Skip to main content

TR Old Boys 2010-2011

TR 2010-2011
Dari kiri : Adib, Faizuan, Akmal dan Lokman
9 Feb 2012, Khamis. Kedatangan 4 orang 'Old Boys' di padang latihan ternyata memberi nilai tambah dalam sesi latihan petang ini. Kedatangan mereka juga, secara kebetulannya hanya 2 hari sebelum sepak mula Sirkit Pembangunan Ragbi Liga Johor U-16 dan secara kebetulannya, pemain-pemain U-16 juga baru sahaja dipertontonkan dengan video-video permainan yang disertai mereka sepanjang tahun 2011. 

Kedatangan mereka disamping melepaskan rindu bermain ragbi, turut dijadikan platform untuk kami berbincang tentang beberapa perkara termasuklah rancangan untuk menyertai Cabaran Ragbi Iskandar 10s 2012 dan mengetahui perkembangan terkini masing-masing. Menariknya, seorang OB iaitu Faizuan kini sedang giat menjalani latihan bolasepak bersama pasukan remaja Johor FC dan mungkin beliau akan mencatat rekod sebagai antara bekas pelajar SMVTP yang terlibat secara serius dalam bidang sukan bolasepak.

Pertemuan hari ini berakhir dengan sesi minum petang di restoren mamak yang berhampiran. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang hadir pada petang ini. Terima juga kepada Akmal yang sudi berkongsi perkataan-perkataan terbaik yang dapat memotivasikan pasukan TR. 

Melakukan kemunculan pertama selepas hampir 3 bulan meninggalkan padang latihan
Kehadiran mereka memberi nilai tambah dalam sesi latihan perlawanan
Hero bolasepak Johor yang seterusnya?

Comments

Popular posts from this blog

Projek DIY Scrum Machine

Cikgu Khairee memberikan sentuhan terakhir untuk menyiapkan projek scrum machine Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan untuk memberi kemudahan kepada pelajar mengikuti latihan dengan lebih baik. Cikgu Khairee telah memulakan projek Scrum machine pada penghujung tahun 2010 dan kini sudah 90% siap. Terima kasih tidak terhingga atas kerja keras beliau. Semoga kemudahan-kemudahan ini diharap menjadikan para pemain Tanjung Rhinos lebih berusaha keras untuk mendapat kejayaan yang lebih besar tahun 2011 ini..

Selamat datang kembali

Batch 2011, 2012 dan 2013 yang berkesempatan datang baru-baru ini Kami berbangga dan mengalu-alukan kedatangan anda kembali ke sini. Ini tempat anda dan kita selalu sama-sama di sini sedikit masa dahulu. Kenangan sudah pasti ada tidak kira apa warnanya. Masa terus berlalu seiring anda pergi tetapi segala memori akan terus kekal. Wajah yang menginspirasikan pelbagai kejayaan batch 2010-2011 Terima kasih Kudud (Batch 2009) antara OB yang terawal sudi berkongsi pengetahuan dengan pelajar-pelajar. Kini ramai yang mengikuti jejak anda. Abd Rahman Ahmad 5/10/2015 Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain

Sirkit Pembangunan Ragbi Bawah 16 Tahun Pusingan 1 2013

'Kembali membina' generasi TR 2013-2014 Pusingan pertama bagi Zon Selatan telah berlangsung di SDAHA Pontian. Keghairahan semua pemain-pemain yang rata-ratanya baru pertama kali berpeluang untuk mewakili sekolah dalam sukan ragbi jelas terpancar di wajah setiap peserta. Keputusan perlawanan-perlawanan adalah seperti berikut : 1. TR vs MSAB Tewas 31-0 2. TR vs SDAHA Tewas 5-0 3. TR vs SMK Seri Alam Seri 5-5 Keputusan tersebut dianggap memadai dengan usia pasukan ini yang baru beberapa minggu atau bulan berlatih. Prestasi pasukan dan individu juga telah dinilai sebaiknya dan beberapa kelemahan telah dikenal pasti dan bersedia untuk diatasi melalui latihan-latihan selepas ini. Kami berharap agar semua yang terlibat terutamanya pemain-pemain tetap cekal menjalani latihan dan bersedia untuk menghadapi saingan-saingan mendatang.