Skip to main content

MSSJ Johor 2013 : Tanpa episod akhir

Team Johor Bahru - Luaskan kuasamu
Kejohanan Ragbi MSSJ Negeri Johor 2013 telah berlangsung pada 9-11 Mac 2013 dengan Johor Bahru telah dipilih sebagai tuan rumah. Perlawanan untuk kategori bawah 18 tahun telah berlangsung di Padang JRU, Dataran Bandaraya Johor Bahru dan SMK Dato' Usman Awang. Tumpuan saya semestinya terarah kepada venue Padang JRU memandangkan keseluruhan perlawanan melibatkan pasukan Johor Bahru akan berlangsung di sana. Saya juga ternanti-nanti, samada dua orang wakil kami ke MSSJ iaitu Haikal dan Jerry akan beraksi nanti. Bercakap mengenai wakil kami, saya sememangnya memahami dengan baik bahawa bukan mudah untuk pemain-pemain kami yang dikembang-biakkan selama setahun sahaja mampu untuk mendapat tempat dalam pasukan utama 'team' Johor Bahru. Penghantaran mereka menyertai pasukan Johor Bahru semata-mata untuk memberikan mereka peluang merasai pengalaman berlatih dan bermain bersama dengan 'orang-orang' hebat. Proses ini penting dalam membina pasukan yang lebih baik untuk menyertai Kejohanan Ragbi Karnival Antara Teknik dan Vokasional.

Berikut merupakan antara perlawanan yang sempat disaksikan penulis :

Johor Bahru vs Segamat
Segamat diwakili oleh sejumlah besar pemain KV Segamat dan dilatih oleh Cikgu Mat Noor (Juga dari KV Segamat). Menarik untuk disaksikan memandangkan mereka merupakan saingan utama kami di KAT nanti. Tidak banyak yang dapat diperkatakan dengan keputusan 82-0 yang dicatatkan. Segamat mempunyai 2-3 pemain yang mempunyai keupayaan individu yang baik tetapi secara 'berpasukan' mereka jelas agak ketinggalan.

Johor Bahru vs Kluang (Separuh akhir)
Rata-rata menyifatkan perlawanan ini sebagai perlawanan final. Mereka menjangkakan mana-mana pasukan yang menang dalam perlawanan ini akan muncul johan dalam kejohanan ini. Secara peribadi saya tidak bersetuju dengan pandangan tersebut. Johor Bahru dan Kluang sememangnya dua pasukan terbaik dan mempunyai kelas yang tersendiri, namun, pasukan Batu Pahat dan pengerang (satu lagi perlawanan separuh akhir) juga pasukan yang berkebolehan dan tidak boleh dipandang rendah. Team Kluang berjaya mengekalkan 'patern play', bermain dengan penuh keyakinan dan penuh bermotivasi. 

Keseimbangan antara barisan forward dan backline mereka adalah sangat baik. Team Johor Bahru nampak tersentak dengan kesukaran perlawanan kali ini memandangkan dua perlawanan yang terawal adalah 'mudah'. Ketinggalan 12-0 menerusi dua try Kluang diseparuh masa pertama nampak memberikan sedikit gangguan kepada permainan Johor Bahru. Namun, semangat mereka tetap baikdan akhirnya berjaya mendapatkan try yang pertama menerusi gerakan forward. Try yang kedua hadir beberapa minit sebelum perlawanan tamat menerusi ferakan back-line di penjuru kanan padang. Full Back Johor Bahru berjaya membuat convertion sempurna dan keputusan akhir 14-12 memihak kepada team Johor Bahru. Saya tertanya-tanya mengapa permainan Kluang di separuh masa kedua kelihatan tidak bermaya? Mungkin tidak cukup 'fit'.

Johor Bahru vs Batu Pahat (Akhir)

Separuh masa pertama yang sengit. Pasukan Batu Pahat lebih banyak menguasai bola dan Pasukan Johor Bahru juga sesekali berjaya membawa bola hampir dengan garisan 'try'. Saya sangat bersetuju dengan jurulatih Johor Bahru yang menyifatkan Batu Pahat bermain dengan semangat 'luar biasa' untuk mencipta sejarah melebihi semangat team Johor Bahru untuk mengekalkan kejuaraan untuk tahun ketiga. Semangat berkobar-kobar Batu Pahat terpancar menerusi permainan mereka. Penghujung saingan masa pertama, hujan lebat telah turun membasahi bumi dan kilat sabung menyabung dengan keputusan 0-0.

Separuh masa kedua tidak dapat dijalankan kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan, keadaan padang yang terlalu becak dan tiada sebarang masa yang dapat diambil untuk menjalankan separuh masa kedua. Dari kaca mata seorang penonton, saya merasa sangat kecewa kerana perlawanan terpenting dalam kejohanan ini tidak dapat disudahkan. Sesuatu kejohanan tanpa final sudah tentu hilang serinya. Bayangkan, pemain-pemain yang mungkin mengambil masa 2-3 tahun berlatih untuk menghadapi saingan petang ini dan kesudahannya perlawanan 'terpenting' ini tidak dapat dihabiskan. Juara mutlak tidak dapat ditentukan. 

Akhirnya, kedua-duanya (Johor Bahru dan Batu Pahat) diumumkan sebagai JOHAN bersama. Apapun sekalung tahniah kepada barisan pengurusan, kejurulatihan dan pemain-pemain Johor Bahru dan Batu Pahat atas pencapaian anda. Juga setinggi-tinggi tahniah kepada penganjur (Johor Bahru) atas penganjuran yang hebat ini.

Opening Game : Kluang vs Kulai
Perlawanan pertama team JB : vs Segamat
Farid MSAB (Pakai headgear) Kapten team JB
Aksi separuh akhir menentang Kluang

Comments

Popular posts from this blog

Projek DIY Scrum Machine

Cikgu Khairee memberikan sentuhan terakhir untuk menyiapkan projek scrum machine Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan untuk memberi kemudahan kepada pelajar mengikuti latihan dengan lebih baik. Cikgu Khairee telah memulakan projek Scrum machine pada penghujung tahun 2010 dan kini sudah 90% siap. Terima kasih tidak terhingga atas kerja keras beliau. Semoga kemudahan-kemudahan ini diharap menjadikan para pemain Tanjung Rhinos lebih berusaha keras untuk mendapat kejayaan yang lebih besar tahun 2011 ini..

Ragbi MSSD Johor Bahru 2013

Bersama TSNI Hobbit dan Uda Rugby Kejohanan ini telah berlangsung selama tiga hari pada 21-23 Februari 2013 dengan SMK Dato Usman Awang Johor Bahru telah dipilih untuk menjadi hos untuk kejohanan tersebut. Keputusan perlawanan melibatkan pasukan TR adalah seperti berikut : Peringkat kumpulan : 1. Menang 30-0 menentang Sekolah Menengah Dato Jaafar 2. Menang 39-0 menentang SMK Seri Perling Suku Akhir Menang 26-0 menentang SMK Gelang Patah (Broken Bangle RC) Broken Bangle Rugby@SMK Gelang Patah tampil lebih bersemangat tahun ini. Kami faham dan sentiasa bersedia untuk berhadapan dengan pasukan yang memiliki semangat juang yang tinggi ini. Pertemuan ini juga merupakan ulangan perlawanan suku akhir tahun 2012 dengan nasib sekali lagi menyebelahi kami. Namun, prestasi mereka seharusnya mendapat pujian. Separuh Akhir Kalah 32-0 menentang Maktab Sultan Abu Bakar (EC Stingbok) Saya mengingatkan pemain bahawa mereka seharusnya mencabar dan melawan diri mereka sendiri

Sesi memanaskan badan (warm-up session)

Rencana ini hanya merupakan suatu perkongsian ilmu berdasarkan kepada pengalaman dan pandangan peribadi penulis. Segala komentar adalah sangat dialu-alukan. SESI MEMANASKAN BADAN (WARM-UP SESSION) Saya mula memberi tumpuan kepada sesi ini berbanding pendekatan tradisional yang diamalkan sebelum ini - berlari anak beberapa pusingan padang - statik warm-up - tekan tubi - sit-up dan mulakan sesi latihan. Bedasarkan kepada perkongsian menerusi Youtube dan pengamal sukan, saya kini cuba untuk melakukan beberapa perkara seperti berikut : Larian perlahan antara stesyen . Larian ke hadapan - sisi - belakang - sisi. Penekanan kepada aspek komunikasi dimana setiap pemain akan menyebut forward - untuk memulakan larian ke hadapan, side - untuk larian sisi dan backward - larian ke belakang ( pre-warm up ). Warm-up secara dinamik (fokus pada lower body ) Lompat bintang ( Star jump ) - Perkongsian dengan seorang aktivis ragbi, beliau menekankan aspek fizikal dengan meminta pemain