Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2011

Johor Rugby Carnival 2011

Saturday, 9 July 2011 at 8:00am- Sunday, 10 July 2011 at 6:30pm This is an exciting year for the Johor Rugby Union. For the first time we are organizing the Johor Rugby Carnival 2011, the biggest Rugby Carnival in Malaysia that presenting two prestigous tournament at the same time and the same venue - ARFU 7s Under-20 and Iskandar Malaysia 10's. Newly organized ARFU 7s Under-20 will having 12 international Asia Unions competing in a 7's format. This is a great opportunity for the young rugby talents in Malaysia participating in Iskandar 10s to watch a high quality games for Under-20 at Asia level. As for Iskandar 10's this is the second year organizing and we are expecting more than 64 teams will participating in this year tournament. Open to all clubs and schools. (Text from  Hazmin Chamili  Johor Rugby Union) Penyertaan Tanjung Rhinos pada tahun 2009 ( Dikenali sebagai Tunku Mahkota  Johor  International  7's Rugby Challenge) Penyertaan Tanjung Rhinos ta

Tanjung Rhinos mencipta sejarah baru di KATV Kebangsaan 2011

Line-out di awal-awal permainan 11 Jun 2011, Sabtu. Tanjung Rhinos akhirnya berjaya menumpaskan pasukan yang lebih berpengalaman iaitu pasukan SMV Ampangan dengan dengan pungutan mata 7-5. Satu perlawanan yang sukar untuk dilalui oleh kedua-dua pasukan. Tuah nyata menyebelahi kami apabila try yang dilakukan oleh Fatah berhampiran dengan tiang gol memudahkan Afizi untuk menyempurnakan sepakan convertion selepas itu. Kemenangan tipis dalam penentuan 3/4 yang pertama bagi kami dalam KATV Kebangsaan yang juga pertama kali kami sertai. SMV Tanjung Puteri vs SMV Ampangan Pemain SMV Ampangan di keluarkan oleh Fatah Larian Fatah yang akhirnya memberikan 'try' kemenangan Mengabadikan kenangan bersama Pengarah BPTV, Tn Hj Ahmad Tajuddin Jab Bergambar bersama Tuan Pengetua sejurus selepas perlawanan Tanjung Rhinos lebih banyak menguasai bola di minit-minit awal permainan Gaya tendangan dari Afizi Julung-julung kali Kuning diletakkan untuk bermain di posisi cent

Cabaran bermula KATV 2011

Tanjung Rhinos di KATV Kuantan 2011 Duduk dari kiri : Azliamir, Adib, Arif (c), Daus, Fakar, Fatah, Afizul dan Harziq Diri dari kiri : Redwan, Akmal, Luqman, Kuning, Nazirul, Haziq, Azli, Afizi, Azwanis dan Naqib 10 Jun 2011, Jumaat. Hari yang ditunggu-tunggu akhirnya menjengah jua. Kejohanan Ragbi KATV Kebangsaan bakal memulakan sepak mulanya hari ini. Pemain-pemain menunjukkan reaksi yang baik dan bersedia untuk menampilkan permainan terbaik. Dijadualkan untuk bermain sebanyak 3 perlawanan hari ini iaitu menentang Zon Kedah/Perlis (SMV Arau), Zon Sarawak (SMV Sijingkat) dan Zon Perak (SMV Kuala Kangsar). Berikut merupakan keputusan untuk saingan peringkat kumpulan : Tanjung Rhinos vs SMV Arau Menang 19-5 Tanjung Rhinos vs SMV Sijingkat Menang 17-12 Tanjung Rhinos vs SMV Kuala Kangsar Kalah 24-5 Tanjung Rhinos vs SMV Butterworth Seri 5-5 Keputusan-keputusan tersebut meletakkan Tanjung Rhinos di tangga ke-2 kumpulan B di belakang pasukan SMV Kuala Kangsar dan akan bermain untu

Tanjung Rhinos menyertai Ragbi KATV Kebangsaan 2011 di Kuantan

7 Jun 2011, jam 1200. Bersedia untuk bertolak ke Kuantan Kejohanan Ragbi KATV Kebangsaan (Kejohanan Antara Teknik/Vokasional) kali ke 14 tahun 2011 akan bermula pada hari Jumaat, 10-11 Jun 2011 di SMK Sultan Abu Bakar, Kuantan. Pasukan Tanjung Rhinos telah mula berkumpul di SMVTP untuk menjalani latihan akhir bermula 3 Jun 2011 (Jumaat). Latihan selama 4 hari tersebut dirangka untuk memastikan stamina pemain-pemain berada pada tahap yang terbaik setelah  masing-masing bercuti selama seminggu disamping memastikan kesemua pemain dapat berlatih bersama. Seramai 19 orang pemain telah berjaya dikumpulkan dan akan mewakili Zon Johor ke KATV Kebangsaan kali ke14 di Kuantan nanti.  Pada hari Selasa, 7 Jun 2011, Pasukan Tanjung Rhinos bersedia untuk bergerak ke Kuantan menyertai kontinjen-kontinjen lain yang dijangka akan memenuhi perkampungan sukan di sekitar Kuantan pada hari ini. Sebelum bertolak, pemain-pemain telah diberikan motivasi oleh Pn. Saadah, seorang motivator dari IPTI. Bertol