Tuesday, May 22, 2012
Monday, May 21, 2012
Perlawanan Persahabatan tradisi vs PDRM JB
Monday, May 21, 2012
0
![]() |
| Kedua-dua pasukan bersalaman sebelum memulakan permainan |
16 Mei 2012, Rabu. Tanjung Rhinos terus menjadi tumpuan apabila menjadi pilihan buat Pasukan Ragbi PDRM Johor Bahru untuk kembali mengadakan perlawanan persahabatan. Perlawanan persahabatan kali kedua melibatkan kedua-dua pasukan ini telah diadakan di Padang Ragbi MSAB bermula sekitar jam 5.00 petang dengan format 15 sepasukan. Tanpa sebarang persiapan yang rapi memandangkan Pasukan TR sedang berada pada fasa berehat, permainan hari ini tetap berlangsung menarik dan kompetetif.
Pasukan TR berjaya menghasilkan 2 try awal melalui larian deras daripada backline. Ketinggalan 2 try menjadikan mereka semakin bersemangat untuk kembali mengemudi permainan dan akhirnya mereka berjaya mendapatkan 3 try menerusi rempuhan-rempuhan menarik daripada forward mereka yang nyata lebih besar berbanding kami. Walaupun tewas kami telah memperolehi sesuatu yang baru terutamanya dalam aspek membina keyakinan dan keberanian apabila berhadapan dengan lawan yang lebih besar dan matang. Kami berharap agar perlawanan persahabatan antara kedua-dua pasukan ini akan terus terjalin.
![]() |
| Tamat perlawanan dengan keputusan PDRMJB 15-10 TR |
![]() |
| Pemain-pemain TR (termasuk Cikgu Salmezan) selepas mempamerkan asli petang ini |
UTM Southern 10s 2012 2nd edition
| Sesi memanaskan badan sebelum perlawanan berlangsung |
Pasukan Ragbi SMVTP telah mengambil bahagian dalam Kejohanan Ragbi UTM Southern 10s 2012 Kali ke-2 yang telah berlangsung selama 2 hari pada 12-13 Mei 2012 di Padang Ragbi Universiti Teknologi Malaysia. Diundi di dalam kumpulan B bersama-sama dengan Pasukan Ragbi SMK Anjung Batu, SM Vokasional Segamat dan SMK Tun Syed nasir Ismail. Sejumlah 16 Pasukan telah mengambil bahagian untuk kategori U18. Keputusan perlawanan-perlawanan yang melibatkan Pasukan SMVTP adalah seperti berikut :
Peringkat kumpulan
- SMVTP vs SMK Anjung Batu Menang 27-0
- SMVTP vs SMV Segamat Menang 32-0
- SMVTP vs TSNI Menang 24-0
Suku Akhir Cup/Plate SMVTP vs TROBA Menang 7-5
Semi final Cup SMVTP vs BPRC Kalah 5-3
Berjaya mara sehingga peringkat semifinal dan menjadi satu-satunya pasukan 'sekolah' yang mara sehingga ke peringkat tersebut. Bandar Penawar RC telah mengungguli kejohanan ini dengan menewaskan Young Wildcat 19-7 pada final kejohanan. Beringin Rendang Junior dan SMV Tanjung Puteri telah berkongsi tempat ketiga.
| Barisan pemain TR |
| Pertemuan 'adik beradik' TR vs TROBA |
| Spirit of Tanjung Rhinos |
Akhirnya muncul - Tanjung Rhinos Old Boys
| Tanjung Rhinos Old Boys Association Duduk dari kiri : Faka, Pisang, Patah dan Afizi Berdiri dari kiri : Fauzan, Lokman, Nazirul, Akmal, Haziq, Ridhwan dan Sarawak Tiada dalam gambar : Arif dan Bayan |
Peringkat kumpulan :
- TROBA vs BRRC Kalah 14-7
- TROBA vs SMK Ungku Husin Menang 14-0
- TROBA vs STK Menang 19-0
Suku akhir Cup/Plate TROBA vs SMVTP kalah 3-5
Semifinal Plate TROBA vs SMK Bandar Penawar Kalah 5-0 (ET)
| Menjelang perlawanan pertama bertemu BRRC |
| Cikgu Jamal turut memberikan sokongan moral kepada TROBA |
| Pengurus merangkap Stand Off Pasukan, Nazirul |
| mengabadikan kenangan sejurus selepas perlawanan terakhir |
Karnival Voctech 2012
| Pertemuan pertama menentang SMT Johor Bahru |
Kejohanan Ragbi Voctech 2012 Zon Johor di SMK Dato Usman Awang, Johor Bahru telah berlangsung pada 22-23 April 2012. Kejohanan ini berjaya menghimpunkan sejumlah 6 pasukan daripada kalangan SMV/SMT Negeri Johor. Keputusan perlawanan melibatkan TR adalah seperti berikut :
Peringkat kumpulan :
Menang VS TiJB 10-0 (Try : Azli , Penality Goal : Azli)
Kalah VS SMV Muar 5-0
Separuh akhir :
Menang VS SMVBP 12-5 (Try : Mus dan Kecik , Convertion : Azli)
Final
Kalah VS VSMAT 7-5 (Try : Afizul)
Tumpas di tangan SMV Segamat pada penampilan kali kedua di final. Beberapa insiden kecil yang terjadi sepanjang kejohanan ini kesemuanya melengkapkan kisah ketiadaan rezeki kami tahun ini. Apapun banyak perkara yang boleh dipelajari terutama berkenaan dengan pengalaman penganjuran dan pembinaan pasukan. Kami mengharapkan agar kesemua pemain TR terus kuat dan generasi mendatang juga akan tampil lebih gagah.
| Tuan Pengetua menunjukkan sokongan yang tidak berbelah bagi |
| Tuan Pengurus TR, En Muhammad Khairee |
| Percubaan meningkatkan kembali moral pemain selepas tewas kepada SMV Muar |
| Inilah barisan kita Depan dari kiri : Aminudin, farhan, Abot (c), Haiqal, Cg Khairee, Cg Rahman, |
Subscribe to:
Posts (Atom)





