Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2015

Rugby World Cup 2015 Complete schedule and free live streaming

Panduan kepada penggiat dan peminat ragbi Malaysia, untuk tukar kepada waktu tempatan sila tambah 7 jam dari waktu yang tertera. Contoh perlawanan Eng v Fiji dijadualkan berlangsung pada 18 Sep jam 2000, + 7 jam = 19 Sep jam 0300. Tidak melanggan astro atau tiada restoren mamak berhampiran yang buka RWC 2015, jangan risau anda boleh servey link ini untuk free live streaming http://streams.tv/channel/11-itv1/rugby .

#tanjungrhinos SELEPAS 8 TAHUN

PAIN IS TEMPORARY, GLORY IS FOREVER (2007-2015) Sekolah Menengah Teknik Tanjung Puteri Sekolah Menengah Vokasional Tanjung Puteri Kolej Vokasional Tanjung Puteri 3 kali bertukar nama untuk tempoh tersebut dan mungkin akan bertukar lagi sedikit masa lagi. Pemain-pemainnya juga bersilih ganti memandangkan pelajar kami cuma ada tingkatan 4 dan 5 sehingga 2013. Waktu itu, setiap tahun tukar pemain. Baru nak main dah habis sekolah. Cuma sekarang ini pelajar-pelajar dah stay lama sedikit. Masuk KV start umur 16 sampai habis belajar umur 19 tahun. Lama la sedikit berbanding dulu.  Berikut merupakan pencapaian kami untuk 3 kejohanan yang memang biasanya kami sertai iaitu MSSD JB, Intertech 10's (Kejohanan Antara Teknik) 2007-2013 selepas itu tukar nama tournament dan format permainan, menjadi Voktek 7s, untuk peringkat zon Johor dan Malaysia. MSSD JB 15s Inter Tech 10s & Votek 7s Johor Inter Tech 10s & Votek 7s Kebangsaan 2

Piala Merdeka 15s Antara KV Zon Johor 2015

Kejohanan sulung dengan KV Batu Pahat sebagai tuan rumah telah berjaya menghimpunkan sebanyak 4 buah pasukan KV dari negeri Johor termasuk KV Kluang, KV Segamat, KV Tanjung Puteri dan tuan rumah, KV Batu Pahat. Setinggi-tinggi penghargaan buat Cikgu Syamsul Salleh atas dedikasi tertingginya untuk merealisasikan kejohanan 4 penjuru ini. Kejohanan yang berlangsung pada 16 Sept 2015 (Cuti Hari Malaysia) telah menemukan Tanjung Rhinos dengan pasukan KV Kluang untuk peringkat separuh akhir dengan keputusan memihak kepada kami dengan pungutan mata 22-5. Pada perlawanan akhir, kami telah bertemu dengan pemenang separuh akhir ke-2 iaitu pasukan KV Segamat.Keputusan akhir perlawanan tersebut, TR menang 10-0. Seramai 27 orang pemain telah turut serta dengan bilangan pelajar tahun 3 hanya seramai 3 orang, pemain-pemain dalam pasukan ini merupakan calon untuk bermain dalam MSSD JB tahun hadapan. Perlawanan-perlawanan hari ini memberi pendedahan yang cukup bagus untuk mereka yang baru bermai