Friday, January 14, 2011

Kenangan KAT 10s di SMV Muar 2010

Friday, January 14, 2011
Barisan Tanjung Rhinos KAT 10s di SMV Muar
Dari kiri : Rasydan, Adib, Yus, Haziq kecik, izat, Farid Talib (C), Amat Faat, Akmal, Haziq Shahrudin, Long
Tiada dalam gambar : Arif, Kuning, Fizi dan Apek
Sepanjang tahun 2010, antara pertandingan yang disertai oleh Tanjung Rhinos ialah menyertai Pertandingan Ragbi KAT 10s 2010 di SMV Muar.Walaupun ianya bukan kenangan yang manis untuk diingati, ekoran kegagalan pasukan Tanjung Rhinos mengekalkan reputasi layak ke separuh akhir dua tahun berturut-turut. Kegagalan ini memang pahit untuk ditelan. Namun itu semua menyebabkan kami semakin bekerja keras dan terus kekal hingga ke saat ini. Pertandingan ini telah menyaksikan pasukan Tanjung Rhinos tewas di tangan pasukan SMV Kota Tinggi dengan keputusan 14-12, dan seterusnya ditunjukkan jalan keluar oleh SMT Johor Bahru dengan keputusan 15-0. Pasukan berjaya melakarkan kemenangan saguhati apabila menewaskan SMV Kluang dengan keputusan 15-0. Pemain-pemain kelihatan sangat kecewa. Banyak perkara yang tidak menyebelahi kami dan segala-galanya kelihatan tidak menjadi. Belum tertulis bahawa tahun ini adalah tahun kami mungkin. Keputusan akhir, Edisi 2010 diungguli pasukan tuan rumah SM Vokasional Muar diikuti dengan SM Vokasional Segamat, SM Vokasional Kota Tinggi dan SM Teknik Johor Bahru. Walau apapun, kami sedar, banyak perkara yang kami perlu lakukan untuk memastikan episod duka ini tidak berulang kembali. Tahun 2011, KAT 10s akan berlangsung tidak lama lagi. Semoga Tanjung Rhinos lebih bersinar tahun ini. Kini masa untuk kita bekerja lebih keras lagi. Ayuh terus mara Tanjung Rhinos.

Panorama indah di sekitar SMV Muar
Johan KAT 10s edisi 2010, SM Vokasional Muar
Ashraf antara forward terbaik yang pernah singgah di SM Vokasional Tanjung Puteri
Kid antara pemain yang mempamerkan permainan konsisten sepanjang kejohanan
Wajah kecewa selepas tewas kepada SM Teknik Johor Bahru



0 comments:

Post a Comment

 
◄Design by Pocket Distributed by Deluxe Templates