Skip to main content

Friendly : Tanjung Rhinos vs TiJB

Aksi Tanjung Rhinos Junior dan TiJB
22 Feb 2012, Rabu. Aksi persahabatan diteruskan menentang pasukan jiran SM Teknik Johor Bahru. Rombongan TiJB yang hadir kira-kira seramai 40 orang mula memenuhi padang sekolah sejurus selepas menunaikan solat asar. Fokus perlawanan persahabatan pada petang ini adalah untuk pasukan TR Junior yang bakal menghadapi saingan Liga Pembangunan Ragbi Bawah 16 Tahun Negeri Johor pada hari ahad, 26 Feb 2012 di SMK Bandar Mas Pengerang.

Perlawanan pada petang ini berlangsung baik dengan kedua-dua pasukan mempamerkan permainan yang menghiburkan dan ini juga merupakan satu amaran awal, Pasukan TiJB bakal menjadi pesaing yang lebih kompetetif terutamanya dalam Kejohanan Ragbi Karnival Antara Teknik. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pengurus, jurulatih dan semua pemain TiJB yang sudi hadir ke laman kami.

Lagi aksi pasukan TR Junior dan TiJB
Sebahagian rombongan SM Teknik Johor Bahru
Sesi memanaskan badan team senior
Bersedia untuk masuk ke padang 
TR memulakan permainan 

Comments

Popular posts from this blog

Selamat datang kembali

Batch 2011, 2012 dan 2013 yang berkesempatan datang baru-baru ini Kami berbangga dan mengalu-alukan kedatangan anda kembali ke sini. Ini tempat anda dan kita selalu sama-sama di sini sedikit masa dahulu. Kenangan sudah pasti ada tidak kira apa warnanya. Masa terus berlalu seiring anda pergi tetapi segala memori akan terus kekal. Wajah yang menginspirasikan pelbagai kejayaan batch 2010-2011 Terima kasih Kudud (Batch 2009) antara OB yang terawal sudi berkongsi pengetahuan dengan pelajar-pelajar. Kini ramai yang mengikuti jejak anda. Abd Rahman Ahmad 5/10/2015 Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain

Sirkit Pembangunan Ragbi Bawah 16 Tahun Pusingan 1 2013

'Kembali membina' generasi TR 2013-2014 Pusingan pertama bagi Zon Selatan telah berlangsung di SDAHA Pontian. Keghairahan semua pemain-pemain yang rata-ratanya baru pertama kali berpeluang untuk mewakili sekolah dalam sukan ragbi jelas terpancar di wajah setiap peserta. Keputusan perlawanan-perlawanan adalah seperti berikut : 1. TR vs MSAB Tewas 31-0 2. TR vs SDAHA Tewas 5-0 3. TR vs SMK Seri Alam Seri 5-5 Keputusan tersebut dianggap memadai dengan usia pasukan ini yang baru beberapa minggu atau bulan berlatih. Prestasi pasukan dan individu juga telah dinilai sebaiknya dan beberapa kelemahan telah dikenal pasti dan bersedia untuk diatasi melalui latihan-latihan selepas ini. Kami berharap agar semua yang terlibat terutamanya pemain-pemain tetap cekal menjalani latihan dan bersedia untuk menghadapi saingan-saingan mendatang.

#tanjungrhinos SELEPAS 8 TAHUN

PAIN IS TEMPORARY, GLORY IS FOREVER (2007-2015) Sekolah Menengah Teknik Tanjung Puteri Sekolah Menengah Vokasional Tanjung Puteri Kolej Vokasional Tanjung Puteri 3 kali bertukar nama untuk tempoh tersebut dan mungkin akan bertukar lagi sedikit masa lagi. Pemain-pemainnya juga bersilih ganti memandangkan pelajar kami cuma ada tingkatan 4 dan 5 sehingga 2013. Waktu itu, setiap tahun tukar pemain. Baru nak main dah habis sekolah. Cuma sekarang ini pelajar-pelajar dah stay lama sedikit. Masuk KV start umur 16 sampai habis belajar umur 19 tahun. Lama la sedikit berbanding dulu.  Berikut merupakan pencapaian kami untuk 3 kejohanan yang memang biasanya kami sertai iaitu MSSD JB, Intertech 10's (Kejohanan Antara Teknik) 2007-2013 selepas itu tukar nama tournament dan format permainan, menjadi Voktek 7s, untuk peringkat zon Johor dan Malaysia. MSSD JB 15s Inter Tech 10s & Votek 7s Johor Inter Tech 10s & Votek 7s Kebangsaan 2...