Skip to main content

Liverpool @ Malaysia..

Gaya Liverpool tapi hati tetap ULTRAS MALAYA!
Terima Kasih Fahrurrazi Puji untuk foto menarik ini

Pertembungan antara The Reds dan Malaysia yang berlangsung petang tadi dengan keputusan akhir, Liverpool menang 6-3. Masuk seminggu berehat dari mengadakan latihan ragbi di padang atas ekoran kesibukan tugas-tugas lain disamping menghabiskan sedikit masa bersama keluarga membolehkan saya menonton perlawanan petang tadi dengan penuh minat. Sememangnya saya sentiasa berusaha untuk memastikan saya dapat menonton perlawanan melibatkan pasukan kebangsaan. Senario terkini juga jelas memberi tanda bahawa sukan bolasepak kembali menjadi suatu fenomena dan sedang dibarisi oleh watak-watak terbaik dari seluruh pelusuk negara. Muncul satu-satunya negara dari Asia Tenggara yang berjaya melayakkan diri hingga ke peringkat kumpulan pusingan ke-3 (Zon Asia) kelayakan Sukan Olimpik 2012, mungkin membawa pengertian yang lebih besar  - Malaysia mungkin memiliki sejumlah pemain muda terbaik di Asia Tenggara.

Kekalahan 6-3 di tangan pasukan gergasi - memiliki sejarah yang cukup hebat di Liga Perdana Inggeris dan Peringkat Eropah, dibarisi pemain-pemain terbaik dari seluruh dunia dan mempunyai reputasi hebat seantero dunia - The Reds merupakan suatu kekalahan yang saya boleh sifatkan - hanya kekalahan dari segi angka dan bukanlah suatu kekalahan mutlak. Sesuatu pasukan yang sedang dibentuk untuk sesuatu kejohanan sudah tentunya perlu mengasah kemampuan mereka menerusi perlawanan ujian atau perlawanan persahabatan. Bagi pasukan yang ingin melonjakkan keyakinan dan motivasi pemain, menentang pasukan yang lebih lemah dan hampir pasti akan mencatatkan keputusan menang adalah pilihan terbaik. Tetapi bagi pasukan yang sudah memiliki mentaliti yang baik, sudah tentu perlawanan menentang pasukan yang lebih baik adalah pilihan yang terbaik. Mentaliti yang baik menyebabkan pemain-pemain dapat memahami dengan positif hasil sesuatu perlawanan walaupun berakhir dengan keputusan - kalah!..

Rajagopal seperti biasa sentiasa konsisten dalam memberikan sentuhan terbaiknya, menerusi idea dan taktikal perlawanan dan menggunakan kelebihan sedia ada pemain untuk mencorakkan permainan keseluruhan pasukan. Rajagopal yang telah bersama pemain-pemain untuk satu jangka masa yang agak lama, atau memantau pemain-pemain untuk tempoh yang agak panjang sudah tentu mempunyai jangkaan terhadap individu yang akhirnya memberi jangkaan kepada pasukan. Dengan fokus kepada memberikan persembahan terbaik - memenuhi jangkaan secara individual dan sepasukan, berbanding memikirkan soal menang atau kalah, Pasukan Malaysia berjaya mengekang dengan baik Pasukan The Reds 'kelas dua' untuk separuh masa yang pertama. Lebih mengejutkan apabila Kapten Malaysia, Mohd Safiq Rahim berjaya merobek gawang Liverpool menerusi sepakan percuma yang cantik. Jaringan 1-1 kekal sehingga tamat babak pertama Sebelum giliran Safee Sali menunjukkan ketajamannya pada separuh masa kedua dengan meledak 2 gol - menjadikan sejumlah 3 gol yang berjaya dijaringkan ke atas Liverpool.

Secara peribadi saya melihat banyak perkara yang positif menerusi perlawanan ini. Mungkin boleh dikatakan perlawanan persahabatan paling kompetetif melibatkan pasukan kebangsaan dengan wakil Liga Perdana Inggeris dan sudah tentu mempersiapkan diri pemain-pemain kebangsaan untuk berhadapan cabaran dari Singapura. Kami pendokong anda sudah tentu sentiasa menyokong anda dan berdoa Malaysia sentiasa mempamerkan permainan terbaik dan hasilnya mencatatkan kemenangan. Apapun - kami bangga dengan anda HARIMAU MALAYA dan selamat berjuang..


Lautan merah memenuhi segenap ruang di Stadium Bukit Jalil malam ini
"If you're ashamed to stand by your colours, you had better seek another flag".

Comments

Popular posts from this blog

Selamat datang kembali

Batch 2011, 2012 dan 2013 yang berkesempatan datang baru-baru ini Kami berbangga dan mengalu-alukan kedatangan anda kembali ke sini. Ini tempat anda dan kita selalu sama-sama di sini sedikit masa dahulu. Kenangan sudah pasti ada tidak kira apa warnanya. Masa terus berlalu seiring anda pergi tetapi segala memori akan terus kekal. Wajah yang menginspirasikan pelbagai kejayaan batch 2010-2011 Terima kasih Kudud (Batch 2009) antara OB yang terawal sudi berkongsi pengetahuan dengan pelajar-pelajar. Kini ramai yang mengikuti jejak anda. Abd Rahman Ahmad 5/10/2015 Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain

Sirkit Pembangunan Ragbi Bawah 16 Tahun Pusingan 1 2013

'Kembali membina' generasi TR 2013-2014 Pusingan pertama bagi Zon Selatan telah berlangsung di SDAHA Pontian. Keghairahan semua pemain-pemain yang rata-ratanya baru pertama kali berpeluang untuk mewakili sekolah dalam sukan ragbi jelas terpancar di wajah setiap peserta. Keputusan perlawanan-perlawanan adalah seperti berikut : 1. TR vs MSAB Tewas 31-0 2. TR vs SDAHA Tewas 5-0 3. TR vs SMK Seri Alam Seri 5-5 Keputusan tersebut dianggap memadai dengan usia pasukan ini yang baru beberapa minggu atau bulan berlatih. Prestasi pasukan dan individu juga telah dinilai sebaiknya dan beberapa kelemahan telah dikenal pasti dan bersedia untuk diatasi melalui latihan-latihan selepas ini. Kami berharap agar semua yang terlibat terutamanya pemain-pemain tetap cekal menjalani latihan dan bersedia untuk menghadapi saingan-saingan mendatang.

#tanjungrhinos SELEPAS 8 TAHUN

PAIN IS TEMPORARY, GLORY IS FOREVER (2007-2015) Sekolah Menengah Teknik Tanjung Puteri Sekolah Menengah Vokasional Tanjung Puteri Kolej Vokasional Tanjung Puteri 3 kali bertukar nama untuk tempoh tersebut dan mungkin akan bertukar lagi sedikit masa lagi. Pemain-pemainnya juga bersilih ganti memandangkan pelajar kami cuma ada tingkatan 4 dan 5 sehingga 2013. Waktu itu, setiap tahun tukar pemain. Baru nak main dah habis sekolah. Cuma sekarang ini pelajar-pelajar dah stay lama sedikit. Masuk KV start umur 16 sampai habis belajar umur 19 tahun. Lama la sedikit berbanding dulu.  Berikut merupakan pencapaian kami untuk 3 kejohanan yang memang biasanya kami sertai iaitu MSSD JB, Intertech 10's (Kejohanan Antara Teknik) 2007-2013 selepas itu tukar nama tournament dan format permainan, menjadi Voktek 7s, untuk peringkat zon Johor dan Malaysia. MSSD JB 15s Inter Tech 10s & Votek 7s Johor Inter Tech 10s & Votek 7s Kebangsaan 2...