Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2011

Pra KAT Segamat

21 April 2011, Khamis. Seminggu sebelum KAT Segamat bermula, Tanjung Rhinos telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan Pasukan Teknik JB yang juga akan turut serta dalam Kejohanan Ragbi KAT yang bakal berlangsung 28-30 April 2011 nanti di SM Vokasional Segamat. Teknik JB sebelum itu telah mengadakan perlawanan persahabatan dalam sukan lain dengan SM Vokasional Tanjung Puteri termasuk bola sepak dan sofbol dan disusuli dengan perlawanan persahabatan ragbi. Tanjung Rhinos menzahirkan harapan menggunung mereka dalam KAT edisi kali ini dengan sasaran mampu menjadi johan kejohanan KAT buat kali yang pertama semenjak mula mengambil bahagian pada tahun 2007. Diundi bersama SM Vokasional Muar (seeded), SM Vokasional Batu Pahat dan SM Teknik Perdagangan di dalam kumpulan A, kami cuba untuk melakukan persiapan dengan kadar paling baik untuk memenuhi aspirasi menggunung kami. Tetapi kami sedar, kejohanan yang kami akan sertai ini nanti bakal menyajikan seribu cabaran dan tentangan, dalam per

Ragbi MSSD Johor Bahru U18 2011, Hari keempat TANJUNG RHINOs muncul Naib Johan

Proud to be TANJUNG RHINOs Duduk dari kiri : Azwanis, Nazirul, Adib, Kecik, Hasmadi, Harziq, Firdaus, Pisang, Afizi (pack-leader) Diri dari kiri : Shukri, Fakar, Zul, Ariff (captain), Haziq, Naqib, Ridhwan, Rasydan, Affiz, Bobby, Akmal, Azli, Lokman, Fauzan, Fatah, Cgu Salmezan Tiada dalam gambar : Cgu Khairee, Cgu Rahman dan Aminullah 15 April 2011, Jumaat. Final Kejohanan Ragbi MSSD Johor Bahru U18 2011 menemukan Pasukan MSAB dengan TANJUNG RHINOs. Hanya beberapa minit selepas permainan, EC telah berjaya mendapatkan try. TANJUNG RHINOS memberi reaksi yang positif apabila Afizi berjaya menyempurnakan penalty goal untuk menjadikan kedudukan mata 5-3. Kedudukan ini hanya kekal beberapa ketika sebelum mereka menambah 4 try lagi di separuh masa yang pertama. Separuh masa kedua, try demi try telah dilakukan oleh mereka dan menjadikan keputusan akhir, EC membenam Tanjung Rhinos dengan pungutan mata 69-3. Kekalahan Tanjung Rhinos yang cukup besar kepada pasukan yang jauh lebih baik, ka

Ragbi MSSD Johor Bahru U18 2011, Hari ketiga

Line up TANJUNG RHINOs vs BBU SUB : Adan, Affiz, Firdaus, Harziq, Bobby, Azli, Hasmadi, Kecik, Amin dan Fauzan 14 April 2011, Khamis. TANJUNG RHINOs membuat kejutan dengan melangkah ke peringkat semi final. Diundi untuk bermain dengan naib johan kumpulan A, SMK Bandar Baru Uda. Sesi memanaskan badan dimulakan selepas kami tiba di SSI ketika berlangsungnya semi final pertama antara EC dan SMKTSNI. Cuaca yang pada awalnya cerah berubah menjadi hujan lebat. Mungkin hujan rahmat buat kami. Hujan yang diselangi dengan pancaran kilat dan dentuman guruh menjadikan perlawanan antara Tanjung Rhinos dan BBU ditangguhkan buat seketika. Pemain-pemain dari kedua-dua pasukan mengambil peluang tersebut untuk menenangkan diri sebelum masuk ke padang. Pertandingan dimulakan dengan Tanjung Rhinos membuat sepak mula. Tekanan telah diberikan pada awal-awal permainan dan hasilnya berjaya menghasilkan 'try' menerusi percubaan menarik oleh scrum half Tanjung Rhinos, Adib. Sejurus selepas itu pen

Ragbi MSSD Johor Bahru U18 2011, Hari Kedua

Line up TANJUNG RHINOs vs Perling Dragon SUB : Haziq, Bobby, Kecik F5, Firdaus, Azli, Hasmadi, Fauzan, Amin, Harziq dan Akmal 13 April 2011, Rabu. Hari kedua menyaksikan petembungan antara TANJUNG RHINOs vs Perling Dragon (SMKDUA). Perlawanan pembukaan pada hari ini. Perlawanan yang bakal menentukan samada Tanjung Rhinos akan mara ke pusingan seterusnya dan mencipta sejarah layak ke pusingan seterusnya buat kali pertama sejak penubuhan pasukan ragbi SMVTP atau sekali lagi sekadar menambah kemeriahan dan jumlah pasukan bertanding untuk Ragbi MSSD Johor Bahru. Untuk rekod, Pasukan Ragbi SMVTP mula ditubuhkan pada tahun 2007 dan mula mengambil bahagian dalam Kejohanan Ragbi MSSD Johor Bahru pada tahun 2008 dan tidak pernah melepasi saingan peringkat sekolah sebelum ini Tekanan mula dirasai sebaik sahaja kami sampai di SSI. Para pemain mengikuti sesi memanaskan badan seperti biasa dan berkumpul untuk mendengar taklimat atau 'gameplan' sebelum memulakan perlawanan. Pengadil ber

Ragbi MSSD Johor Bahru U18 2011, Hari Pertama

Line-Up TANJUNG RHINOs vs SSI SUB : Haziq, Amin, Bobby, Kecik f5, Firdaus, Akmal, Azli, Hasmadi, Harziq dan Fauzan  12 April 2011, Selasa. SMK Sultan Ismail Johor Bahru telah menjadi tuan rumah untuk penganjuran Kejohanan Ragbi MSSD Johor Bahru U18 2011 yang bermula pada hari ini. Kejohanan yang menjadi medan pertarungan bagi pasukan ragbi bagi sekolah sekitar daerah Johor Bahru. Hujan yang turun di waktu pagi dan petang sejak beberapa hari lalu seakan turut memahami. Cuaca bertukar menjadi sangat cantik pada hari ini. Alhamdulillah. Sejak awal pagi lagi, tuan rumah telah didatangi oleh para peserta yang mewakili pasukan masing-masing. Pihak urusetia yang juga tuan rumah, En Saifussaleh dan En Shariman (SSI) awal-awal lagi telah bersiap sedia menerima kunjungan pasukan-pasukan yang bertanding dan ramah menyambut kami. Dijadualkan menentang pasukan tuan rumah, SSI pada pagi ini. Tanjung Rhinos telah mula bergerak ke SSI seawal jam 8.30 pagi. Menunggu giliran untuk bermain, Tanjung

English College (MSAB) di SMV Tanjung Puteri

TANJUNG RHINOs menentang EC di laman sendiri 5 April 2011, Selasa. Hujan lebat nyata tidak dapat menghalang pertemuan antara TANJUNG RHINOs  dengan Pasukan English College, Johor Bahru (Maktab Sultan Abu Bakar), satu nama besar dalam sukan ragbi samada di peringkat negeri Johor atau peringkat kebangsaan. Kesudian sebuah pasukan yang dibimbing oleh jurulatih-jurulatih berpengalaman iaitu En Najmulhuda bin Mohd Mokhtaruddin, En Phyza Yahya dan En Anis untuk bertandang ke laman kami merupakan sesuatu yang sangat bermakna buat kami. Perlawanan pada petang ini tertunda buat sementara waktu berikutan keadaan hujan yang lebat dan turut diselangi dengan panahan kilat dan dentuman guruh. Sekitar jam 5.15 petang, maka bermulalah pertembungan antara Pasukan EC dan TANJUNG RHINOs.