Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2011

Taklimat undang-undang ragbi oleh Cikgu Fazly

Cikgu Mohd Fazly bin Mohd Salleh menyampaikan Taklimat Undang-undang Permainan Ragbi 25 Mei 2011, Rabu. Petang ini guru-guru penasihat dan pemain-pemain Tanjung Rhinos akan berkumpul di Bilik APD untuk mendengar Taklimat Undang-undang Permainan Ragbi yang akan disampaikan oleh Cikgu Mohd Fazly bin Mohd Salleh, jurulatih dan pengadil dari SMK Tun Syed Nasir Ismail. Kelas pada petang ini bermula jam 3 petang di Bilik APD sebelum  ke padang selepas solat asar. Kelas yang dijadulkan berakhir jam 5.30 petang ini akhirnya berakhir sekitar jam 6.30 jam. Respon yang baik dari pelajar memaksa supaya taklimat ini dipanjangkan tempohnya. Terima kasih di atas kesudian Cikgu Fazly hadir dan memberi taklimat pada petang ini. Kedatangan tuan pada petang ini memberi input yang cukup baik buat kami.  Pelajar-pelajar memberi tumpuan sepenuhnya Taklimat disampaikan dengan kaedah yang cukup baik dan berkesan Cgu Salmezan dan Cgu Khairee turut memberi tumpuan sepenuhnya

Persahabatan dengan Politeknik Johor Bahru

Pemain Politeknik JB bergambar sebelum perlawanan persahabatan berlangsung 17 Mei 2011, Selasa. Perlawanan persahabatan terakhir yang dijadualkan sebelum menyertai Kejohanan Ragbi KATV Peringkat Kebangsaan 7-11 Jun nanti. Terima kasih di atas kesudian pemain-pemain Politeknik Johor Bahru yang sudi bertandang ke laman kami. Terima kasih kepada Kudud yang sudi menjadi perantara dan memastikan perlawanan persahabatan ini dapat dilaksanakan. Pasukan Politeknik ini juga turut diwakili oleh ex-SMVTP iaitu Kudud, Amirul dan Rasyid. Bermain dengan pasukan yang rata-ratanya lebih berumur dari pasukan Tanjung Rhinos memberi satu inspirasi yang sangat besar dan memberi peluang kepada diri kami untuk meneroka potensi diri dengan lebih pesat. Kami kini selangkah lagi lebih bersedia untuk menghadapi saingan di sana. Penampilan terakhir dengan jersi hijau klasik kami (2007-2011) Akmal bersedia untuk membuat rempuhan besar Nazirul cuba memecahkan pertahanan lawan Perlawanan persahabata

Perlawanan persahabatan dengan SMK Bandar Penawar

Latihan mengangkat bebanan di tangga 12 April 2011, Khamis. Satu perlawanan persahabatan menentang Pasukan Ragbi SMK Bandar Penawar telah diadakan di SMS Kota Tinggi (SAKTI). Perlawanan persahabatan yang diatur ini bertujuan untuk memastikan para pemain dapat bermain sekurang-kurangnya dalam tiga perlawanan kompetetif sebagai persediaan untuk ke Kejohanan Antara Teknik yang bakal berlangsung awal Jun nanti di Kuantan. Pertemuan ini merupakan yang pertama antara kedua-dua pasukan ini. Tanjung Rhinos telah bergerak ke Bandar Penawar seawal jam 2 petang dan tiba di SAKTI sekitar jam 3.30 petang tanpa sebarang masalah. Perlawanan telah dimulakan selepas kami menunaikan kewajipan mengerjakan solat asar. Cuaca yang sedikit mendung serta padang yang becak agak menyulitkan pemain-pemain dari membuat gerakan-gerakan yang lebih tersusun. Tanjung Rhinos telah diwakili seramai 20 orang pemain yang dibahagikan kepada 2 kumpulan. Hari ini para pemain diminta untuk bermain dengan idea yang datang

Our Rugby Project is DONE

Piala Pusingan Ragbi Zon Johor akhirnya singgah di SMVTP Misi 2011 yang mula dizahirkan pada pertengahan 2010 "Suatu masa, sewaktu kami mula berkira-kira untuk muncul sebagai pesaing utama dalam Kejohanan Antara Teknik / Vokasional (KATV) segalanya nampak seperti terlalu mustahil. Hari demi hari yang berlalu kami isi dengan pelbagai aktiviti untuk meningkatkan mutu pasukan ragbi kami, Tanjung Rhinos. Selepas setahun berlalu akhirnya impian kami tercapai. Kami sah menjadi johan untuk Kejohanan Antara Teknik / Vokasional 2011 yang berlangsung di SMV Segamat. Pencapaian sepanjang zaman yang cukup manis bagi kami. Tugas kami seterusnya, ialah untuk memastikan Tanjung Rhinos sentiasa menjadi pesaing utama dalam kejohanan ini.Tahniah buat semua jurulatih dan pemain-pemain yang sentiasa berusaha keras untuk memberikan dan menjadi yang terbaik. Kami menyanjung tinggi semangat juang anda. Semoga terus membara di Kuantan nanti." Mengabadikan kenangan selepas menerima kalun

Final Ragbi KAT 2011

Final KAT edisi 2011 Tanjung Rhinos berjersi hitam menentang Vsmat berjersi biru Final pertama buat Tanjung Rhinos dan dijadualkan menentang SMV Segamat, satu pasukan yang sangat konsisten dengan rekod yang sangat baik. Johan untuk edisi 2007 dan 2008, ketiga untuk edisi 2009 dan naib johan untuk edisi 2010. Tanjung Rhinos akan cuba beraksi sebaik mungkin pada petang ini dengan dianggap sebagai pasukan bukan pilihan. Mengekalkan barisan pemain utama yang sama dengan Afizi kembali diturunkan untuk menguatkan barisan 'forward' nyata menyuntik semangat pemain-pemain untuk beraksi di pentas akhir dengan memberikan segala yang terbaik. Perlawanan bermula sangat baik dengan Tanjung Rhinos banyak menguasai bola dengan serangan dilakukan dari bahagian kiri dan kanan padang. Selepas beberapa serangan, akhirnya Fakar berjaya memberikan 'try' yang pertama di sudut sebelah kiri padang. Kedudukan 5-0 tidak kekal lama apabila Adib segera memberikan 'try' yang kedua hasil

Pertandingan Ragbi KAT Johor edisi 2011 hari Kedua

Tanjung Rhinos bersiap sedia untuk menghadapi cabaran pada hari ke-2 29 April 2011, Jumaat. Hari yang indah telah bermula. Cuaca yang redup ditambah dengan tiupan angin yang agak kuat serta keadaan padang yang masih sedikit basah memang sangat membantu pemain-pemain untuk mempamerkan aksi terbaik masing-masing. Tanjung Rhinos dijadualkan untuk bermain pada perlawanan ketiga menentang pasukan SMV Muar. Debaran semakin memuncak sebaik masa perlawanan semakin dekat. Para pemain melakukan latihan memanaskan badan dengan kadar sebaik mungkin termasuk untuk tujuan cuba menghilangkan debaran yang kian memuncak. Beberapa perlawanan dijadualkan akan berlangsung hari ini, dengan perlawanan semi final, penentuan 3/4 dan final akan berlangsung disebelah petang. Sebelah pagi, perlawanan peringkat kumpulan yang kedua iaitu menentang pasukan SMV Muar. Mereka mengejutkan kami dengan mendapatkan 'try' yang pertama sebelum Tanjung Rhinos kembali mendahului dengan 'try' daripada Nazir

Pertandingan Ragbi KAT Johor edisi 2011 hari pertama

KATV 2011 di SMV Segamat 28-30 April 2011  28 April 2011, Khamis. SM Vokasional Segamat telah terpilih sebagai tuan rumah untuk KAT edisi kali ini. Sebagai perbandingan, untuk empat edisi yang terdahulu, kejohanan ragbi KAT kebiasaannya diadakan secara persendirian dan tidak disertai oleh pertandingan-pertandingan lain. Buat kali pertama, SM Vokasional Segamat sebagai tuan rumah memilih untuk menjalankan pertandingan ragbi bersama-sama pertandingan-pertandingan yang lain iaitu bola sepak, takraw, rekacipta dan 'english debate'. Kemeriahan KAT kali ini turut dapat dirasai oleh pasukan-pasukan ragbi. Dengan deretan gerai-gerai makanan, bas-bas kontinjen bergerak keluar dan masuk, kereta-kerata memenuhi lot-lot 'parking' dan ribuan orang berpusu-pusu menambah seri KAT kali ini. TANJUNG RHINOs di KAT 2011 Segamat Diri dari kiri : Long, Lukman, Nazirul, Akmal, Cgu Salmezan, Tn Hj Salleh, Afizi, Ridhwan,  Haziq, Naqib, Azli dan Kuning Duduk dari kiri : Azwanis, Adib