Skip to main content

Perlawanan persahabatan menentang SMV Batu Pahat

Barisan pemain-pemain TR untuk edisi Persahabatan dengan SMV Batu Pahat
11 April 2012, Rabu. Pagi cuti yang indah ini telah dipilih untuk pasukan Ragbi TR bertolak ke SMV Batu Pahat untuk mengadakan perlawanan persahabatan ragbi 10 sebelah. Persahabatan yang julung-julung kali diadakan ini merupakan sebahagian daripada persiapan terakhir sebelum kedua-dua pasukan mengambil bahagian dalam Kejohanan Ragbi Inter Tehcnic 2012 yang bakal berlangsung di SMK Dato Usman Awang, Johor Bahru pada hari Sabtu 21 April 2012 nanti.

Segunung penghargaan terutama buat GPK Koko SMV Batu Pahat, En Omar Hassan yang secara peribadi telah meluangkan masa bersama-sama kami sepanjang-panjang keberadaan kami di sana, juga penghargaan buat semua barisan pengurusan dan kejuruatihan ragbi dan pemain-pemain Ragbi SMV Batu Pahat. Sangat beruntung buat kami kerana berpeluang beraksi di Padang Ragbi 'tercantik' di Johor dalam suasana cuaca yang cukup indah serta layanan 5 bintang daripada tuan rumah. Perlawanan yang berlangsung kira-kira hampir 2 jam berakhir sekitar jam 12.00 tengahari. Akhir kata, semoga kita berjumpa lagi di Kejohanan Ragbi Inter Technic nanti dan selamat maju jaya.

SMVTP menentang SMV Batu Pahat
Beto cuba untuk menghalang pergerakan lawan

Comments

Popular posts from this blog

Selamat datang kembali

Batch 2011, 2012 dan 2013 yang berkesempatan datang baru-baru ini Kami berbangga dan mengalu-alukan kedatangan anda kembali ke sini. Ini tempat anda dan kita selalu sama-sama di sini sedikit masa dahulu. Kenangan sudah pasti ada tidak kira apa warnanya. Masa terus berlalu seiring anda pergi tetapi segala memori akan terus kekal. Wajah yang menginspirasikan pelbagai kejayaan batch 2010-2011 Terima kasih Kudud (Batch 2009) antara OB yang terawal sudi berkongsi pengetahuan dengan pelajar-pelajar. Kini ramai yang mengikuti jejak anda. Abd Rahman Ahmad 5/10/2015 Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain

Sirkit Pembangunan Ragbi Bawah 16 Tahun Pusingan 1 2013

'Kembali membina' generasi TR 2013-2014 Pusingan pertama bagi Zon Selatan telah berlangsung di SDAHA Pontian. Keghairahan semua pemain-pemain yang rata-ratanya baru pertama kali berpeluang untuk mewakili sekolah dalam sukan ragbi jelas terpancar di wajah setiap peserta. Keputusan perlawanan-perlawanan adalah seperti berikut : 1. TR vs MSAB Tewas 31-0 2. TR vs SDAHA Tewas 5-0 3. TR vs SMK Seri Alam Seri 5-5 Keputusan tersebut dianggap memadai dengan usia pasukan ini yang baru beberapa minggu atau bulan berlatih. Prestasi pasukan dan individu juga telah dinilai sebaiknya dan beberapa kelemahan telah dikenal pasti dan bersedia untuk diatasi melalui latihan-latihan selepas ini. Kami berharap agar semua yang terlibat terutamanya pemain-pemain tetap cekal menjalani latihan dan bersedia untuk menghadapi saingan-saingan mendatang.

#tanjungrhinos SELEPAS 8 TAHUN

PAIN IS TEMPORARY, GLORY IS FOREVER (2007-2015) Sekolah Menengah Teknik Tanjung Puteri Sekolah Menengah Vokasional Tanjung Puteri Kolej Vokasional Tanjung Puteri 3 kali bertukar nama untuk tempoh tersebut dan mungkin akan bertukar lagi sedikit masa lagi. Pemain-pemainnya juga bersilih ganti memandangkan pelajar kami cuma ada tingkatan 4 dan 5 sehingga 2013. Waktu itu, setiap tahun tukar pemain. Baru nak main dah habis sekolah. Cuma sekarang ini pelajar-pelajar dah stay lama sedikit. Masuk KV start umur 16 sampai habis belajar umur 19 tahun. Lama la sedikit berbanding dulu.  Berikut merupakan pencapaian kami untuk 3 kejohanan yang memang biasanya kami sertai iaitu MSSD JB, Intertech 10's (Kejohanan Antara Teknik) 2007-2013 selepas itu tukar nama tournament dan format permainan, menjadi Voktek 7s, untuk peringkat zon Johor dan Malaysia. MSSD JB 15s Inter Tech 10s & Votek 7s Johor Inter Tech 10s & Votek 7s Kebangsaan 2...