Skip to main content

#tanjungrhinos SELEPAS 8 TAHUN

PAIN IS TEMPORARY, GLORY IS FOREVER (2007-2015)
Sekolah Menengah Teknik Tanjung Puteri
Sekolah Menengah Vokasional Tanjung Puteri
Kolej Vokasional Tanjung Puteri

3 kali bertukar nama untuk tempoh tersebut dan mungkin akan bertukar lagi sedikit masa lagi. Pemain-pemainnya juga bersilih ganti memandangkan pelajar kami cuma ada tingkatan 4 dan 5 sehingga 2013. Waktu itu, setiap tahun tukar pemain. Baru nak main dah habis sekolah. Cuma sekarang ini pelajar-pelajar dah stay lama sedikit. Masuk KV start umur 16 sampai habis belajar umur 19 tahun. Lama la sedikit berbanding dulu. 

Berikut merupakan pencapaian kami untuk 3 kejohanan yang memang biasanya kami sertai iaitu MSSD JB, Intertech 10's (Kejohanan Antara Teknik) 2007-2013 selepas itu tukar nama tournament dan format permainan, menjadi Voktek 7s, untuk peringkat zon Johor dan Malaysia.



MSSD JB 15s
Inter Tech 10s & Votek 7s Johor
Inter Tech 10s & Votek 7s Kebangsaan
2007
-
Grouping stage
-
2008
Grouping stage
3rd
-
2009
Grouping stage
4th
-
2010
Grouping stage
Grouping stage
-
2011
2nd
1st
3rd
2012
2nd
2nd
-
2013
3rd
1st
5th
2014
4th
1st
13th
2015
3rd
1st
16th

Pencapaian terbaik kami adalah pada tahun 2011 dengan kejayaan merangkul Johan Inter Tech 10s (waktu itu nama rasmi kejohanan tersebut ialah Kejohanan Antara Teknik), Naib Johan MSSD Johor Bahru dan tempat ketiga Inter Tech Kebangsaan. Nilai tambah kepada pencapaian-pencapaian tersebut ialah kesemuanya dicapai buat kali pertama. Tahun tersebut telah menyempurnakan impian yang kami bentuk bertahun-tahun.

Tahun-tahun berikutnya, sudah tentu dengan pemain-pemain yang berbeza, kami masih dapat mengekalkan konsistensi pencapaian tersebut walaupun terdapat sedikit penurunan. Kejohanan MSSD JB kami masih terus mengekalkan kedudukan 4 tempat teratas bersama-sama dengan English College (MSAB), TSNI HOBBIT dan SMKBBU (EC konsisten mengekalkan kejuaraan sejak tahun 2010, 3 yang lain bertukar-tukar kedudukan 2 hingga 4) dan masih konsisten dalam Inter Tech Zon Johor dengan kejuaraan hatrik (2013-2015).


Namun disebalik konsistensi tersebut, kami belum lagi cukup bagus untuk jadi juara MSSD JB walaupun pernah menjengah pentas final (2011-2012). Harus diakui, memang terdapat perbezaan kelas yang besar terutama dengan English College. Dan di peringkat Inter Tech Kebangsaan juga, kami masih belum lagi dapat menjengah kedudukan tempat kedua teratas. Dengan format 7 sepasukan yang mula diperkenalkan pada tahun 2014, kedudukan kami semakin jauh ke belakang. Dua tahun berturut-turut hanya mampu bersaing untuk kategori shield sahaja.


2016 kami akan kekal fokus menggosok pingat perak kami di MSSD JB supaya boleh jadi emas, kekalkan konsistensi kami dalam VOKTEK 7s Zon Johor dan capai keputusan lebih baik untuk VOKTEK 7s Kebangsaan. Kami telah mula mengutip pengalaman bermain 15 side di penghujung tahun 2015 sebagai persiapan untuk tahun depan. Current players pun ada kemampuan yang agak bagus, coaches pun kena jadi lagi kritis ditambah dengan sokongan pelbagai pihak, rasanya tiada yang mustahil untuk dicapai. Untuk insan-insan budiman yang positif dengan impian kami dan sudi menawarkan apa-apa sahaja bentuk bantuan, samada kepakaran, khidmat nasihat, sokongan kewangan dan lain-lain walau sekecil mana, kami ingin nyatakan di sini bahawa kami sangat mengalu-alukan hal tersebut. Hanya perlukan tinggalkan sebarang komen disini.

Ayuh jadikan impian ini kejayaan kita bersama

"Winners make it happen, losers let it happen"

demi #KVTP

Abd Rahman Ahmad
6.29 pm
24/9/2015

Comments

Popular posts from this blog

Projek DIY Scrum Machine

Cikgu Khairee memberikan sentuhan terakhir untuk menyiapkan projek scrum machine Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan untuk memberi kemudahan kepada pelajar mengikuti latihan dengan lebih baik. Cikgu Khairee telah memulakan projek Scrum machine pada penghujung tahun 2010 dan kini sudah 90% siap. Terima kasih tidak terhingga atas kerja keras beliau. Semoga kemudahan-kemudahan ini diharap menjadikan para pemain Tanjung Rhinos lebih berusaha keras untuk mendapat kejayaan yang lebih besar tahun 2011 ini..

Ragbi MSSD Johor Bahru 2013

Bersama TSNI Hobbit dan Uda Rugby Kejohanan ini telah berlangsung selama tiga hari pada 21-23 Februari 2013 dengan SMK Dato Usman Awang Johor Bahru telah dipilih untuk menjadi hos untuk kejohanan tersebut. Keputusan perlawanan melibatkan pasukan TR adalah seperti berikut : Peringkat kumpulan : 1. Menang 30-0 menentang Sekolah Menengah Dato Jaafar 2. Menang 39-0 menentang SMK Seri Perling Suku Akhir Menang 26-0 menentang SMK Gelang Patah (Broken Bangle RC) Broken Bangle Rugby@SMK Gelang Patah tampil lebih bersemangat tahun ini. Kami faham dan sentiasa bersedia untuk berhadapan dengan pasukan yang memiliki semangat juang yang tinggi ini. Pertemuan ini juga merupakan ulangan perlawanan suku akhir tahun 2012 dengan nasib sekali lagi menyebelahi kami. Namun, prestasi mereka seharusnya mendapat pujian. Separuh Akhir Kalah 32-0 menentang Maktab Sultan Abu Bakar (EC Stingbok) Saya mengingatkan pemain bahawa mereka seharusnya mencabar dan melawan diri mereka sendiri

Sesi memanaskan badan (warm-up session)

Rencana ini hanya merupakan suatu perkongsian ilmu berdasarkan kepada pengalaman dan pandangan peribadi penulis. Segala komentar adalah sangat dialu-alukan. SESI MEMANASKAN BADAN (WARM-UP SESSION) Saya mula memberi tumpuan kepada sesi ini berbanding pendekatan tradisional yang diamalkan sebelum ini - berlari anak beberapa pusingan padang - statik warm-up - tekan tubi - sit-up dan mulakan sesi latihan. Bedasarkan kepada perkongsian menerusi Youtube dan pengamal sukan, saya kini cuba untuk melakukan beberapa perkara seperti berikut : Larian perlahan antara stesyen . Larian ke hadapan - sisi - belakang - sisi. Penekanan kepada aspek komunikasi dimana setiap pemain akan menyebut forward - untuk memulakan larian ke hadapan, side - untuk larian sisi dan backward - larian ke belakang ( pre-warm up ). Warm-up secara dinamik (fokus pada lower body ) Lompat bintang ( Star jump ) - Perkongsian dengan seorang aktivis ragbi, beliau menekankan aspek fizikal dengan meminta pemain