Skip to main content

Panduan Pembahagian Masa Latihan

Rencana ini hanya merupakan suatu perkongsian ilmu berdasarkan kepada pengalaman dan pandangan peribadi penulis. Segala komentar adalah sangat dialu-alukan.

Sebelum memulakan rencana ini, saya ingin menggambarkan keadaan saya ketika mula terlibat dalam sukan ragbi. Sebagai seorang Guru Malaysia, kami perlu sentiasa bersedia untuk menerima apa sahaja 'kerja' yang dipertanggungjawabkan termasuklah menjadi 'jurulatih'. Pada peringkat awal, seringkali juga saya meng 'google' untuk mencari perkara-perkara asas seperti ini. Memandangkan kebolehan Bahasa Inggeris yang minimum, saya menggunakan medium 'Bahasa Melayu' untuk mencari tetapi seringkali gagal. Jadi penulisan ini saya dedikasikan kepada insan-insan yang sedang melalui jalan-jalan yang telah saya lalui sebelum ini. Semoga mendapat 'sedikit' panduan daripada penulisan ini.

Penulisan kali ini memfokuskan tentang perkara-perkara yang ingin dilakukan dalam sesuatu sesi latihan. Cadangan saya adalah seperti berikut


Pertama : Sesi memanaskan badan (Warm-Up Session)
Saya kurang memberi tumpuan kepada sesi ini dahulunya. Saya sering mengharapkan apabila saya ke padang, pemain-pemain telah selesai melakukan sesi ini. Namun, memberikan perhatian tambahan kepada sesi ini akan membuahkan sesuatu hasil yang agak besar dalam aspek kecergasan dan seterusnya mengelakkan pemain-pemain mengalami kecederaan sepanjang sesi latihan dan hari pertandingan.

Kedua : Individual skill session.
Sesi yang memberi penekanan kepada aspek kemahiran individu. Antara aspek kemahiran individu termasuk; melakukan hantaran (passing), penerimaan (receiving), tackling, melakukan sepakan (kicking), taking the ball into contact, catching high ball dan taking the ball on the ground.

Ketiga : Mini skill session
Sesi ini meliputi 2 perkara iaitu ruck dan maul. 

Keempat : Unit skill session
Penekanan kepada unit forward (scrum, lineout, forward play etc) dan backline (set move, backline attack, backline defend etc).

Kelima : Shadow Play
Unit forward dan backline disatukan kembali dan bermain daripada situasi tertentu dengan cara-cara permainan tertentu (contoh : bermain daripada scrum dan backline bermain dengan mengeluarkan bola sehingga winger - rucking dengan penglibatan beberapa orang - forward kembali bermain etc).

Keenam : Cooling Down
Boleh cuba teknik menyejukkan diri yang terkini iaitu mandi ais.

Amalan biasa yang saya aplikasikan adalah selepas melakukan latihan selama sekitar 7-10 sesi, adakan satu perlawanan ujian, rekod perlawanan tersebut (memandangkan saya tidak begitu spontan dan memori saya tidak begitu baik), analisis perlawanan dan 'groom' kembali dalam sesi-sesi latihan yang seterusnya. Beri penekanan kepada area kelemahan individu dan pasukan.

Comments

Popular posts from this blog

Selamat datang kembali

Batch 2011, 2012 dan 2013 yang berkesempatan datang baru-baru ini Kami berbangga dan mengalu-alukan kedatangan anda kembali ke sini. Ini tempat anda dan kita selalu sama-sama di sini sedikit masa dahulu. Kenangan sudah pasti ada tidak kira apa warnanya. Masa terus berlalu seiring anda pergi tetapi segala memori akan terus kekal. Wajah yang menginspirasikan pelbagai kejayaan batch 2010-2011 Terima kasih Kudud (Batch 2009) antara OB yang terawal sudi berkongsi pengetahuan dengan pelajar-pelajar. Kini ramai yang mengikuti jejak anda. Abd Rahman Ahmad 5/10/2015 Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain

Sirkit Pembangunan Ragbi Bawah 16 Tahun Pusingan 1 2013

'Kembali membina' generasi TR 2013-2014 Pusingan pertama bagi Zon Selatan telah berlangsung di SDAHA Pontian. Keghairahan semua pemain-pemain yang rata-ratanya baru pertama kali berpeluang untuk mewakili sekolah dalam sukan ragbi jelas terpancar di wajah setiap peserta. Keputusan perlawanan-perlawanan adalah seperti berikut : 1. TR vs MSAB Tewas 31-0 2. TR vs SDAHA Tewas 5-0 3. TR vs SMK Seri Alam Seri 5-5 Keputusan tersebut dianggap memadai dengan usia pasukan ini yang baru beberapa minggu atau bulan berlatih. Prestasi pasukan dan individu juga telah dinilai sebaiknya dan beberapa kelemahan telah dikenal pasti dan bersedia untuk diatasi melalui latihan-latihan selepas ini. Kami berharap agar semua yang terlibat terutamanya pemain-pemain tetap cekal menjalani latihan dan bersedia untuk menghadapi saingan-saingan mendatang.

#tanjungrhinos SELEPAS 8 TAHUN

PAIN IS TEMPORARY, GLORY IS FOREVER (2007-2015) Sekolah Menengah Teknik Tanjung Puteri Sekolah Menengah Vokasional Tanjung Puteri Kolej Vokasional Tanjung Puteri 3 kali bertukar nama untuk tempoh tersebut dan mungkin akan bertukar lagi sedikit masa lagi. Pemain-pemainnya juga bersilih ganti memandangkan pelajar kami cuma ada tingkatan 4 dan 5 sehingga 2013. Waktu itu, setiap tahun tukar pemain. Baru nak main dah habis sekolah. Cuma sekarang ini pelajar-pelajar dah stay lama sedikit. Masuk KV start umur 16 sampai habis belajar umur 19 tahun. Lama la sedikit berbanding dulu.  Berikut merupakan pencapaian kami untuk 3 kejohanan yang memang biasanya kami sertai iaitu MSSD JB, Intertech 10's (Kejohanan Antara Teknik) 2007-2013 selepas itu tukar nama tournament dan format permainan, menjadi Voktek 7s, untuk peringkat zon Johor dan Malaysia. MSSD JB 15s Inter Tech 10s & Votek 7s Johor Inter Tech 10s & Votek 7s Kebangsaan 2...