Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2012

1MCC Sirkit Pembangunan Ragbi Negeri Johor Pusingan Ke-3

Terlalu tinggi dan sukar ditandingi Hampir terlupa untuk menulis tentang kejohanan ragbi ini kerana sibuk dengan tugas-tugas yang lain. Kehadiran Johor Rugby Carnival yang bakal berlangsung hujung minggu ini (23-24 Jun 2012) membugarkan kembali semangat untuk mencoretkan sesuatu disini. Pasukan TR Bawah 16 Tahun telah mengikuti 1MCC Sirkit Pembangunan Ragbi Johor Bawah 16 Tahun 10 Sepasukan MSN - JRU - JPNJ 2012 Pusingan ke-3 yang telah berlangsung pada Sabtu, 28 April 2012 di SMK Pasir Gudang 3. Keputusan perlawanan-perlawanan yang melibatkan TR adalah seperti berikut : TR vs SMK Laksamana Menang 14-0 TR vs SMK Pasir Gudang 2 Seri 0-0 TR vs SMK Bandar Penawar Kalah 7-12 TR vs TSNI Hobbit Kalah 26-0 Saat terbaik hari ini ialah apabila TR berjaya menghasilkan 1 try apabila bertemu Bandar Penawar Pirates menerusi gerakan menarik daripada Izzat dan disudahkan oleh Haikal menerusi larian bertenaganya. Try tersebut sekurang-kurangnya berjaya mengekang hajat mereka untuk me