Skip to main content

Ragbi MSSD Johor Bahru 2013

Bersama TSNI Hobbit dan Uda Rugby
Kejohanan ini telah berlangsung selama tiga hari pada 21-23 Februari 2013 dengan SMK Dato Usman Awang Johor Bahru telah dipilih untuk menjadi hos untuk kejohanan tersebut. Keputusan perlawanan melibatkan pasukan TR adalah seperti berikut :

Peringkat kumpulan :
1. Menang 30-0 menentang Sekolah Menengah Dato Jaafar
2. Menang 39-0 menentang SMK Seri Perling

Suku Akhir
Menang 26-0 menentang SMK Gelang Patah (Broken Bangle RC)
Broken Bangle Rugby@SMK Gelang Patah tampil lebih bersemangat tahun ini. Kami faham dan sentiasa bersedia untuk berhadapan dengan pasukan yang memiliki semangat juang yang tinggi ini. Pertemuan ini juga merupakan ulangan perlawanan suku akhir tahun 2012 dengan nasib sekali lagi menyebelahi kami. Namun, prestasi mereka seharusnya mendapat pujian.

Separuh Akhir
Kalah 32-0 menentang Maktab Sultan Abu Bakar (EC Stingbok)
Saya mengingatkan pemain bahawa mereka seharusnya mencabar dan melawan diri mereka sendiri untuk menghasilkan permainan terbaik untuk bersaing dengan mereka. Sekalipun tewas dari segi keputusan, ketahuilah bahawa kita perlu berbangga memiliki pasukan yang sentiasa 'tidak berputus asa'. Sekalipun terus-terus menerima asakan, mereka tidak sesekali mengalah dan memberi laluan dengan mudah. Paling membanggakan, tidak sesekali tertunduk terkulai walaupun lawan mendapat 'skor'. Tewas dengan defisit jaringan yang lebih kecil berbanding tahun lalu. Masih sesuatu yang membanggakan. Paling utama, kami belajar banyak dari kekalahan ini.

Penentuan 3/4
Menang 15-10 menentang SMK Bandar Baru Uda (Uda Rugby)
Sangat berbangga dengan sikap 'tidak berputus asa' mereka. Berjaya mendapat 'try' awal menerusi gerakan forward, namun selepas itu kelihatan sedikit bergelut untuk mendapatkan penguasaan bola. Kelemahan dibeberapa posisi dapat dihidu dengan baik oleh mereka dan mereka memanfaatkan keadaan tersebut dan berjaya mendapatkan dua 'try'. Tamat separuh masa pertama dengan UDA Rugby mendahului kami dengan skor 10-5. Separuh masa kedua kelihatan seimbang, kedua-dua pasukan mendapat penguasaan bola yang hampir setara. Hampir tamat perlawanan, pasukan TR mula menyerang melalui scrum dalam kawasan garisan 22 UDA Rugby, gerakan forward yang baik berjaya disudahkan dengan cemerlang oleh backline. Perlawanan diheret ke masa tambahan (Golden Try). Ternyata tuah menyebelahi kami, Firdaus bijak membawa bola dan melakukan larian yang sangat baik seterusnya berjaya mendapatkan 'try' kemenangan.

Tahun 2013, sekali lagi kami berjaya menempatkan pasukan kami dalam kedudukan 3 pasukan terbaik dari sejumlah 12 pasukan yang mengambil bahagian. Walaupun gagal mengekalkan tempat kedua, namun prestasi pemain-pemain boleh disifatkan sebagai 'sangat baik' memandangkan tempoh latihan persediaan untuk MSSD JB hanya sekitar 5 minggu. Keseluruhan pasukan yang mengambil bahagian juga menunjukkan peningkatan kualiti berbanding tahun lalu. Margin kekalahan di tangan MSAB juga berjaya di turunkan.

Fokus kami seterusnya adalah Kejohanan Ragbi Antara Kolej Vokasional / Teknik yang dijangka berlangsung sekitar bulan april. Kami harus segera memulihkan prestasi 'backline' kami dengan melakukan sedikit rombakan dengan bersandarkan kepada prestasi pemain-pemain di Kejohanan Ragbi MSSD ini. Pemain-pemain yang menyerlah akan diberikan ruang untuk bermain dalam 'first team'. Sekalung tahniah kepada 2 wakil TR di Kejohanan Ragbi MSSJ iaitu Haikal dan Jerry yang telah membantu pasukan Johor Bahru mencatat kemenangan dengan muncul 'johan bersama' kejohanan buat kali ketiga berturut-turut.

Aksi pembukaan menentang Pasukan SDJ
Perlawanan kedua menentang Pasukan Seri Perling
Menentang pasukan yang sangat bersemangat Broken Bangle Rugby pada saingan suku akhir
Semangat sekental waja
Diri dari kiri : Ijat,Ijam,Bp,Black(c),Fahmi,Panjang,Qarim,Farhan,Anas,Adin,Harith,Acit,Afif,kirin,naim
duduk dari kiri : Arif,Zul,Farhan Yusak,Arif Jepun,Muzakir,Firdaus,Hafiz,syahiril,Kecik,Jerry
Tidak terkalah untuk tempoh lima tahun

Comments

Popular posts from this blog

Selamat datang kembali

Batch 2011, 2012 dan 2013 yang berkesempatan datang baru-baru ini Kami berbangga dan mengalu-alukan kedatangan anda kembali ke sini. Ini tempat anda dan kita selalu sama-sama di sini sedikit masa dahulu. Kenangan sudah pasti ada tidak kira apa warnanya. Masa terus berlalu seiring anda pergi tetapi segala memori akan terus kekal. Wajah yang menginspirasikan pelbagai kejayaan batch 2010-2011 Terima kasih Kudud (Batch 2009) antara OB yang terawal sudi berkongsi pengetahuan dengan pelajar-pelajar. Kini ramai yang mengikuti jejak anda. Abd Rahman Ahmad 5/10/2015 Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain

Sirkit Pembangunan Ragbi Bawah 16 Tahun Pusingan 1 2013

'Kembali membina' generasi TR 2013-2014 Pusingan pertama bagi Zon Selatan telah berlangsung di SDAHA Pontian. Keghairahan semua pemain-pemain yang rata-ratanya baru pertama kali berpeluang untuk mewakili sekolah dalam sukan ragbi jelas terpancar di wajah setiap peserta. Keputusan perlawanan-perlawanan adalah seperti berikut : 1. TR vs MSAB Tewas 31-0 2. TR vs SDAHA Tewas 5-0 3. TR vs SMK Seri Alam Seri 5-5 Keputusan tersebut dianggap memadai dengan usia pasukan ini yang baru beberapa minggu atau bulan berlatih. Prestasi pasukan dan individu juga telah dinilai sebaiknya dan beberapa kelemahan telah dikenal pasti dan bersedia untuk diatasi melalui latihan-latihan selepas ini. Kami berharap agar semua yang terlibat terutamanya pemain-pemain tetap cekal menjalani latihan dan bersedia untuk menghadapi saingan-saingan mendatang.

#tanjungrhinos SELEPAS 8 TAHUN

PAIN IS TEMPORARY, GLORY IS FOREVER (2007-2015) Sekolah Menengah Teknik Tanjung Puteri Sekolah Menengah Vokasional Tanjung Puteri Kolej Vokasional Tanjung Puteri 3 kali bertukar nama untuk tempoh tersebut dan mungkin akan bertukar lagi sedikit masa lagi. Pemain-pemainnya juga bersilih ganti memandangkan pelajar kami cuma ada tingkatan 4 dan 5 sehingga 2013. Waktu itu, setiap tahun tukar pemain. Baru nak main dah habis sekolah. Cuma sekarang ini pelajar-pelajar dah stay lama sedikit. Masuk KV start umur 16 sampai habis belajar umur 19 tahun. Lama la sedikit berbanding dulu.  Berikut merupakan pencapaian kami untuk 3 kejohanan yang memang biasanya kami sertai iaitu MSSD JB, Intertech 10's (Kejohanan Antara Teknik) 2007-2013 selepas itu tukar nama tournament dan format permainan, menjadi Voktek 7s, untuk peringkat zon Johor dan Malaysia. MSSD JB 15s Inter Tech 10s & Votek 7s Johor Inter Tech 10s & Votek 7s Kebangsaan 2...