Skip to main content

Cabaran Ragbi Iskandar 10's 2012

Tanjung Rhinos Old Boys (TROBA) 2nd Plate Iskandar Malaysia 10s Rugby Challenge
23-24 Jun 2012, Sabtu-Ahad. Masih mengekalkan lokasi nostalgia yang sama, Padang Dataran Bandaraya Johor Bahru terus menjadi 'trademark' kepada penganjuran Iskandar Malaysia 10's Rugby Challenge. Selain menerima penyertaan daripada pasukan-pasukan ragbi terbaik dari seantero Malaysia termasuklah SSTMI (Sekolah Sukan Tengku Mahkota Ismail), SMSS, Semashur, English College dan banyak lagi, kejohanan kali ini turut dimeriahkan dengan kehadiran pasukan-pasukan negara jiran iaitu DHL Ta'moko Lions RFC dari Singapura dan Prince Royal College dari Thailand.

Aksi 'Beto' ketika menentang pasukan SAS
Pasukan SM Vokasional Tanjung Puteri telah diundi di dalam Kumpulan D bersama-sama dengan Pasukan Ragbi Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) dan SMK Anjung Batu. Berikut merupakan keputusan perlawanan di peringkat kumpulan :
  • SMVTP vs SMAB Menang 24-0
  • SMVTP vs SAS Kalah 24-7
Larian deras Patah berjaya melepasi pertahanan SMKFY
Bagi Pasukan TROBA pula, telah diundi di dalam Kumpulan C bersama-sama dengan Pasukan Ragbi English College, SM Sains Miri, Sarawak dan SM Foon Yew. Keputusan saingan diperingkat kumpulan adalah seperti berikut :
  • TROBA vs English College Kalah 28-0
  • TROBA vs SM Sains Miri Menang 29-0
  • TROBA vs SM Foon Yew Menang 26-5
Saingan pada hari kedua pula menemukan Pasukan SMVTP yang berkedudukan tempat ke-2 Kumpulan D bertemu dengan Pasukan Ragbi SSNS (Sekolah Sukan Negeri Sembilan). Keputusannya, SMVTP tewas dengan mata 28-0. SMVTP seterusnya layak bermain di Peringkat QF Plate bertemu dengan satu lagi wakil kami, TROBA yang juga telah tewas dengan Pasukan CIMB Cobra dengan skor 21-0. Berikut merupakan keputusan-keputusan seterusnya bagi kategori Plate:
  • QF SMVTP vs TROBA, TROBA Menang 21-0
  • SF TROBA vs BRRC Menang 19-14
  • Final TROBA vs Intergom Kalah 14-0
Keputusan akhir, TROBA berjaya muncul NAIB JOHAN Plate Kategori Bawah 18 Tahun. Satu lagi kejayaan yang bolah disifatkan sebagai pencapaian terbaik dalam sejarah penyertaan di Iskandar Malaysia. Untuk rekod, pencapaian terbaik sebelum ini adalah Johan Spoon Kategori Bawah 18 Tahun 2010. Tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam kejohanan ini dan setinggi tahniah buat penganjur kejohanan (JRU) atas kelancaran karnival tahun ini. Setinggi-tinggi Tahniah buat pasukan SSTMI yang menjuarai Kejohanan bagi kedua-dua kategori iaitu Bawah 15 Tahun dan Bawah 18 Tahun dengan menewaskan SMSS bagi kedua-dua kategori dan juga buat Pasukan Malaysia yang berjaya mengekalkan gelaran Johan ARFU 7s U20 selepas menewaskan Hong Kong dalam aksi final yang sangat mendebarkan.

Coach bercakap 'sorang-sorang'

Kebanggaan kami - Tanjung Rhinos 2011-2012
turut diperkuatkan oleh Perling Dragon
Lontaran masuk team 'TROBA'
Pertembungan antara TR dan TROBA


Comments

Popular posts from this blog

Projek DIY Scrum Machine

Cikgu Khairee memberikan sentuhan terakhir untuk menyiapkan projek scrum machine Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan untuk memberi kemudahan kepada pelajar mengikuti latihan dengan lebih baik. Cikgu Khairee telah memulakan projek Scrum machine pada penghujung tahun 2010 dan kini sudah 90% siap. Terima kasih tidak terhingga atas kerja keras beliau. Semoga kemudahan-kemudahan ini diharap menjadikan para pemain Tanjung Rhinos lebih berusaha keras untuk mendapat kejayaan yang lebih besar tahun 2011 ini..

Ragbi MSSD Johor Bahru 2013

Bersama TSNI Hobbit dan Uda Rugby Kejohanan ini telah berlangsung selama tiga hari pada 21-23 Februari 2013 dengan SMK Dato Usman Awang Johor Bahru telah dipilih untuk menjadi hos untuk kejohanan tersebut. Keputusan perlawanan melibatkan pasukan TR adalah seperti berikut : Peringkat kumpulan : 1. Menang 30-0 menentang Sekolah Menengah Dato Jaafar 2. Menang 39-0 menentang SMK Seri Perling Suku Akhir Menang 26-0 menentang SMK Gelang Patah (Broken Bangle RC) Broken Bangle Rugby@SMK Gelang Patah tampil lebih bersemangat tahun ini. Kami faham dan sentiasa bersedia untuk berhadapan dengan pasukan yang memiliki semangat juang yang tinggi ini. Pertemuan ini juga merupakan ulangan perlawanan suku akhir tahun 2012 dengan nasib sekali lagi menyebelahi kami. Namun, prestasi mereka seharusnya mendapat pujian. Separuh Akhir Kalah 32-0 menentang Maktab Sultan Abu Bakar (EC Stingbok) Saya mengingatkan pemain bahawa mereka seharusnya mencabar dan melawan diri mereka sendiri

Sesi memanaskan badan (warm-up session)

Rencana ini hanya merupakan suatu perkongsian ilmu berdasarkan kepada pengalaman dan pandangan peribadi penulis. Segala komentar adalah sangat dialu-alukan. SESI MEMANASKAN BADAN (WARM-UP SESSION) Saya mula memberi tumpuan kepada sesi ini berbanding pendekatan tradisional yang diamalkan sebelum ini - berlari anak beberapa pusingan padang - statik warm-up - tekan tubi - sit-up dan mulakan sesi latihan. Bedasarkan kepada perkongsian menerusi Youtube dan pengamal sukan, saya kini cuba untuk melakukan beberapa perkara seperti berikut : Larian perlahan antara stesyen . Larian ke hadapan - sisi - belakang - sisi. Penekanan kepada aspek komunikasi dimana setiap pemain akan menyebut forward - untuk memulakan larian ke hadapan, side - untuk larian sisi dan backward - larian ke belakang ( pre-warm up ). Warm-up secara dinamik (fokus pada lower body ) Lompat bintang ( Star jump ) - Perkongsian dengan seorang aktivis ragbi, beliau menekankan aspek fizikal dengan meminta pemain