Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2012

Perlawanan persahabatan menentang SMV Batu Pahat

Barisan pemain-pemain TR untuk edisi Persahabatan dengan SMV Batu Pahat 11 April 2012, Rabu. Pagi cuti yang indah ini telah dipilih untuk pasukan Ragbi TR bertolak ke SMV Batu Pahat untuk mengadakan perlawanan persahabatan ragbi 10 sebelah. Persahabatan yang julung-julung kali diadakan ini merupakan sebahagian daripada persiapan terakhir sebelum kedua-dua pasukan mengambil bahagian dalam Kejohanan Ragbi Inter Tehcnic 2012 yang bakal berlangsung di SMK Dato Usman Awang, Johor Bahru pada hari Sabtu 21 April 2012 nanti. Segunung penghargaan terutama buat GPK Koko SMV Batu Pahat, En Omar Hassan yang secara peribadi telah meluangkan masa bersama-sama kami sepanjang-panjang keberadaan kami di sana, juga penghargaan buat semua barisan pengurusan dan kejuruatihan ragbi dan pemain-pemain Ragbi SMV Batu Pahat. Sangat beruntung buat kami kerana berpeluang beraksi di Padang Ragbi 'tercantik' di Johor dalam suasana cuaca yang cukup indah serta layanan 5 bintang daripada tuan rumah. Perl

Ragbi MSSD Johor Bahru Bawah 18 Tahun 2012

Barisan pejuang TR di Kejohanan Ragbi MSSD JB 2012 Berdiri (dari kiri) : Zaki, Abot (c), Capang, Beto, Affiz, Amin (vc), Harziq, Naqib dan Fauzan Ditengah (dari kiri) :Farhan, Amin, Jerry, Fikri, Syahrul dan Lutfi Duduk (dari kiri) : Abang, Haiqal, Afizul, Mus, Kecik, Adik, Athari, Afif dan Izzat Tiada dalam gambar : Syah Roswandi 3-6 April 2012, Selasa-Jumaat. Kejohanan yang pada awalnya dijadualkan akan berlangsung di Padang JRU, Dataran Bandaraya Johor Bahru terpaksa bertukar 'venue' ke SMK Bandar Baru Uda, Johor Bahru. Kejohanan ini telah berjaya menghimpunkan sejumlah 12 buah sekolah untuk mengambil bahagian dan merupakan penyertaan terbesar setakat ini. Pasukan TR telah diletakkan dalam kumpulan B bersama-sama dengan pasukan jiran SDJ (Sekolah Menengah Dato' Jaafar) dan SDARY (SMK Dato Abdul Rahman Yasin). Berikut merupakan keputusan-keputusan perlawanan yang melibatkan Pasukan TR sepanjang kejohanan berlangsung : TR vs SDJ Menang 31-7 (Peringkat Kumpulan)