Skip to main content

Akhirnya muncul - Tanjung Rhinos Old Boys

Tanjung Rhinos Old Boys Association
Duduk dari kiri : Faka, Pisang, Patah dan Afizi
Berdiri dari kiri : Fauzan, Lokman, Nazirul, Akmal, Haziq, Ridhwan dan Sarawak
Tiada dalam gambar : Arif dan Bayan
Buat kali pertamanya, SMV Tanjung Puteri berjaya menghimpunkan bekas-bekas pelajar untuk turut mengambil bahagian dalam Kejohanan Ragbi UTM Southern 2012 kali kedua. Penubuhan pasukan ini yang diberi jolokan TROBA (Tanjung Rhinos Old Boys Association) merupakan menifestasi dan suatu pencapaian yang membanggakan hasil kepada fokus sekolah kepada pasukan ragbi bermula pada tahun 2010. Idea penubuhan pasukan ini telah diterjemahkan sebaik mungkin melalui usaha kuat Nazirul (SO 2011) dua hari sebelum kejohanan berlangsung. Keputusan-keputusan perlawanan yang melibatkan pasukan TROBA adalah seperti berikut :

Peringkat kumpulan :

  • TROBA vs BRRC Kalah 14-7
  • TROBA vs SMK Ungku Husin Menang 14-0
  • TROBA vs STK Menang 19-0
Suku akhir Cup/Plate TROBA vs SMVTP kalah 3-5

Semifinal Plate TROBA vs SMK Bandar Penawar Kalah 5-0 (ET)


Menjelang perlawanan pertama bertemu BRRC
Cikgu Jamal turut memberikan sokongan moral kepada TROBA
Pengurus merangkap Stand Off Pasukan, Nazirul
mengabadikan kenangan sejurus selepas perlawanan terakhir

Comments

Popular posts from this blog

Projek DIY Scrum Machine

Cikgu Khairee memberikan sentuhan terakhir untuk menyiapkan projek scrum machine Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan untuk memberi kemudahan kepada pelajar mengikuti latihan dengan lebih baik. Cikgu Khairee telah memulakan projek Scrum machine pada penghujung tahun 2010 dan kini sudah 90% siap. Terima kasih tidak terhingga atas kerja keras beliau. Semoga kemudahan-kemudahan ini diharap menjadikan para pemain Tanjung Rhinos lebih berusaha keras untuk mendapat kejayaan yang lebih besar tahun 2011 ini..

Sirkit Pembangunan Ragbi Bawah 16 Tahun Pusingan 1 2013

'Kembali membina' generasi TR 2013-2014 Pusingan pertama bagi Zon Selatan telah berlangsung di SDAHA Pontian. Keghairahan semua pemain-pemain yang rata-ratanya baru pertama kali berpeluang untuk mewakili sekolah dalam sukan ragbi jelas terpancar di wajah setiap peserta. Keputusan perlawanan-perlawanan adalah seperti berikut : 1. TR vs MSAB Tewas 31-0 2. TR vs SDAHA Tewas 5-0 3. TR vs SMK Seri Alam Seri 5-5 Keputusan tersebut dianggap memadai dengan usia pasukan ini yang baru beberapa minggu atau bulan berlatih. Prestasi pasukan dan individu juga telah dinilai sebaiknya dan beberapa kelemahan telah dikenal pasti dan bersedia untuk diatasi melalui latihan-latihan selepas ini. Kami berharap agar semua yang terlibat terutamanya pemain-pemain tetap cekal menjalani latihan dan bersedia untuk menghadapi saingan-saingan mendatang.

Selamat datang kembali

Batch 2011, 2012 dan 2013 yang berkesempatan datang baru-baru ini Kami berbangga dan mengalu-alukan kedatangan anda kembali ke sini. Ini tempat anda dan kita selalu sama-sama di sini sedikit masa dahulu. Kenangan sudah pasti ada tidak kira apa warnanya. Masa terus berlalu seiring anda pergi tetapi segala memori akan terus kekal. Wajah yang menginspirasikan pelbagai kejayaan batch 2010-2011 Terima kasih Kudud (Batch 2009) antara OB yang terawal sudi berkongsi pengetahuan dengan pelajar-pelajar. Kini ramai yang mengikuti jejak anda. Abd Rahman Ahmad 5/10/2015 Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain