Tuesday, February 28, 2012

Friendly : SMK Pasir Gudang 3

Tuesday, February 28, 2012
TR kali ke 2 di SMKPG3
27 Feb 2012, Isnin. Pasukan Ragbi Tanjung Rhinos telah bertandang ke SMK Pasir Gudang 3 untuk mengadakan perlawanan persahabatan kali ketiga melibatkan kedua-dua pasukan ini. Kunjungan kali ini atas jemputan Pengurus Pasukan Ragbi SMKPG3, Puan Natrah yang ingin mengadakan perlawanan ujian sebelum berlangsungnya MSSD Pasir Gudang awal Mac nanti.

Perlawanan petang ini berlangsung dengan semangat kesukanan yang tinggi. Kedua-dua pasukan mempamerkan permainan yang menghiburkan dan menunjukkan kualiti dalam bertahan dan menyerang. Kali pertama bermain dengan format 15 sebelah untuk tahun 2012 ini, secara keseluruhannya permainan hari ini boleh disifatkan sebagai 'baik' dan memuaskan. Untuk Pasukan Ragbi SMKPG3, selamat maju jaya dan semoga mendapat keputusan terbaik dalam cabaran MSSD Pasir Gudang nanti.

Barisan TR yang mengikuti Friendly petang ini
Keputusan daripada scrum juga agak baik hari ini
Pemain-pemain TR dari pandangan sisi
Arif, kapten TR 2011 turut hadir menyumbang tenaga

0 comments:

Post a Comment

 
◄Design by Pocket Distributed by Deluxe Templates