Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2012

Cabaran Ragbi Iskandar 10's 2012

Tanjung Rhinos Old Boys (TROBA) 2nd Plate Iskandar Malaysia 10s Rugby Challenge 23-24 Jun 2012, Sabtu-Ahad. Masih mengekalkan lokasi nostalgia yang sama, Padang Dataran Bandaraya Johor Bahru terus menjadi 'trademark' kepada penganjuran Iskandar Malaysia 10's Rugby Challenge. Selain menerima penyertaan daripada pasukan-pasukan ragbi terbaik dari seantero Malaysia termasuklah SSTMI (Sekolah Sukan Tengku Mahkota Ismail), SMSS, Semashur, English College dan banyak lagi, kejohanan kali ini turut dimeriahkan dengan kehadiran pasukan-pasukan negara jiran iaitu DHL Ta'moko Lions RFC dari Singapura dan Prince Royal College dari Thailand. Aksi 'Beto' ketika menentang pasukan SAS Pasukan SM Vokasional Tanjung Puteri telah diundi di dalam Kumpulan D bersama-sama dengan Pasukan Ragbi Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) dan SMK Anjung Batu. Berikut merupakan keputusan perlawanan di peringkat kumpulan : SMVTP vs SMAB Menang 24-0 SMVTP vs SAS Kalah 24-7 La

Kemeriahan Johor Rugby Carnival 2012

Aktiviti yang berlangsung sepanjang karnival Kehadiran karnival ini sememangnya dinanti-nantikan oleh semua penggiat ragbi baik di peringkat Negeri Johor, Malaysia dan juga Asia. Dengan 4 kejohanan berlangsung serentak dan menghimpunkan lebih daripada 100 buah pasukan, karnival ini sememangnya mempunyai prestij yang tersendiri. Bagi Pasukan Ragbi SM Vokasional Tanjung Puteri yang mula menyertai kejohanan ini bermula dari tahun pertama penganjurannya, kejohanan ini merupakan pentas terbaik untuk mendapat peluang beraksi dengan pasukan-pasukan ragbi terbaik dari seluruh Malaysia. Buat julung-julung kalinya kami akan menghantar dua pasukan ke pentas Iskandar Malaysia 10's Rugby Challenge 2012 ini iaitu Pasukan SM Vokasional Tanjung Puteri dan Pasukan Tanjung Rhinos Old Boys (TROBA) setelah kedua-dua pasukan ini berjaya mengharungi pusingan kelayakan di UTM Southern 10's dengan jayanya. Senarai pasukan yang menyertai Iskandar Malaysia 2012 4 kejohanan serentak '