Skip to main content

Kejohanan Ragbi Jemputan Kajang X 2011

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA : Satu inspirasi
Kejohanan Ragbi Kajang X 2011 adalah merupakan kejohanan tahunan kali kedua. Kejohanan anjuran Kelab Ragbi Kajang (KRC) dengan kerjasama Persatuan Ragbi Putrajaya (PRP) telah berlangsung di Padang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 8-9 Okt 2011. Terdapat dua kategori yang dipertandingan iaitu kategori sekolah bawah 18 Tahun dan kategori Terbuka Jemputan Kelab. Tanjung Rhinos telah menghantar pasukan bawah 16 Tahun untuk tujuan mendapat pendedahan di sana. Berikut merupakan keputusan perlawanan melibatkan Tanjung Rhinos di Kejohanan Ragbi Jemputan Kajang X 2011 
    1. Tanjung Rhinos vs KOSAS  0-14
    2. Tanjung Rhinos vs SMK Jalan Bukit  14-14 
    3. Tanjung Rhinos vs SMK Saujana Impian  7-0
    4. Tanjung Rhinos vs SMK Jalan Bukit  0-21 (Penentuan CUP/PLATE)
    5. Tanjung Rhinos vs SMK Saujana Impian 0-5 (Semi Final PLATE)
Gagal untuk mendapat tempat yang baik walaupun kelihatan berpeluang cerah pada peringkat awal. Namun kami berjaya mengutip pengalaman yang cukup berharga di sana. Kami menjangkakan pasukan 2011/2012 ini akan menyertai satu atau dua lagi kejohanan ragbi sebelum bersaing di peringkat MSSD dan KAT 2012. Penghargaan yang tidak terhingga buat semua pihak yang terlibat terutamanya kepada penganjur - Kajang Rugby Club, SM Teknik Perdagangan dan SM Teknik Kajang atas bantuan dan kesudian membantu dan menerima kami.

Kali pertama TANJUNG RHINOS di UKM
Tetap melonjak tinggi biarpun gagal - Berani Gagal
Aksi Semi Final Plate yang dirakam dari kejauhan - TR vs SMK Saujana Impian

Comments

Popular posts from this blog

Projek DIY Scrum Machine

Cikgu Khairee memberikan sentuhan terakhir untuk menyiapkan projek scrum machine Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan untuk memberi kemudahan kepada pelajar mengikuti latihan dengan lebih baik. Cikgu Khairee telah memulakan projek Scrum machine pada penghujung tahun 2010 dan kini sudah 90% siap. Terima kasih tidak terhingga atas kerja keras beliau. Semoga kemudahan-kemudahan ini diharap menjadikan para pemain Tanjung Rhinos lebih berusaha keras untuk mendapat kejayaan yang lebih besar tahun 2011 ini..

Persahabatan dengan English College Johor bahru (MSAB)

Mengabadikan kenangan Perlawanan persahabatan SMVTP - EC kali ke-2 2011 14 Sept 2011, Rabu. Perlawanan persahabatan pertama untuk pemain-pemain ragbi SMVTP 2011/2012 dan perlawanan persahabatan kali ke-2 dengan Maktab Sultan Abu Bakar. Kembali semula untuk membina pasukan yang baru. Pemain-pemain baru mula berlatih dan diberi kepercayaan untuk menyarung jersi kebanggaan SM Vokasional Tanjung Puteri. 18 orang pemain telah dipilih untuk perlawanan persahabatan pada petang ini. Dengan jumlah pemain yang baru pertama kali bermain untuk perlawanan kompetetif buat kali pertama, kami tidak meletakkan sebarang harapan yang tinggi petang ini. Tujuan utama hanyalah sekadar memberi pendedahan awal kepada mereka. Beberapa perlawanan persahabatan dan 'tournament' akan kami sertai untuk membina pasukan yang lebih baik. Perlawanan pada petang ini dimenangi oleh MSAB tetapi kami berjaya memenuhi objektif kami. Perlawanan terpaksa diberhentikan sejurus kedatangan hujan yang semakin lebat. ...

Sirkit Pembangunan Ragbi Bawah 16 Tahun Pusingan 1 2013

'Kembali membina' generasi TR 2013-2014 Pusingan pertama bagi Zon Selatan telah berlangsung di SDAHA Pontian. Keghairahan semua pemain-pemain yang rata-ratanya baru pertama kali berpeluang untuk mewakili sekolah dalam sukan ragbi jelas terpancar di wajah setiap peserta. Keputusan perlawanan-perlawanan adalah seperti berikut : 1. TR vs MSAB Tewas 31-0 2. TR vs SDAHA Tewas 5-0 3. TR vs SMK Seri Alam Seri 5-5 Keputusan tersebut dianggap memadai dengan usia pasukan ini yang baru beberapa minggu atau bulan berlatih. Prestasi pasukan dan individu juga telah dinilai sebaiknya dan beberapa kelemahan telah dikenal pasti dan bersedia untuk diatasi melalui latihan-latihan selepas ini. Kami berharap agar semua yang terlibat terutamanya pemain-pemain tetap cekal menjalani latihan dan bersedia untuk menghadapi saingan-saingan mendatang.