Saturday, August 27, 2011

Kejohanan ragbi terbuka sepanjang Oktober

Saturday, August 27, 2011 0
Kejohanan Ragbi Antarabangsa  KGV 10's  2011
22-23 Okt 2011
Kajang X Invitational
8-9 Okt 2011
Sepanjang Oktober nanti, Tanjung Rhinos dijadualkan untuk menyertai 2 kejohanan ragbi terbuka iaitu Kajang X Invitational 2011 yang akan berlansung pada 8-9 Okt 2011 di UKM Bangi. Kejohanan ini merupakan anjuran Kajang Rugby Club (KRC) dan KGV International Rugby Tournament 2011 yang akan berlangsung pada 22-23 Okt 2011 di SMK King George V, Seremban dan turut dianjurkan oleh mereka sendiri (sila klik untuk info pada nama kejohanan). Kedua-dua kejohanan yang bakal disertai ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan beraksi pada peringkat terbaik kepada pemain-pemain Tanjung Rhinos 2011/2012. Kami juga berharap agar dapat mengadakan beberapa siri perlawanan persahabatan sebelum berlangsungnya kejohanan-kejohanan tersebut.

Friday, August 26, 2011

Rugby World Cup 2011 New Zealand

Friday, August 26, 2011 0
Kejohanan Ragbi paling berprestij yang berlangsung 4 tahun sekali dengan menghimpunkan 20 pasukan mewakili negara-negara yang terbaik dari seluruh dunia bakal berlangsung pada 9 Sept 2011 (jumaat). Perlawanan pembukaan adalah pertemuan pasukan New Zealand menentang pasukan Tonga. Kedua-dua pasukan telah diundi di dalam kumpulan A. Sila klik sini untuk jadual lengkap RWC 2011. Walaupun kehadiran RWC 2011 tidak disambut sehangat Fifa World Cup, namun sebenarnya ragbi sedang berkembang dengan sangat baik di Malaysia. Mungkin juga sesetengahnya sudah mula mengimpikan agar pasukan Malaysia beraksi di pentas RWC ini. Apapun segalanya mungkin. Kepada peminat-peminat ragbi, dapatkan inspirasi sebenar dari perlawanan-perlawanan paling kompetetif dalam RWC 2011. Sila jengah ASTRO anda disaluran 816 (ASSP2) atau 817 (ASSP3) untuk mengikuti siaran langsung pasukan-pasukan pilihan anda. Waktu di bawah merupakan waktu anggaran berdasarkan waktu Malaysia yang 4 jam awal dari waktu di New Zealand. Selamat menonton - A ruffian's game played by a gentlemen.

JADUAL WAKTU RWC 2011 (WAKTU MALAYSIA)

Tarikh
Masa
Kump
Perlawanan
Stadium
Sept 9
1630
A
New Zealand v Tonga
Eden Park
Sept 10
0900
B
Scotland v Romania
Rugby Park Stadium
Sept 10
1130
D
Fiji v Namibia
Rotorua International Stadium
Sept 10
1400
A
France v Japan
North Harbour Stadium
Sept 10
1630
B
Argentina v England
Otago Stadium
Sept 11
1130
C
Australia v Italy
North Harbour Stadium
Sept 11
1400
C
Ireland v USA
Stadium Taranaki
Sept 11
1630
D
South Africa v Wales
Wellington Regional Stadium
Sept 14
1030
D
Samoa v Namibia
Rotorua International Stadium
Sept 14
1300
A
Tonga v Canada
Northland Events Centre
Sept 14
1530
B
Scotland v Georgia
Rugby Park Stadium
Sept 15
1530
C
Russia v USA
Stadium Taranaki
Sept 16
1600
A
New Zealand v Japan
Waikato Stadium
Sept 17
1130
B
Argentina v Romania
Rugby Park Stadium
Sept 17
1400
D
South Africa v Fiji
Wellington Regional Stadium
Sept 17
1630
C
Australia v Ireland
Eden Park
Sept 18
1130
D
Wales v Samoa
Waikato Stadium
Sept 18
1400
B
England v Georgia
Otago Stadium
Sept 18
1630
A
France v Canada
McLean Park
Sept 20
1530
C
Italy v Russia
Trafalgar Park
Sept 21
1530
A
Tonga v Japan
Northland Events Centre
Sept 22
1600
D
South Africa v Namibia
North Harbour Stadium
Sept 23
1630
C
Australia v USA
Wellington Regional Stadium
Sept 24
1400
B
England v Romania
Otago Stadium
Sept 24
1630
A
New Zealand v France
Eden Park
Sept 25
1130
D
Fiji v Samoa
Eden Park
Sept 25
1400
C
Ireland v Russia
Rotorua International Stadium
Sept 25
1630
B
Argentina v Scotland
Wellington Regional Stadium
Sept 26
1530
D
Wales v Namibia
Stadium Taranaki
Sept 27
1300
A
Canada v Japan
McLean Park
Sept 27
1530
C
Italy v USA
Trafalgar Park
Sept 28
1530
B
Georgia v Romania
Arena Manawatu
Sept 30
1630
D
South Africa v Samoa
North Harbour Stadium
Oct 1
1130
C
Australia v Russia
Trafalgar Park
Oct 1
1400
A
France v Tonga
Wellington Regional Stadium
Oct 1
1630
B
England v Scotland
Eden Park
Oct 2
0900
B
Argentina v Georgia
Arena Manawatu
Oct 2
1130
A
New Zealand v Canada
Wellington Regional Stadium
Oct 2
1400
D
Wales v Fiji
Waikato Stadium
Oct 2
1630
C
Ireland v Italy
Otago Stadium
Oct 8
1400
-
S1: Johan C v N.Johan D
Wellington Regional Stadium
Oct 8
1630
-
S2: Johan B v N.Johan A
Eden Park
Oct 9
1400
-
S3: Johan D v N.Johan C
Wellington Regional Stadium
Oct 9
1630
-
S4: Johan A v N.Johan B
Eden Park
Oct 15
1700
-
SF1: P S1 v P S2
Eden Park
Oct 16
1700
-
SF2: P S3 v P S4
Eden Park
Oct 21
20.30
-
Penentuan 3/4
Eden Park
Oct 23
21.00
-
Final
Eden Park

Anda boleh menyaksikan perlawanan-perlawanan RWC 2011 ini secara langsung menerusi internet (live streaming) - http://www.hitsports.net


Rujukan

RWC 2011
Ranking terkini pasukan Ragbi Dunia
(Malaysia di ranking ke 62)

                                                                         

Memoir sebuah perjalanan (TR 2010-2011)

KATV Kebangsaan 2011
'Satria-satria' Tanjung Rhinos 2010-2011 kecemerlangan dan ASPIRASI anda di atas padang sangat-sangat dihargai. Kini peluang untuk anda menunjukkan 'kesatriaan' anda di dalam kelas pula. Buktikan anda merupakan 'satria' yang boleh cemerlang dalam kesemua bidang yang anda ceburi. Video perhargaan kepada para pemain TR 2010-2011 ini memaparkan perjalanan SM Vokasional Tanjung Puteri (wakil Johor) di Kejohanan Antara Teknik / Vokasional (KATV) Kebangsaan di Kuantan 2011. Memuatkan sebahagian rakaman pertemuan dengan SMV Arau - Perlis, SMV Sejingkat - Sarawak, SMT Kuala Kangsar - Perak, SMV Butterworth - Penang dan SMV Ampangan - Negeri Sembilan. Kredit untuk 'cameraman' iaitu Ruzilan Rahmat. 



Video yang lain akan dimuatkan tidak lama lagi. Insyaallah.

Monday, August 1, 2011

Satu Inspirasi

Monday, August 1, 2011 0
Teringat saat berpeluang menyarung jersi sekolah - SMAKJ - untuk Kejohanan Ragbi MSSD Kluang Tahun 1999. Tanpa disedari keringat yang jatuh ketika itu telah memberikan satu rasa cinta yang mendalam terhadap sukan ragbi dan kini sedang bersama-sama berusaha untuk terus menjadikan Pasukan Ragbi SM Vokasional Tanjung Puteri ke persada yang lebih tinggi. Satu nama yang sentiasa saya kenang ialah Cikgu Sairi Sayuthi (kini Tn Hj Sairi bin Sayuthi) yang telah melakukan perkara yang sama terlebih dahulu - meletakkan nama SMAKJ ke persada yang lebih tinggi melalui sukan. Segala mengenai anda kini menjadi suatu inspirasi. Terima kasih cikgu dengan setulus hati.

Tn Hj Sairi bin Sayuthi (berkupiah putih) diraikan dalam satu majlis
 
◄Design by Pocket Distributed by Deluxe Templates