Small team with a big heart and strong effort. Committed to the rugby since 2007.
Search This Blog
Bangkitlah HARIMAU MALAYA!!
Harimau Malaya VS Singapura
Stadium Bukit Jalil 28 Julai 2011 8.45malam
Masih di dalam suasana fenomena dengan pasukan Harimau Malaya walaupun sesekali kedengaran suara-suara yang tidak begitu aman untuk didengar ekoran kekalah Harimau Malaya di tangan Singapura, 5-3 pada pertemuan kali pertama di Singapura tempohari. Begitupun kunjungan Singapura di Malaysia sudah tentu akan melalui ranjau yang cukup berliku dan sukar dan kami yakin Harimau Malaya akan bermain bermati-matian untuk membalas kembali kekalahan tersebut. Bermain di padang rumput sebenar, berbanding padang sintetik (Singapura) sudah tentu ianya memberi sedikit kelebihan kepada pasukan negara. Untuk para ULTRAS MALAYA, saya sangat sukakan istilah 'Pemain ke-12' dan sememangnya anda cukup layak untuk menggalas tugas itu. Untuk rekod sekitar 60 ribu tiket telah terjual sehingga petang Selasa, 26 Julai 2011. Ini memberikan satu mesej yang jelas bagaimana keadaan stadium pada waktu tersebut. Pasukan Datuk Rajagopal walaupun terkadang diberikan kritikan membina, namun saya tetap yakin dengan kebolehannya - dan Harimau Malaya keseluruhannya. Dengan dibarisi pemain-pemain yang cukup muda menjelaskan betapa Harimau Malaya kini sedang bercita-cita tinggi dengan dipimpini oleh jurulatih yang penuh falsafah dan berpandangan jauh. Kami mengiringi perjuangan anda nanti - HARIMAU MALAYA - dengan doa kejayaan. Semoga berjaya dan sememangnya anda telah berjaya.
Batch 2011, 2012 dan 2013 yang berkesempatan datang baru-baru ini Kami berbangga dan mengalu-alukan kedatangan anda kembali ke sini. Ini tempat anda dan kita selalu sama-sama di sini sedikit masa dahulu. Kenangan sudah pasti ada tidak kira apa warnanya. Masa terus berlalu seiring anda pergi tetapi segala memori akan terus kekal. Wajah yang menginspirasikan pelbagai kejayaan batch 2010-2011 Terima kasih Kudud (Batch 2009) antara OB yang terawal sudi berkongsi pengetahuan dengan pelajar-pelajar. Kini ramai yang mengikuti jejak anda. Abd Rahman Ahmad 5/10/2015 Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain
'Kembali membina' generasi TR 2013-2014 Pusingan pertama bagi Zon Selatan telah berlangsung di SDAHA Pontian. Keghairahan semua pemain-pemain yang rata-ratanya baru pertama kali berpeluang untuk mewakili sekolah dalam sukan ragbi jelas terpancar di wajah setiap peserta. Keputusan perlawanan-perlawanan adalah seperti berikut : 1. TR vs MSAB Tewas 31-0 2. TR vs SDAHA Tewas 5-0 3. TR vs SMK Seri Alam Seri 5-5 Keputusan tersebut dianggap memadai dengan usia pasukan ini yang baru beberapa minggu atau bulan berlatih. Prestasi pasukan dan individu juga telah dinilai sebaiknya dan beberapa kelemahan telah dikenal pasti dan bersedia untuk diatasi melalui latihan-latihan selepas ini. Kami berharap agar semua yang terlibat terutamanya pemain-pemain tetap cekal menjalani latihan dan bersedia untuk menghadapi saingan-saingan mendatang.
PAIN IS TEMPORARY, GLORY IS FOREVER (2007-2015) Sekolah Menengah Teknik Tanjung Puteri Sekolah Menengah Vokasional Tanjung Puteri Kolej Vokasional Tanjung Puteri 3 kali bertukar nama untuk tempoh tersebut dan mungkin akan bertukar lagi sedikit masa lagi. Pemain-pemainnya juga bersilih ganti memandangkan pelajar kami cuma ada tingkatan 4 dan 5 sehingga 2013. Waktu itu, setiap tahun tukar pemain. Baru nak main dah habis sekolah. Cuma sekarang ini pelajar-pelajar dah stay lama sedikit. Masuk KV start umur 16 sampai habis belajar umur 19 tahun. Lama la sedikit berbanding dulu. Berikut merupakan pencapaian kami untuk 3 kejohanan yang memang biasanya kami sertai iaitu MSSD JB, Intertech 10's (Kejohanan Antara Teknik) 2007-2013 selepas itu tukar nama tournament dan format permainan, menjadi Voktek 7s, untuk peringkat zon Johor dan Malaysia. MSSD JB 15s Inter Tech 10s & Votek 7s Johor Inter Tech 10s & Votek 7s Kebangsaan 2...
Comments
Post a Comment