Skip to main content

Posts

TR Official Tee

Hadapan - The Spirit Of Tanjung Rhinos TR very 1st merchandise for our players and supporters - a very lovely tshirt of Tanjung Rhinos. Promotion price for RM35.00 only. 1st come 1st serve. :) TQ for our model and a very 1st buyer 'Kecik'. Belakang - @ SM Vokasional Tanjung Puteri

Perlawanan Persahabatan tradisi vs PDRM JB

Kedua-dua pasukan bersalaman sebelum memulakan permainan 16 Mei 2012, Rabu. Tanjung Rhinos terus menjadi tumpuan apabila menjadi pilihan buat Pasukan Ragbi PDRM Johor Bahru untuk kembali mengadakan perlawanan persahabatan. Perlawanan persahabatan kali kedua melibatkan kedua-dua pasukan ini telah diadakan di Padang Ragbi MSAB bermula sekitar jam 5.00 petang dengan format 15 sepasukan. Tanpa sebarang persiapan yang rapi memandangkan Pasukan TR sedang berada pada fasa berehat, permainan hari ini tetap berlangsung menarik dan kompetetif. Pasukan TR berjaya menghasilkan 2 try awal melalui larian deras daripada backline. Ketinggalan 2 try menjadikan mereka semakin bersemangat untuk kembali mengemudi permainan dan akhirnya mereka berjaya mendapatkan 3 try menerusi rempuhan-rempuhan menarik daripada forward mereka yang nyata lebih besar berbanding kami. Walaupun tewas kami telah memperolehi sesuatu yang baru terutamanya dalam aspek membina keyakinan dan keberanian apabila berhadapan d...

UTM Southern 10s 2012 2nd edition

Sesi memanaskan badan sebelum perlawanan berlangsung Pasukan Ragbi SMVTP telah mengambil bahagian dalam Kejohanan Ragbi UTM Southern 10s 2012 Kali ke-2 yang telah berlangsung selama 2 hari pada 12-13 Mei 2012 di Padang Ragbi Universiti Teknologi Malaysia. Diundi di dalam kumpulan B bersama-sama dengan Pasukan Ragbi SMK Anjung Batu, SM Vokasional Segamat dan SMK Tun Syed nasir Ismail. Sejumlah 16 Pasukan telah mengambil bahagian untuk kategori U18. Keputusan perlawanan-perlawanan yang melibatkan Pasukan SMVTP adalah seperti berikut : Peringkat kumpulan SMVTP vs SMK Anjung Batu Menang 27-0 SMVTP vs SMV Segamat Menang 32-0 SMVTP vs TSNI Menang 24-0 Suku Akhir Cup/Plate SMVTP vs TROBA Menang 7-5 Semi final Cup SMVTP vs Bandar Penawar RC Kalah  15-3 Berjaya mara sehingga peringkat semifinal dan menjadi satu-satunya pasukan 'sekolah' yang mara sehingga ke peringkat tersebut. Bandar Penawar RC telah mengungguli kejohanan ini dengan menewaskan Young Wildcat ...

Akhirnya muncul - Tanjung Rhinos Old Boys

Tanjung Rhinos Old Boys Association Duduk dari kiri : Faka, Pisang, Patah dan Afizi Berdiri dari kiri : Fauzan, Lokman, Nazirul, Akmal, Haziq, Ridhwan dan Sarawak Tiada dalam gambar : Arif dan Bayan Buat kali pertamanya, SMV Tanjung Puteri berjaya menghimpunkan bekas-bekas pelajar untuk turut mengambil bahagian dalam Kejohanan Ragbi UTM Southern 2012 kali kedua. Penubuhan pasukan ini yang diberi jolokan TROBA (Tanjung Rhinos Old Boys Association) merupakan menifestasi dan suatu pencapaian yang membanggakan hasil kepada fokus sekolah kepada pasukan ragbi bermula pada tahun 2010. Idea penubuhan pasukan ini telah diterjemahkan sebaik mungkin melalui usaha kuat Nazirul (SO 2011) dua hari sebelum kejohanan berlangsung. Keputusan-keputusan perlawanan yang melibatkan pasukan TROBA adalah seperti berikut : Peringkat kumpulan : TROBA vs BRRC Kalah 14-7 TROBA vs SMK Ungku Husin Menang 14-0 TROBA vs STK Menang 19-0 Suku akhir Cup/Plate TROBA vs SMVTP kalah 3-5 Semifinal Plat...

Karnival Voctech 2012

Pertemuan pertama menentang SMT Johor Bahru Kejohanan Ragbi Voctech 2012 Zon Johor di SMK Dato Usman Awang, Johor Bahru telah berlangsung pada 22-23 April 2012. Kejohanan ini berjaya menghimpunkan sejumlah 6 pasukan daripada kalangan SMV/SMT Negeri Johor. Keputusan perlawanan melibatkan TR adalah seperti berikut : Peringkat kumpulan : Menang VS TiJB 10-0 (Try : Azli , Penality Goal : Azli) Kalah VS SMV Muar 5-0 Separuh akhir : Menang VS SMVBP 12-5 (Try : Mus dan Kecik , Convertion : Azli) Final Kalah VS VSMAT 7-5 (Try : Afizul) Tumpas di tangan SMV Segamat pada penampilan kali kedua di final. Beberapa insiden kecil yang terjadi sepanjang kejohanan ini kesemuanya melengkapkan kisah ketiadaan rezeki kami tahun ini. Apapun banyak perkara yang boleh dipelajari terutama berkenaan dengan pengalaman penganjuran dan pembinaan pasukan. Kami mengharapkan agar kesemua pemain TR terus kuat dan generasi mendatang juga akan tampil lebih gagah. Tuan Pengetua menu...

Jamuan Penghargaan MSSD 2012

Perlawanan persahabatan menentang SMV Batu Pahat

Barisan pemain-pemain TR untuk edisi Persahabatan dengan SMV Batu Pahat 11 April 2012, Rabu. Pagi cuti yang indah ini telah dipilih untuk pasukan Ragbi TR bertolak ke SMV Batu Pahat untuk mengadakan perlawanan persahabatan ragbi 10 sebelah. Persahabatan yang julung-julung kali diadakan ini merupakan sebahagian daripada persiapan terakhir sebelum kedua-dua pasukan mengambil bahagian dalam Kejohanan Ragbi Inter Tehcnic 2012 yang bakal berlangsung di SMK Dato Usman Awang, Johor Bahru pada hari Sabtu 21 April 2012 nanti. Segunung penghargaan terutama buat GPK Koko SMV Batu Pahat, En Omar Hassan yang secara peribadi telah meluangkan masa bersama-sama kami sepanjang-panjang keberadaan kami di sana, juga penghargaan buat semua barisan pengurusan dan kejuruatihan ragbi dan pemain-pemain Ragbi SMV Batu Pahat. Sangat beruntung buat kami kerana berpeluang beraksi di Padang Ragbi 'tercantik' di Johor dalam suasana cuaca yang cukup indah serta layanan 5 bintang daripada tuan rumah. Perl...