Skip to main content

Sirkit Pembangunan U-16 : Pusingan Pertama

Beraksi dalam keadaan cuaca yang sangat baik
11 Feb 2012, Sabtu. Bertempat di Padang SMK Dato Ali Haji Ahmad, Pontian (SDAHA) telah berlangsung dengan jayanya Sirkit Pembangunan Liga Ragbi Johor 2012 Bawah 16 Tahun 10 Sepasukan JRU-MSNJ-JPNJ Pusingan yang pertama. Cuaca yang sangat cantik pada hari ini membantu kelancaran perjalanan keseluruhan perlawanan untuk pusingan pertama untuk hari ini.

Perlawanan pada hari ini merupakan medan sulung untuk para pemain TR tingkatan 4 yang baru mendaftar bermula 9 Jan 2012. Dengan tempoh hanya beberapa minggu, sekurang-kurangnya kami telah berjaya mewujudkan satu pasukan untuk menyertai sirkit ini dengan objektif memberi pendedahan sebanyak-banyaknya kepada mereka.

Mencatat keputusan 3 kali kalah dan satu seri dianggap memadai dengan usia pasukan yang terlalu muda. Keputusan penuh untuk kesemua perlawanan yang melibatkan TR adalah seperti berikut :
  1. TR vs MRSM Pontian (kalah)  0-10
  2. TR vs Storm                (seri)     5-5
  3. TR vs SMK Sri Alam  (kalah)  0-12
  4. TR vs Easter               (kalah)   0-7
Pusingan kedua bakal menyusul selepas ini pada hari ahad, 26 Feb 2012 dengan Pengerang menjadi tuan rumah. Kini kami sedang berusaha penuh untuk mewujudkan pasukan yang lebih baik selepas berjaya mengenalpasti beberapa pemain yang berkebolehan :)

Menunggu giliran untuk bermain
Beraksi buat kali pertama untuk Tanjung Rhinos
Scrum ketika menentang Pasukan SMK Bandar Easter
Sesi latihan memanaskan badan

Comments

Popular posts from this blog

Projek DIY Scrum Machine

Cikgu Khairee memberikan sentuhan terakhir untuk menyiapkan projek scrum machine Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan untuk memberi kemudahan kepada pelajar mengikuti latihan dengan lebih baik. Cikgu Khairee telah memulakan projek Scrum machine pada penghujung tahun 2010 dan kini sudah 90% siap. Terima kasih tidak terhingga atas kerja keras beliau. Semoga kemudahan-kemudahan ini diharap menjadikan para pemain Tanjung Rhinos lebih berusaha keras untuk mendapat kejayaan yang lebih besar tahun 2011 ini..

Ragbi MSSD Johor Bahru 2013

Bersama TSNI Hobbit dan Uda Rugby Kejohanan ini telah berlangsung selama tiga hari pada 21-23 Februari 2013 dengan SMK Dato Usman Awang Johor Bahru telah dipilih untuk menjadi hos untuk kejohanan tersebut. Keputusan perlawanan melibatkan pasukan TR adalah seperti berikut : Peringkat kumpulan : 1. Menang 30-0 menentang Sekolah Menengah Dato Jaafar 2. Menang 39-0 menentang SMK Seri Perling Suku Akhir Menang 26-0 menentang SMK Gelang Patah (Broken Bangle RC) Broken Bangle Rugby@SMK Gelang Patah tampil lebih bersemangat tahun ini. Kami faham dan sentiasa bersedia untuk berhadapan dengan pasukan yang memiliki semangat juang yang tinggi ini. Pertemuan ini juga merupakan ulangan perlawanan suku akhir tahun 2012 dengan nasib sekali lagi menyebelahi kami. Namun, prestasi mereka seharusnya mendapat pujian. Separuh Akhir Kalah 32-0 menentang Maktab Sultan Abu Bakar (EC Stingbok) Saya mengingatkan pemain bahawa mereka seharusnya mencabar dan melawan diri mereka sendiri

Sesi memanaskan badan (warm-up session)

Rencana ini hanya merupakan suatu perkongsian ilmu berdasarkan kepada pengalaman dan pandangan peribadi penulis. Segala komentar adalah sangat dialu-alukan. SESI MEMANASKAN BADAN (WARM-UP SESSION) Saya mula memberi tumpuan kepada sesi ini berbanding pendekatan tradisional yang diamalkan sebelum ini - berlari anak beberapa pusingan padang - statik warm-up - tekan tubi - sit-up dan mulakan sesi latihan. Bedasarkan kepada perkongsian menerusi Youtube dan pengamal sukan, saya kini cuba untuk melakukan beberapa perkara seperti berikut : Larian perlahan antara stesyen . Larian ke hadapan - sisi - belakang - sisi. Penekanan kepada aspek komunikasi dimana setiap pemain akan menyebut forward - untuk memulakan larian ke hadapan, side - untuk larian sisi dan backward - larian ke belakang ( pre-warm up ). Warm-up secara dinamik (fokus pada lower body ) Lompat bintang ( Star jump ) - Perkongsian dengan seorang aktivis ragbi, beliau menekankan aspek fizikal dengan meminta pemain