Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2012

Perlawanan Persahabatan : Tanjung Rhinos di SMK Dato Usman Awang

Pemain-pemain memanaskan sebelum memulakan perlawanan 8 Mac 2012, Khamis. Selepas menerima cabaran sengit daripada SMK Pasir Gudang 3, Skuad bawah 18 Tahun SMVTP meneruskan siri perlawanan persahabatan dengan berkunjung ke SMK Dato Usman Awang, Johor Bahru bagi menghadapi saingan tiga penjuru melibatkan Tanjung Rhinos - Perling Dragon dan SMK Seri Perling. Secara keseluruhan pemain-pemain menunjukkan peningkatkan dalam permainan ragbi dengan format 15 sepasukan meskipun baru beberapa minggu kami menjalankan latihan lebih berfokus untuk format 15 sepasukan. Namun masih terdapat banyak ruang yang boleh diperbaiki antaranya meningkatkan komunikasi supaya kawalan  bola di sebelah forward dan peralihan kepada backline lebih lancar dan tersusun, sentiasa berusaha mengekalkan corak permainan supaya rakan sepasukan dapat memberikan responsif yang sesuai dan beberapa lagi kelemahan-kelemahan lain yang telah dikenalpasti. Apapun syabas buat pasukan TR ini kerana sentiasa memberikan komitme

Klinik Ragbi 1.0

Sesi 1 : Pengenalan 'Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah'. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas kesudian En Hazman Jazimin Saad, Ketua Jurulatih untuk Pasukan Ragbi Sekolah Dato' Abdul Razak, Negeri Sembilan atas kesudian beliau meluangkan masa selama 2 hari pada 2-3 Mac 2012 untuk menjayakan Klinik Ragbi 1.0 anjuran JK Pasukan Ragbi SMVTP. Untuk makluman, Pasukan SDAR merupakan Johan KRM 2011 bawah 15 tahun dan baru-baru ini muncul Johan Cup untuk Kejohanan Ragbi Bintang Rugby Club 2012 kategori bawah 16 tahun. Terima kasih atas kesudian beliau mengusung contact padding dari bumi SDAR sehingga ke Johor bahru, buku-buku dan pelbagai peralatan lain untuk digunakan bersama kami, menempuhi kesukaran akibat kerosakan bas, terpaksa bermalam di Bilik Sukan, menempuhi hujan dan panas, dan pelbagai pengalaman-pengalaman lain. Kesungguhan beliau sangat kami kagumi dan kehadiran beliau