Monday, May 2, 2011

Our Rugby Project is DONE

Monday, May 2, 2011
Piala Pusingan Ragbi Zon Johor akhirnya singgah di SMVTP
Misi 2011 yang mula dizahirkan pada pertengahan 2010


"Suatu masa, sewaktu kami mula berkira-kira untuk muncul sebagai pesaing utama dalam Kejohanan Antara Teknik / Vokasional (KATV) segalanya nampak seperti terlalu mustahil. Hari demi hari yang berlalu kami isi dengan pelbagai aktiviti untuk meningkatkan mutu pasukan ragbi kami, Tanjung Rhinos. Selepas setahun berlalu akhirnya impian kami tercapai. Kami sah menjadi johan untuk Kejohanan Antara Teknik / Vokasional 2011 yang berlangsung di SMV Segamat. Pencapaian sepanjang zaman yang cukup manis bagi kami. Tugas kami seterusnya, ialah untuk memastikan Tanjung Rhinos sentiasa menjadi pesaing utama dalam kejohanan ini.Tahniah buat semua jurulatih dan pemain-pemain yang sentiasa berusaha keras untuk memberikan dan menjadi yang terbaik. Kami menyanjung tinggi semangat juang anda. Semoga terus membara di Kuantan nanti."

Mengabadikan kenangan selepas menerima kalungan dari Tuan Pengetua, En Zainuzzaman bin Mohd Salleh
Usaha kami selama ini akhirnya membuahkan hasil
'Orang kuat' sukan SM Vokasional Tanjung Puteri
Satria-satria Tanjung Puteri 2011 
Nazirul turut dipilih sebagai pemain terbaik dan penyumbang 'try' terbanyak kejohanan
Cikgu Salmezan memperagakan semua piala dan medal yang dimenangi


2 comments:

ZahrilRhino said...

Syabas!! Tanjung Rhinos is awesome.... Tahniah kepada pencetus idea untuk menubuhkan pasukan ragbi SMVTP kerana berani meletakan matlamat yang tinggi yg agak sukar dicapai oleh orang lain tanpa pengalaman serta perancangan yang baik.. Tidak lupa juga kepada jurulatih2 yang telah bertungkus lumus bagi memastikan mental dan fizikal para pemain berada dalam keaadan baik... yang paling penting adalah dari pemain2 itu sendiri kerana memberi kerjasama yang baik dalam mengejar misi serta visi yang telah ditetapkan... harap para pemain tidak akan lupa untuk datang kembali ke sekolah untuk memberi tunjuk ajar serta memberi semangat kepada pelapis2 baru... sekian... zahril...

TANJUNG RHINOS RC said...

Tkasih Zahril.. Kami mohon doa anda mengiringi pemergian kami ke KAT kebangsaan di Kuantan nnti.. Insyaallah, pemain2 skrg ini tidak hanya akan sekadar meninggalkan memori, mereka akan tinggalkan satu legasi..

Post a Comment

 
◄Design by Pocket Distributed by Deluxe Templates