Skip to main content

Ragbi MSSD Johor Bahru Bawah 18 Tahun 2012

Barisan pejuang TR di Kejohanan Ragbi MSSD JB 2012
Berdiri (dari kiri) : Zaki, Abot (c), Capang, Beto, Affiz, Amin (vc), Harziq, Naqib dan Fauzan
Ditengah (dari kiri) :Farhan, Amin, Jerry, Fikri, Syahrul dan Lutfi
Duduk (dari kiri) : Abang, Haiqal, Afizul, Mus, Kecik, Adik, Athari, Afif dan Izzat
Tiada dalam gambar : Syah Roswandi
3-6 April 2012, Selasa-Jumaat. Kejohanan yang pada awalnya dijadualkan akan berlangsung di Padang JRU, Dataran Bandaraya Johor Bahru terpaksa bertukar 'venue' ke SMK Bandar Baru Uda, Johor Bahru. Kejohanan ini telah berjaya menghimpunkan sejumlah 12 buah sekolah untuk mengambil bahagian dan merupakan penyertaan terbesar setakat ini. Pasukan TR telah diletakkan dalam kumpulan B bersama-sama dengan pasukan jiran SDJ (Sekolah Menengah Dato' Jaafar) dan SDARY (SMK Dato Abdul Rahman Yasin). Berikut merupakan keputusan-keputusan perlawanan yang melibatkan Pasukan TR sepanjang kejohanan berlangsung :
  • TR vs SDJ Menang 31-7 (Peringkat Kumpulan)
  • TR vs SDARY Menang 25-0 (Peringkat Kumpulan)
  • TR vs SMKGP Menang 36-0 (Suku Akhir)
  • TR vs SMKTSNI Menang 24-17 (Separuh Akhir)
  • TR vs MSAB Kalah 0-36 (Akhir)
Tahun kedua berturut-turut berjaya mengisi slot perlawanan akhir dan masih lagi mengulangi skrip tahun lepas iaitu masih tewas di tangan MSAB yang ternyata jauh lebih baik berbanding kami. Walaubagaimanapun kami tetap berpuas hati dengan sedikit penambahbaikan yang telah berjaya diterapkan di dalam pasukan dan pengurangan margin jumlah skor berbanding final tahun 2011 antara TR dan MSAB (63-3). Insyaallah kita semakin hampir untuk mencatatkan sesuatu yang lebih baik pada tahun-tahun mendatang.
SMVTP naib johan untuk dua tahun berturut-turut
'Orang kuat' ragbi Johor En Zul dan En Saliman turut hadir
Bermain dengan jersi 'terbalik' ketika suku akhir bertemu SMK Gelang Patah
Berikut merupakan kedudukan empat teratas bagi Kejohanan Ragbi MSSD Johor Bahru Bawah 18 Tahun 2012 :
  • Johan : Maktab Sultan Abu Bakar (Stingboks)
  • Naib Johan : SM Vokasional Tanjung Puteri (Tanjung Rhinos)
  • Ketiga : SMK Tun Syed Nasir Ismail (TSNI Hobbit)
  • Keempat : SMK Bandar Baru Uda (Uda Rugby)
MSAB - Johan mutlak tanpa sebarang bolos untuk kejohanan ini
SMK Tun Syed Nasir - Jersi baru dan semangat baru
Pasukan berjiwa kental - SMKBBU di bawah kelolaan En Suzeli

Comments

Popular posts from this blog

Projek DIY Scrum Machine

Cikgu Khairee memberikan sentuhan terakhir untuk menyiapkan projek scrum machine Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan untuk memberi kemudahan kepada pelajar mengikuti latihan dengan lebih baik. Cikgu Khairee telah memulakan projek Scrum machine pada penghujung tahun 2010 dan kini sudah 90% siap. Terima kasih tidak terhingga atas kerja keras beliau. Semoga kemudahan-kemudahan ini diharap menjadikan para pemain Tanjung Rhinos lebih berusaha keras untuk mendapat kejayaan yang lebih besar tahun 2011 ini..

Ragbi MSSD Johor Bahru 2013

Bersama TSNI Hobbit dan Uda Rugby Kejohanan ini telah berlangsung selama tiga hari pada 21-23 Februari 2013 dengan SMK Dato Usman Awang Johor Bahru telah dipilih untuk menjadi hos untuk kejohanan tersebut. Keputusan perlawanan melibatkan pasukan TR adalah seperti berikut : Peringkat kumpulan : 1. Menang 30-0 menentang Sekolah Menengah Dato Jaafar 2. Menang 39-0 menentang SMK Seri Perling Suku Akhir Menang 26-0 menentang SMK Gelang Patah (Broken Bangle RC) Broken Bangle Rugby@SMK Gelang Patah tampil lebih bersemangat tahun ini. Kami faham dan sentiasa bersedia untuk berhadapan dengan pasukan yang memiliki semangat juang yang tinggi ini. Pertemuan ini juga merupakan ulangan perlawanan suku akhir tahun 2012 dengan nasib sekali lagi menyebelahi kami. Namun, prestasi mereka seharusnya mendapat pujian. Separuh Akhir Kalah 32-0 menentang Maktab Sultan Abu Bakar (EC Stingbok) Saya mengingatkan pemain bahawa mereka seharusnya mencabar dan melawan diri mereka sendiri

Sesi memanaskan badan (warm-up session)

Rencana ini hanya merupakan suatu perkongsian ilmu berdasarkan kepada pengalaman dan pandangan peribadi penulis. Segala komentar adalah sangat dialu-alukan. SESI MEMANASKAN BADAN (WARM-UP SESSION) Saya mula memberi tumpuan kepada sesi ini berbanding pendekatan tradisional yang diamalkan sebelum ini - berlari anak beberapa pusingan padang - statik warm-up - tekan tubi - sit-up dan mulakan sesi latihan. Bedasarkan kepada perkongsian menerusi Youtube dan pengamal sukan, saya kini cuba untuk melakukan beberapa perkara seperti berikut : Larian perlahan antara stesyen . Larian ke hadapan - sisi - belakang - sisi. Penekanan kepada aspek komunikasi dimana setiap pemain akan menyebut forward - untuk memulakan larian ke hadapan, side - untuk larian sisi dan backward - larian ke belakang ( pre-warm up ). Warm-up secara dinamik (fokus pada lower body ) Lompat bintang ( Star jump ) - Perkongsian dengan seorang aktivis ragbi, beliau menekankan aspek fizikal dengan meminta pemain