbeza berbanding perlawanan-perlawanan persahabatan sebelum ini. Perlawanan persahabatan yang bertujuan untuk memberi pendedahan dan mengukur kemampuan pemain-pemain TR ini berlangsung dalam cuaca yang sangat baik. Kesemua pemain dapat memberikan komitmen yang terbaik dan yang paling utama, kami turut belajar sesuatu yang baru daripada pertemuan dengan pasukan gergasi selatan ini. Perlawanan petang ini juga pasti menjadi antara perlawanan yang paling diingati oleh keseluruhan pasukan TR dan akan memberi suntikan motivasi terbaik k

TR Old Boys 2010-2011

TR 2010-2011 Dari kiri : Adib, Faizuan, Akmal dan Lokman 9 Feb 2012, Khamis. Kedatangan 4 orang 'Old Boys' di padang latihan ternyata memberi nilai tambah dalam sesi latihan petang ini. Kedatangan mereka juga, secara kebetulannya hanya 2 hari sebelum sepak mula Sirkit Pembangunan Ragbi Liga Johor U-16 dan secara kebetulannya, pemain-pemain U-16 juga baru sahaja dipertontonkan dengan video-video permainan yang disertai mereka sepanjang tahun 2011.  Kedatangan mereka disamping melepaskan rindu bermain ragbi, turut dijadikan platform untuk kami berbincang tentang beberapa perkara termasuklah rancangan untuk menyertai Cabaran Ragbi Iskandar 10s 2012 dan mengetahui perkembangan terkini masing-masing. Menariknya, seorang OB iaitu Faizuan kini sedang giat menjalani latihan bolasepak bersama pasukan remaja Johor FC dan mungkin beliau akan mencatat rekod sebagai antara bekas pelajar SMVTP yang terlibat secara serius dalam bidang sukan bolasepak. Pertemuan hari ini berakhir dengan

Sirkit Pembangunan U-16 : Pusingan Pertama

Beraksi dalam keadaan cuaca yang sangat baik 11 Feb 2012, Sabtu. Bertempat di Padang SMK Dato Ali Haji Ahmad, Pontian (SDAHA) telah berlangsung dengan jayanya Sirkit Pembangunan Liga Ragbi Johor 2012 Bawah 16 Tahun 10 Sepasukan JRU-MSNJ-JPNJ Pusingan yang pertama. Cuaca yang sangat cantik pada hari ini membantu kelancaran perjalanan keseluruhan perlawanan untuk pusingan pertama untuk hari ini. Perlawanan pada hari ini merupakan medan sulung untuk para pemain TR tingkatan 4 yang baru mendaftar bermula 9 Jan 2012. Dengan tempoh hanya beberapa minggu, sekurang-kurangnya kami telah berjaya mewujudkan satu pasukan untuk menyertai sirkit ini dengan objektif memberi pendedahan sebanyak-banyaknya kepada mereka. Mencatat keputusan 3 kali kalah dan satu seri dianggap memadai dengan usia pasukan yang terlalu muda. Keputusan penuh untuk kesemua perlawanan yang melibatkan TR adalah seperti berikut : TR vs MRSM Pontian (kalah)  0-10 TR vs Storm                (seri)     5-5 TR vs SMK Sri Alam

Akan datang..

Sirkit Pembangunan Liga Ragbi Johor 2012 Sirkit yang bakal berlangsung pada 11 Feb 2012, dengan SMK Dato Ali Haji Ahmad menjadi tuan rumah untuk pasukan-pasukan dari Zon Selatan yang bakal menyaksikan pertembungan antara 16 pasukan yang telah dibahagikan kepada 4 kumpulan. Kami mengambil inisiatif untuk menyertai pertandingan ini untuk memberi pendedahan kepada pemain-pemain ragbi U16 yang baru 3 minggu masuk ke SM Vokasional Tanjung Puteri dan sejujurnya kami juga masih belum mengenalpasti 15 pemain yang akan kami bawa ke sirkit ini nanti. Menjadi wakil tunggal dari SMT/V, sedikit reputasi dari pencapaian tahun lepas dan dibayangi keaktifan pasukan sama sekali tidak memberi tekanan dan menggusarkan kami. Kami bersedia untuk berlawan, melawan dan kalah untuk hari esok yang lebih baik :) ..

Bermula kembali : Tanjung Rhinos vs UDA Rugby

Solat berjemaah bersama sebelum perlawanan Tanjung Rhinos kembali melakukan segala-galanya selepas pulang dari Arau, Perlis. Kembali ke padang untuk berlari, berlatih dan segala-galanya berkaitan ragbi. Juga kembali mengatur perlawanan-perlawanan persahabatan. Perlawanan persahabatan TR yang pertama untuk tahun 2012 ini disifatkan sebagai mengukuhkan hubungan 'ragbi' antara Pasukan UDA Rugby dan Tanjung Rhinos, yang sudah mula mengadakan siri perlawanan persahabatan semenjak tahun 2010 lagi. Perlawanan persahabatan 2/2/2012 ini kami jadikan medan untuk memberi perasaan sebenar kepada pemain-pemain ragbi tingkatan 4 yang kebanyakan baru menjinakkan diri dalam dunia sukan ragbi. Ruang ini juga menjadi platform utama untuk barisan kejurulatihan memilih pemain yang akan mengharungi cabaran 'Kejohanan Ragbi Sirkit Pembangunan Bawah 16 Tahun Negeri Johor'. Disamping mengukur kemampuan sebenar pasukan utama TR yang baru pulang dari Kejohanan Ragbi Voc-Ar 2012. Pandangan p