Skip to main content

Persahabatan dengan Politeknik Johor Bahru

Pemain Politeknik JB bergambar sebelum perlawanan persahabatan berlangsung
17 Mei 2011, Selasa. Perlawanan persahabatan terakhir yang dijadualkan sebelum menyertai Kejohanan Ragbi KATV Peringkat Kebangsaan 7-11 Jun nanti. Terima kasih di atas kesudian pemain-pemain Politeknik Johor Bahru yang sudi bertandang ke laman kami. Terima kasih kepada Kudud yang sudi menjadi perantara dan memastikan perlawanan persahabatan ini dapat dilaksanakan. Pasukan Politeknik ini juga turut diwakili oleh ex-SMVTP iaitu Kudud, Amirul dan Rasyid. Bermain dengan pasukan yang rata-ratanya lebih berumur dari pasukan Tanjung Rhinos memberi satu inspirasi yang sangat besar dan memberi peluang kepada diri kami untuk meneroka potensi diri dengan lebih pesat. Kami kini selangkah lagi lebih bersedia untuk menghadapi saingan di sana.

Penampilan terakhir dengan jersi hijau klasik kami (2007-2011)
Akmal bersedia untuk membuat rempuhan besar
Nazirul cuba memecahkan pertahanan lawan
Perlawanan persahabatan yang menjadi medan untuk pemain-pemain baru menunjukkan bakat

Comments

Popular posts from this blog

Projek DIY Scrum Machine

Cikgu Khairee memberikan sentuhan terakhir untuk menyiapkan projek scrum machine Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan untuk memberi kemudahan kepada pelajar mengikuti latihan dengan lebih baik. Cikgu Khairee telah memulakan projek Scrum machine pada penghujung tahun 2010 dan kini sudah 90% siap. Terima kasih tidak terhingga atas kerja keras beliau. Semoga kemudahan-kemudahan ini diharap menjadikan para pemain Tanjung Rhinos lebih berusaha keras untuk mendapat kejayaan yang lebih besar tahun 2011 ini..

Selamat datang kembali

Batch 2011, 2012 dan 2013 yang berkesempatan datang baru-baru ini Kami berbangga dan mengalu-alukan kedatangan anda kembali ke sini. Ini tempat anda dan kita selalu sama-sama di sini sedikit masa dahulu. Kenangan sudah pasti ada tidak kira apa warnanya. Masa terus berlalu seiring anda pergi tetapi segala memori akan terus kekal. Wajah yang menginspirasikan pelbagai kejayaan batch 2010-2011 Terima kasih Kudud (Batch 2009) antara OB yang terawal sudi berkongsi pengetahuan dengan pelajar-pelajar. Kini ramai yang mengikuti jejak anda. Abd Rahman Ahmad 5/10/2015 Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain

Sirkit Pembangunan Ragbi Bawah 16 Tahun Pusingan 1 2013

'Kembali membina' generasi TR 2013-2014 Pusingan pertama bagi Zon Selatan telah berlangsung di SDAHA Pontian. Keghairahan semua pemain-pemain yang rata-ratanya baru pertama kali berpeluang untuk mewakili sekolah dalam sukan ragbi jelas terpancar di wajah setiap peserta. Keputusan perlawanan-perlawanan adalah seperti berikut : 1. TR vs MSAB Tewas 31-0 2. TR vs SDAHA Tewas 5-0 3. TR vs SMK Seri Alam Seri 5-5 Keputusan tersebut dianggap memadai dengan usia pasukan ini yang baru beberapa minggu atau bulan berlatih. Prestasi pasukan dan individu juga telah dinilai sebaiknya dan beberapa kelemahan telah dikenal pasti dan bersedia untuk diatasi melalui latihan-latihan selepas ini. Kami berharap agar semua yang terlibat terutamanya pemain-pemain tetap cekal menjalani latihan dan bersedia untuk menghadapi saingan-saingan mendatang.