Skip to main content

Iskandar Malaysia 10s Rugby Challenge 2011

Tanjung Rhinos di Iskandar Malaysia 10s Rugby Challenge 2011
Diri dari kiri : Ridhwan, Naqib, Bayan, Arif (c), Luqman, Afizi, Adib dan Afidzul
Duduk dari kiri : Lufti, Syah, Firdaus, Azli, Capang dan Fauzan
Tiada dalam gambar : Akmal
Tanjung Rhinos telah menyertai kejohanan ini yang berlangsung bermula 9-10 Julai 2011 di Dataran Bandaraya. Pasukan Tanjung Rhinos telah di undi bersama finalis kejohanan tahun lepas, SMSS dan SERUC B. Namun nasib tidak menyebelahi kami tahun ini apabila hanya mampu beraksi dalam 2 perlawanan sahaja ekoran penarikan diri pasukan SERUC B sebelum ditunjukkan jalan keluar oleh SMK Bandar Penawar. Namun ini merupakan pendedahan yang cukup baik untuk pemain-pemain baru. Keputusan penuh perlawanan yang melibatkan Tanjung Rhinos adalah seperti berikut :
  • Tanjung Rhinos vs SMSS kalah 29-0
  • Tanjung Rhinos vs SMK Bandar Penawar kalah 7-0
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada penaja-penaja kami untuk kejohanan kali ini iaitu :
  • SMT Million Ent. (Pembekal Akademi Binaan Malaysia)
  • Datuk Seri Shahrir Samad
Tanjung Rhinos bersama Pasukan Malaysia U-20 yang akan beraksi dalam ARFU 7s
Gembira dapat menyertai komuniti ragbi terbesar di Malaysia
Mengambil peluang menyaksikan pasukan Malaysia U20 beraksi
Memanaskan badan sebelum perlawanan berlangsung
Memberi sedikit kata-kata sebelum perlawanan
Menentang SMK Bandar Penawar - Pusingan kedua kategori Plate
Nasib tidak menyebelahi kami kali ini - ada hikmahnya

Comments

Popular posts from this blog

Selamat datang kembali

Batch 2011, 2012 dan 2013 yang berkesempatan datang baru-baru ini Kami berbangga dan mengalu-alukan kedatangan anda kembali ke sini. Ini tempat anda dan kita selalu sama-sama di sini sedikit masa dahulu. Kenangan sudah pasti ada tidak kira apa warnanya. Masa terus berlalu seiring anda pergi tetapi segala memori akan terus kekal. Wajah yang menginspirasikan pelbagai kejayaan batch 2010-2011 Terima kasih Kudud (Batch 2009) antara OB yang terawal sudi berkongsi pengetahuan dengan pelajar-pelajar. Kini ramai yang mengikuti jejak anda. Abd Rahman Ahmad 5/10/2015 Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain

Sirkit Pembangunan Ragbi Bawah 16 Tahun Pusingan 1 2013

'Kembali membina' generasi TR 2013-2014 Pusingan pertama bagi Zon Selatan telah berlangsung di SDAHA Pontian. Keghairahan semua pemain-pemain yang rata-ratanya baru pertama kali berpeluang untuk mewakili sekolah dalam sukan ragbi jelas terpancar di wajah setiap peserta. Keputusan perlawanan-perlawanan adalah seperti berikut : 1. TR vs MSAB Tewas 31-0 2. TR vs SDAHA Tewas 5-0 3. TR vs SMK Seri Alam Seri 5-5 Keputusan tersebut dianggap memadai dengan usia pasukan ini yang baru beberapa minggu atau bulan berlatih. Prestasi pasukan dan individu juga telah dinilai sebaiknya dan beberapa kelemahan telah dikenal pasti dan bersedia untuk diatasi melalui latihan-latihan selepas ini. Kami berharap agar semua yang terlibat terutamanya pemain-pemain tetap cekal menjalani latihan dan bersedia untuk menghadapi saingan-saingan mendatang.

#tanjungrhinos SELEPAS 8 TAHUN

PAIN IS TEMPORARY, GLORY IS FOREVER (2007-2015) Sekolah Menengah Teknik Tanjung Puteri Sekolah Menengah Vokasional Tanjung Puteri Kolej Vokasional Tanjung Puteri 3 kali bertukar nama untuk tempoh tersebut dan mungkin akan bertukar lagi sedikit masa lagi. Pemain-pemainnya juga bersilih ganti memandangkan pelajar kami cuma ada tingkatan 4 dan 5 sehingga 2013. Waktu itu, setiap tahun tukar pemain. Baru nak main dah habis sekolah. Cuma sekarang ini pelajar-pelajar dah stay lama sedikit. Masuk KV start umur 16 sampai habis belajar umur 19 tahun. Lama la sedikit berbanding dulu.  Berikut merupakan pencapaian kami untuk 3 kejohanan yang memang biasanya kami sertai iaitu MSSD JB, Intertech 10's (Kejohanan Antara Teknik) 2007-2013 selepas itu tukar nama tournament dan format permainan, menjadi Voktek 7s, untuk peringkat zon Johor dan Malaysia. MSSD JB 15s Inter Tech 10s & Votek 7s Johor Inter Tech 10s & Votek 7s Kebangsaan 2...