Skip to main content

Kemeriahan Johor Rugby Carnival 2012

Aktiviti yang berlangsung sepanjang karnival
Kehadiran karnival ini sememangnya dinanti-nantikan oleh semua penggiat ragbi baik di peringkat Negeri Johor, Malaysia dan juga Asia. Dengan 4 kejohanan berlangsung serentak dan menghimpunkan lebih daripada 100 buah pasukan, karnival ini sememangnya mempunyai prestij yang tersendiri. Bagi Pasukan Ragbi SM Vokasional Tanjung Puteri yang mula menyertai kejohanan ini bermula dari tahun pertama penganjurannya, kejohanan ini merupakan pentas terbaik untuk mendapat peluang beraksi dengan pasukan-pasukan ragbi terbaik dari seluruh Malaysia. Buat julung-julung kalinya kami akan menghantar dua pasukan ke pentas Iskandar Malaysia 10's Rugby Challenge 2012 ini iaitu Pasukan SM Vokasional Tanjung Puteri dan Pasukan Tanjung Rhinos Old Boys (TROBA) setelah kedua-dua pasukan ini berjaya mengharungi pusingan kelayakan di UTM Southern 10's dengan jayanya.

Senarai pasukan yang menyertai Iskandar Malaysia 2012
4 kejohanan serentak
'We Are Different, Johorean'

Comments

Popular posts from this blog

Selamat datang kembali

Batch 2011, 2012 dan 2013 yang berkesempatan datang baru-baru ini Kami berbangga dan mengalu-alukan kedatangan anda kembali ke sini. Ini tempat anda dan kita selalu sama-sama di sini sedikit masa dahulu. Kenangan sudah pasti ada tidak kira apa warnanya. Masa terus berlalu seiring anda pergi tetapi segala memori akan terus kekal. Wajah yang menginspirasikan pelbagai kejayaan batch 2010-2011 Terima kasih Kudud (Batch 2009) antara OB yang terawal sudi berkongsi pengetahuan dengan pelajar-pelajar. Kini ramai yang mengikuti jejak anda. Abd Rahman Ahmad 5/10/2015 Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain

Sirkit Pembangunan Ragbi Bawah 16 Tahun Pusingan 1 2013

'Kembali membina' generasi TR 2013-2014 Pusingan pertama bagi Zon Selatan telah berlangsung di SDAHA Pontian. Keghairahan semua pemain-pemain yang rata-ratanya baru pertama kali berpeluang untuk mewakili sekolah dalam sukan ragbi jelas terpancar di wajah setiap peserta. Keputusan perlawanan-perlawanan adalah seperti berikut : 1. TR vs MSAB Tewas 31-0 2. TR vs SDAHA Tewas 5-0 3. TR vs SMK Seri Alam Seri 5-5 Keputusan tersebut dianggap memadai dengan usia pasukan ini yang baru beberapa minggu atau bulan berlatih. Prestasi pasukan dan individu juga telah dinilai sebaiknya dan beberapa kelemahan telah dikenal pasti dan bersedia untuk diatasi melalui latihan-latihan selepas ini. Kami berharap agar semua yang terlibat terutamanya pemain-pemain tetap cekal menjalani latihan dan bersedia untuk menghadapi saingan-saingan mendatang.

#tanjungrhinos SELEPAS 8 TAHUN

PAIN IS TEMPORARY, GLORY IS FOREVER (2007-2015) Sekolah Menengah Teknik Tanjung Puteri Sekolah Menengah Vokasional Tanjung Puteri Kolej Vokasional Tanjung Puteri 3 kali bertukar nama untuk tempoh tersebut dan mungkin akan bertukar lagi sedikit masa lagi. Pemain-pemainnya juga bersilih ganti memandangkan pelajar kami cuma ada tingkatan 4 dan 5 sehingga 2013. Waktu itu, setiap tahun tukar pemain. Baru nak main dah habis sekolah. Cuma sekarang ini pelajar-pelajar dah stay lama sedikit. Masuk KV start umur 16 sampai habis belajar umur 19 tahun. Lama la sedikit berbanding dulu.  Berikut merupakan pencapaian kami untuk 3 kejohanan yang memang biasanya kami sertai iaitu MSSD JB, Intertech 10's (Kejohanan Antara Teknik) 2007-2013 selepas itu tukar nama tournament dan format permainan, menjadi Voktek 7s, untuk peringkat zon Johor dan Malaysia. MSSD JB 15s Inter Tech 10s & Votek 7s Johor Inter Tech 10s & Votek 7s Kebangsaan 2...