Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2011

VOC-AR 10's 2011 1st day

Tanjung Rhinos with their lucky retro shirt on the 1st day I have to write in english because our greatest teacher, Tn Hj Salleh bin Kaimi just lying beside of me.. Alhamdulillah, the weather today was quit beautiful. Sunny and windy. Tanjung Rhinos were very excited to play rugby today. We're on the field since 7.00am waiting for our turn to show our talented.. At the end, today we manage to get the free winning 21-0 with KGV, win at the very closed game with SM Sains Tun Syed Putra by 7-0 and draw with SM Vokasional Arau by 0-0. We are quite happy today. Looking for tomorrow matches and get some rest. Everyone sleep now. Try to get a better result tomorrow. Everything is posible.

VOC-AR 10's 2011

Tanjung Rhinos di Voc-Ar 10's 2011 Duduk dari kiri : Akmal, Lukman, Arif (c), Ridhwan, Haziq Afiqi dan Azwanis Berdiri dari kiri : Norazliamir, Adib, Amin, Fakar, Fatah, Hakim, Kuning, Afizi dan Cikgu Ali Tiada dalam gambar : Ruzilan Kejohanan pemanas badan yang pertama untuk tahun 2011. Kejohanan VOC-AR 10's 2011 yang berlangsung di SM Vokasional Arau dan Uitm Arau. Kejohanan selama dua hari ini menyaksikan sejumlah hampir 40 buah pasukan berkumpul dan bersaing di sini untuk kategori 'school open' dan 'ipt open'. Tanjung Rhinos telah mula bergerak seawal hari khamis, 27 Januari 2011 jam 11 malam. Perjalanan kali ini disertai oleh 15 orang pelajar, 3 orang guru, En Abd Rahman bin Ahmad dan En Mohd Ali Redza bin Yusoff dan Tn Hj Salleh bin Kaimi dan 2 orang pilot, En Md Yusuf bin Md Salleh dan En Mahadzir bin Hj Markom.

Latihan bersama Coach Kudud

Beberapa hari sebelum Pasukan Ragbi Tanjung Rhinos mengikuti Kejohanan Ragbi Voc-Ar 10s (Arau 10s) yang bakal berlangsung di SM Vokasional Arau pada 29-30 Jan 2011 ini, Tanjung Rhinos telah dikunjungi oleh Coach Kudud (Mohd Rafiuddin) , bekas pemain Tanjung Rhinos tahun 2007-2008, yang kini bermain untuk pasukan Ragbi Politeknik Johor Bahru. Beliau telah meluangkan masa dengan para pemain Tanjung Rhinos pada hari Khamis, 20 Jan dan Ahad, 23 Jan 2011. Beberapa jam bersama beliau terasa begitu berharga. Terima kasih daripada Pasukan Tanjung Rhinos kepada beliau dan selamat maju jaya.  Kudud, Tanjung Rhinos Old boys Pemain Tanjung Rhinos tekun mendengar penerangan coach Kudud

Kenangan KAT 10s di SMV Muar 2010

Barisan Tanjung Rhinos KAT 10s di SMV Muar Dari kiri : Rasydan, Adib, Yus, Haziq kecik, izat, Farid Talib (C), Amat Faat, Akmal, Haziq Shahrudin, Long Tiada dalam gambar : Arif, Kuning, Fizi dan Apek Sepanjang tahun 2010, antara pertandingan yang disertai oleh Tanjung Rhinos ialah menyertai Pertandingan Ragbi KAT 10s 2010 di SMV Muar.Walaupun ianya bukan kenangan yang manis untuk diingati, ekoran kegagalan pasukan Tanjung Rhinos mengekalkan reputasi layak ke separuh akhir dua tahun berturut-turut. Kegagalan ini memang pahit untuk ditelan. Namun itu semua menyebabkan kami semakin bekerja keras dan terus kekal hingga ke saat ini. Pertandingan ini telah menyaksikan pasukan Tanjung Rhinos tewas di tangan pasukan SMV Kota Tinggi dengan keputusan 14-12, dan seterusnya ditunjukkan jalan keluar oleh SMT Johor Bahru dengan keputusan 15-0. Pasukan berjaya melakarkan kemenangan saguhati apabila menewaskan SMV Kluang dengan keputusan 15-0. Pemain-pemain kelihatan sangat kecewa. Banyak perkara

Projek DIY Scrum Machine

Cikgu Khairee memberikan sentuhan terakhir untuk menyiapkan projek scrum machine Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan untuk memberi kemudahan kepada pelajar mengikuti latihan dengan lebih baik. Cikgu Khairee telah memulakan projek Scrum machine pada penghujung tahun 2010 dan kini sudah 90% siap. Terima kasih tidak terhingga atas kerja keras beliau. Semoga kemudahan-kemudahan ini diharap menjadikan para pemain Tanjung Rhinos lebih berusaha keras untuk mendapat kejayaan yang lebih besar tahun 2011 ini..

Penghargaan buat bekas pemain Tanjung Rhinos 2009/2010

Pasukan Tanjung Rhinos tahun 2009 (tahun ke-3 penubuhan) mengabadikan kenangan di SMV Segamat.

Tahun baru 2011

Sesi persekolahan tahun ini telah bermula. Pelajar-pelajar telah mula kembali ke asrama dan sekolah. Asrama SM Vokasional Tanjung Puteri mula dipenuhi dengan pelajar-pelajar yang kelihatan lebih bersemangat tahun ini. Hujan renyai-renyai pada petang isnin, 3 Januari 2011 tidak menghalang Pasukan Tanjung Rhinos untuk mengadakan latihan buat pertama kali pertama bagi tahun ini. Pasukan juga menerima pengerusi yang baru, En Zainuzzaman bin Salleh yang berpindah dari SM Vokasional Segamat dan akan bertugas menggantikan pengerusi terdahulu, Tn Hj Ruslan bin Musa yang kini bertugas di BPTV. Selamat maju jaya kepada beliau yang telah banyak memberi sokongan kepada Tanjung Rhinos.  Pasukan Bola Sepak Malaysia baru sahaja melakukan kejutan hebat apabila menjadi juara di rantau Asia Tenggara apabila mengalahkan Indonesia dengan argegat 4-2. Sukan memang penuh dengan kejutan. Kami juga berharap tahun ini pasukan Tanjung Rhinos dapat melakarkan keputusan-keputusan yang mengejutkan dalam pertand