Skip to main content

Perlawanan Persahabatan : Tanjung Rhinos di SMK Dato Usman Awang

Pemain-pemain memanaskan sebelum memulakan perlawanan
8 Mac 2012, Khamis. Selepas menerima cabaran sengit daripada SMK Pasir Gudang 3, Skuad bawah 18 Tahun SMVTP meneruskan siri perlawanan persahabatan dengan berkunjung ke SMK Dato Usman Awang, Johor Bahru bagi menghadapi saingan tiga penjuru melibatkan Tanjung Rhinos - Perling Dragon dan SMK Seri Perling.

Secara keseluruhan pemain-pemain menunjukkan peningkatkan dalam permainan ragbi dengan format 15 sepasukan meskipun baru beberapa minggu kami menjalankan latihan lebih berfokus untuk format 15 sepasukan. Namun masih terdapat banyak ruang yang boleh diperbaiki antaranya meningkatkan komunikasi supaya kawalan  bola di sebelah forward dan peralihan kepada backline lebih lancar dan tersusun, sentiasa berusaha mengekalkan corak permainan supaya rakan sepasukan dapat memberikan responsif yang sesuai dan beberapa lagi kelemahan-kelemahan lain yang telah dikenalpasti.

Apapun syabas buat pasukan TR ini kerana sentiasa memberikan komitmen yang terbaik dan tidak berbelah bagi. Tingkatkan lagi keyakinan dan sentiasa memastikan tahap kecergasan anda dalam keadaan yang terbaik sebelum sepak mula Kejohanan Ragbi MSSD Johor Bahru Bawah 18 Tahun yang dijadualkan bermula pada 3 April nanti.

Perlawanan antara Perling Dragon (jersi biru) dan SMK Seri Perling
Mengambil peluang memperkatakan sesuatu kepada pemain-pemain pada waktu rehat
Wakil JRU, En Norsham Aziz yang sentiasa 'turun ke padang'

Comments

Popular posts from this blog

Projek DIY Scrum Machine

Cikgu Khairee memberikan sentuhan terakhir untuk menyiapkan projek scrum machine Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan untuk memberi kemudahan kepada pelajar mengikuti latihan dengan lebih baik. Cikgu Khairee telah memulakan projek Scrum machine pada penghujung tahun 2010 dan kini sudah 90% siap. Terima kasih tidak terhingga atas kerja keras beliau. Semoga kemudahan-kemudahan ini diharap menjadikan para pemain Tanjung Rhinos lebih berusaha keras untuk mendapat kejayaan yang lebih besar tahun 2011 ini..

Selamat datang kembali

Batch 2011, 2012 dan 2013 yang berkesempatan datang baru-baru ini Kami berbangga dan mengalu-alukan kedatangan anda kembali ke sini. Ini tempat anda dan kita selalu sama-sama di sini sedikit masa dahulu. Kenangan sudah pasti ada tidak kira apa warnanya. Masa terus berlalu seiring anda pergi tetapi segala memori akan terus kekal. Wajah yang menginspirasikan pelbagai kejayaan batch 2010-2011 Terima kasih Kudud (Batch 2009) antara OB yang terawal sudi berkongsi pengetahuan dengan pelajar-pelajar. Kini ramai yang mengikuti jejak anda. Abd Rahman Ahmad 5/10/2015 Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain

Sirkit Pembangunan Ragbi Bawah 16 Tahun Pusingan 1 2013

'Kembali membina' generasi TR 2013-2014 Pusingan pertama bagi Zon Selatan telah berlangsung di SDAHA Pontian. Keghairahan semua pemain-pemain yang rata-ratanya baru pertama kali berpeluang untuk mewakili sekolah dalam sukan ragbi jelas terpancar di wajah setiap peserta. Keputusan perlawanan-perlawanan adalah seperti berikut : 1. TR vs MSAB Tewas 31-0 2. TR vs SDAHA Tewas 5-0 3. TR vs SMK Seri Alam Seri 5-5 Keputusan tersebut dianggap memadai dengan usia pasukan ini yang baru beberapa minggu atau bulan berlatih. Prestasi pasukan dan individu juga telah dinilai sebaiknya dan beberapa kelemahan telah dikenal pasti dan bersedia untuk diatasi melalui latihan-latihan selepas ini. Kami berharap agar semua yang terlibat terutamanya pemain-pemain tetap cekal menjalani latihan dan bersedia untuk menghadapi saingan-saingan mendatang.