Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2011

Sekolah Menengah Vokasional Tanjung Puteri : 2007-2011

Tiga generasi Tanjung Rhinos bertemu Menjelang kehangatan perlawanan Kelayakan Piala Dunia, Malaysia vs Singapura yang bakal berlangsung malam nanti tidak menghalang kami untuk kembali mengadakan perlawanan persahabatan di Padang SMVTP. Perlawanan ini telah disertai oleh 3 pasukan Tanjung Rhinos iaitu pasukan T4, T5 dan TR Old Boys. Terima kasih atas kesudian Kudud - yang kini kelihatan semakin 'thought', Amirul dan rakan-rakan lain yang sudi hadir mewakili TR Old Boys untuk memeriahkan perlawanan persahabatan pada petang ini. Persahabatan ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada pemain ragbi T4 disamping memberi penghargaan kepada pemain-pemain T5 yang rata-ratanya merupakan nadi pasukan ragbi tahun ini yang telah berjaya muncul tempat ketiga di Kejohanan Ragbi KATV Kebangsaan baru-baru ini. Persahabatan pada petang ini juga memberi petanda semakin ramai bekas pemain SMVTP yang masih aktif seperti Kudud, Amirul dan lain-lain dalam sukan ragbi dan mudah-mudahan impian un

Bangkitlah HARIMAU MALAYA!!

Harimau Malaya VS Singapura Stadium Bukit Jalil 28 Julai 2011 8.45malam Masih di dalam suasana fenomena dengan pasukan Harimau Malaya walaupun sesekali kedengaran suara-suara yang tidak begitu aman untuk didengar ekoran kekalah Harimau Malaya di tangan Singapura, 5-3 pada pertemuan kali pertama di Singapura tempohari. Begitupun kunjungan Singapura di Malaysia sudah tentu akan melalui ranjau yang cukup berliku dan sukar dan kami yakin Harimau Malaya akan bermain bermati-matian untuk membalas kembali kekalahan tersebut. Bermain di padang rumput sebenar, berbanding padang sintetik (Singapura) sudah tentu ianya memberi sedikit kelebihan kepada pasukan negara. Untuk para ULTRAS MALAYA, saya sangat sukakan istilah 'Pemain ke-12' dan sememangnya anda cukup layak untuk menggalas tugas itu. Untuk rekod sekitar 60 ribu tiket telah terjual sehingga petang Selasa, 26 Julai 2011. Ini memberikan satu mesej yang jelas bagaimana keadaan stadium pada waktu tersebut. Pasukan Datuk Rajagopal

Liverpool @ Malaysia..

Gaya Liverpool tapi hati tetap ULTRAS MALAYA! Terima Kasih Fahrurrazi Puji  untuk foto menarik ini Pertembungan antara The Reds dan Malaysia yang berlangsung petang tadi dengan keputusan akhir, Liverpool menang 6-3. Masuk seminggu berehat dari mengadakan latihan ragbi di padang atas ekoran kesibukan tugas-tugas lain disamping menghabiskan sedikit masa bersama keluarga membolehkan saya menonton perlawanan petang tadi dengan penuh minat. Sememangnya saya sentiasa berusaha untuk memastikan saya dapat menonton perlawanan melibatkan pasukan kebangsaan. Senario terkini juga jelas memberi tanda bahawa sukan bolasepak kembali menjadi suatu fenomena dan sedang dibarisi oleh watak-watak terbaik dari seluruh pelusuk negara. Muncul satu-satunya negara dari Asia Tenggara yang berjaya melayakkan diri hingga ke peringkat kumpulan pusingan ke-3 (Zon Asia) kelayakan Sukan Olimpik 2012, mungkin membawa pengertian yang lebih besar  - Malaysia mungkin memiliki sejumlah pemain muda terbaik di Asia Ten

TANJUNG RHINOS - ROAD TO VICTORY 2011

Written by : Tuan Haji Salleh bin Kaimi Tn Hj Salleh with Our greatest referre, Subkidin Mohd Salleh and Tn Hj Khalid Ayub The quest for victory spurred Tanjung Rhinos to work harder. After becoming finalist in the MSSD Rugby Tourney, where we lost to a national level finalist – English College, the coaches drummed up the players to be champion at KAT’S zone level carnival at Segamat in late April. Thus training after training followed. The aim was set to dethrone the current and defending zone champion – SMV Muar – which represented South Zone at KAT’S national level carnival at Muar last year. With great enthusiasm, the coaches and the players trained and trained. Friendly matches were arranged with other school teams to build up confidence. At Segamat we managed to get the players focused, Matches were played at SMK Bandar Putra ground. We managed to beat SMV Batu Pahat, SMV Muar and SMT Johor Bahru. Our prayers were answered when we entered the final against another reputable

Iskandar Malaysia 10s Rugby Challenge 2011

Tanjung Rhinos di Iskandar Malaysia 10s Rugby Challenge 2011 Diri dari kiri : Ridhwan, Naqib, Bayan, Arif (c), Luqman, Afizi, Adib dan Afidzul Duduk dari kiri : Lufti, Syah, Firdaus, Azli, Capang dan Fauzan Tiada dalam gambar : Akmal Tanjung Rhinos telah menyertai kejohanan ini yang berlangsung bermula 9-10 Julai 2011 di Dataran Bandaraya. Pasukan Tanjung Rhinos telah di undi bersama finalis kejohanan tahun lepas, SMSS dan SERUC B. Namun nasib tidak menyebelahi kami tahun ini apabila hanya mampu beraksi dalam 2 perlawanan sahaja ekoran penarikan diri pasukan SERUC B sebelum ditunjukkan jalan keluar oleh SMK Bandar Penawar. Namun ini merupakan pendedahan yang cukup baik untuk pemain-pemain baru. Keputusan penuh perlawanan yang melibatkan Tanjung Rhinos adalah seperti berikut : Tanjung Rhinos vs SMSS kalah 29-0 Tanjung Rhinos vs SMK Bandar Penawar kalah 7-0 Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada penaja-penaja kami untuk kejohanan kali ini iaitu : SMT Million Ent. (Pembek