Skip to main content

Kajang X 10s 2012


Tanjung Puteri di Kajang X 10s 2012 2nd edition
Sekali lagi menyertai kejohanan ragbi ini buat kali kedua dan masih lagi menjadi satu-satunya pasukan luar negeri Selangor yang menyertai kejohanan ini untuk kategori bawah 18 tahun. Masih berlangsung di Padang UKM yang cukup mengujakan dengan kawasan padang dan pemandangan yang cukup sempurna. Keputusan hari pertama tidak terlalu memberangsangkan dengan mencatatkan keputusan sederhana seperti berikut :

1. Kalah 0-10 vs SMK Sg Long
2. Menang 19-0 vs Kajang RC (B)
3. Kalah 5-0 vs MPAJ (B)

Berkedudukan ke-6 dan akan bermain dengan pasukan ke-3 terbaik untuk separuh akhir cup/plate. Sasaran yang realistik ketika ini hanya mengutip pengalaman. Walaubagaimanapun keputusan pada hari ke-2 dilihat lebih menggalakkan. Keputusan akhir adalah seperti berikut : 

SF Cup/Plate Menang vs SMK Sg Long 14-0
SF Cup Menang vs MPAJ (B) 5-5 (menang menerusi try awal)
Final Cup Kalah vs MPAJ (A) 17-0


Berjaya meraih tempat ke-2 cup tentunya merupakan suatu magis bagi kami. Harapan saya agar pemain-pemain ini yang bakal menjadi tunjang KV Tanjung Puteri pada tahun hadapan akan memiliki nilai bekerja keras agar terus maju.

Bertemu SMK Sg Long
Pijul (c) Menerima voucer Satay Willy Kajang

Selepas menerima kalungan pingat Naib Johan Kajang X 10s 2012

Comments

Popular posts from this blog

Selamat datang kembali

Batch 2011, 2012 dan 2013 yang berkesempatan datang baru-baru ini Kami berbangga dan mengalu-alukan kedatangan anda kembali ke sini. Ini tempat anda dan kita selalu sama-sama di sini sedikit masa dahulu. Kenangan sudah pasti ada tidak kira apa warnanya. Masa terus berlalu seiring anda pergi tetapi segala memori akan terus kekal. Wajah yang menginspirasikan pelbagai kejayaan batch 2010-2011 Terima kasih Kudud (Batch 2009) antara OB yang terawal sudi berkongsi pengetahuan dengan pelajar-pelajar. Kini ramai yang mengikuti jejak anda. Abd Rahman Ahmad 5/10/2015 Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain

Sirkit Pembangunan Ragbi Bawah 16 Tahun Pusingan 1 2013

'Kembali membina' generasi TR 2013-2014 Pusingan pertama bagi Zon Selatan telah berlangsung di SDAHA Pontian. Keghairahan semua pemain-pemain yang rata-ratanya baru pertama kali berpeluang untuk mewakili sekolah dalam sukan ragbi jelas terpancar di wajah setiap peserta. Keputusan perlawanan-perlawanan adalah seperti berikut : 1. TR vs MSAB Tewas 31-0 2. TR vs SDAHA Tewas 5-0 3. TR vs SMK Seri Alam Seri 5-5 Keputusan tersebut dianggap memadai dengan usia pasukan ini yang baru beberapa minggu atau bulan berlatih. Prestasi pasukan dan individu juga telah dinilai sebaiknya dan beberapa kelemahan telah dikenal pasti dan bersedia untuk diatasi melalui latihan-latihan selepas ini. Kami berharap agar semua yang terlibat terutamanya pemain-pemain tetap cekal menjalani latihan dan bersedia untuk menghadapi saingan-saingan mendatang.

#tanjungrhinos SELEPAS 8 TAHUN

PAIN IS TEMPORARY, GLORY IS FOREVER (2007-2015) Sekolah Menengah Teknik Tanjung Puteri Sekolah Menengah Vokasional Tanjung Puteri Kolej Vokasional Tanjung Puteri 3 kali bertukar nama untuk tempoh tersebut dan mungkin akan bertukar lagi sedikit masa lagi. Pemain-pemainnya juga bersilih ganti memandangkan pelajar kami cuma ada tingkatan 4 dan 5 sehingga 2013. Waktu itu, setiap tahun tukar pemain. Baru nak main dah habis sekolah. Cuma sekarang ini pelajar-pelajar dah stay lama sedikit. Masuk KV start umur 16 sampai habis belajar umur 19 tahun. Lama la sedikit berbanding dulu.  Berikut merupakan pencapaian kami untuk 3 kejohanan yang memang biasanya kami sertai iaitu MSSD JB, Intertech 10's (Kejohanan Antara Teknik) 2007-2013 selepas itu tukar nama tournament dan format permainan, menjadi Voktek 7s, untuk peringkat zon Johor dan Malaysia. MSSD JB 15s Inter Tech 10s & Votek 7s Johor Inter Tech 10s & Votek 7s Kebangsaan 2...