Skip to main content

Tahun baru 2011

Sesi persekolahan tahun ini telah bermula. Pelajar-pelajar telah mula kembali ke asrama dan sekolah. Asrama SM Vokasional Tanjung Puteri mula dipenuhi dengan pelajar-pelajar yang kelihatan lebih bersemangat tahun ini. Hujan renyai-renyai pada petang isnin, 3 Januari 2011 tidak menghalang Pasukan Tanjung Rhinos untuk mengadakan latihan buat pertama kali pertama bagi tahun ini.

Pasukan juga menerima pengerusi yang baru, En Zainuzzaman bin Salleh yang berpindah dari SM Vokasional Segamat dan akan bertugas menggantikan pengerusi terdahulu, Tn Hj Ruslan bin Musa yang kini bertugas di BPTV. Selamat maju jaya kepada beliau yang telah banyak memberi sokongan kepada Tanjung Rhinos. 

Pasukan Bola Sepak Malaysia baru sahaja melakukan kejutan hebat apabila menjadi juara di rantau Asia Tenggara apabila mengalahkan Indonesia dengan argegat 4-2. Sukan memang penuh dengan kejutan. Kami juga berharap tahun ini pasukan Tanjung Rhinos dapat melakarkan keputusan-keputusan yang mengejutkan dalam pertandingan yang disertai.

Kalungan daripada bekas pengetua, Tn Hj Ruslan bin Musa (2008-2010)
Kami faham kejutan itu tidak akan mampu kami cipta hanya dengan mimpi dan cita-cita sahaja. Sebaliknya memerlukan kepada latihan, semangat, disiplin dan sikap yang positif. Kami akan memanfaatkan masa yang ada untuk terus membina satu pasukan yang lebih baik dari semalam. Semoga mimpi akan menjadi kenyataan.

Tetap semangat Tanjung Rhinos..

Selesai..

Comments

Popular posts from this blog

Projek DIY Scrum Machine

Cikgu Khairee memberikan sentuhan terakhir untuk menyiapkan projek scrum machine Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan untuk memberi kemudahan kepada pelajar mengikuti latihan dengan lebih baik. Cikgu Khairee telah memulakan projek Scrum machine pada penghujung tahun 2010 dan kini sudah 90% siap. Terima kasih tidak terhingga atas kerja keras beliau. Semoga kemudahan-kemudahan ini diharap menjadikan para pemain Tanjung Rhinos lebih berusaha keras untuk mendapat kejayaan yang lebih besar tahun 2011 ini..

Persahabatan dengan English College Johor bahru (MSAB)

Mengabadikan kenangan Perlawanan persahabatan SMVTP - EC kali ke-2 2011 14 Sept 2011, Rabu. Perlawanan persahabatan pertama untuk pemain-pemain ragbi SMVTP 2011/2012 dan perlawanan persahabatan kali ke-2 dengan Maktab Sultan Abu Bakar. Kembali semula untuk membina pasukan yang baru. Pemain-pemain baru mula berlatih dan diberi kepercayaan untuk menyarung jersi kebanggaan SM Vokasional Tanjung Puteri. 18 orang pemain telah dipilih untuk perlawanan persahabatan pada petang ini. Dengan jumlah pemain yang baru pertama kali bermain untuk perlawanan kompetetif buat kali pertama, kami tidak meletakkan sebarang harapan yang tinggi petang ini. Tujuan utama hanyalah sekadar memberi pendedahan awal kepada mereka. Beberapa perlawanan persahabatan dan 'tournament' akan kami sertai untuk membina pasukan yang lebih baik. Perlawanan pada petang ini dimenangi oleh MSAB tetapi kami berjaya memenuhi objektif kami. Perlawanan terpaksa diberhentikan sejurus kedatangan hujan yang semakin lebat. ...

Sirkit Pembangunan Ragbi Bawah 16 Tahun Pusingan 1 2013

'Kembali membina' generasi TR 2013-2014 Pusingan pertama bagi Zon Selatan telah berlangsung di SDAHA Pontian. Keghairahan semua pemain-pemain yang rata-ratanya baru pertama kali berpeluang untuk mewakili sekolah dalam sukan ragbi jelas terpancar di wajah setiap peserta. Keputusan perlawanan-perlawanan adalah seperti berikut : 1. TR vs MSAB Tewas 31-0 2. TR vs SDAHA Tewas 5-0 3. TR vs SMK Seri Alam Seri 5-5 Keputusan tersebut dianggap memadai dengan usia pasukan ini yang baru beberapa minggu atau bulan berlatih. Prestasi pasukan dan individu juga telah dinilai sebaiknya dan beberapa kelemahan telah dikenal pasti dan bersedia untuk diatasi melalui latihan-latihan selepas ini. Kami berharap agar semua yang terlibat terutamanya pemain-pemain tetap cekal menjalani latihan dan bersedia untuk menghadapi saingan-saingan mendatang.