Skip to main content

Klinik Ragbi 1.0

Sesi 1 : Pengenalan
'Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah'.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas kesudian En Hazman Jazimin Saad, Ketua Jurulatih untuk Pasukan Ragbi Sekolah Dato' Abdul Razak, Negeri Sembilan atas kesudian beliau meluangkan masa selama 2 hari pada 2-3 Mac 2012 untuk menjayakan Klinik Ragbi 1.0 anjuran JK Pasukan Ragbi SMVTP. Untuk makluman, Pasukan SDAR merupakan Johan KRM 2011 bawah 15 tahun dan baru-baru ini muncul Johan Cup untuk Kejohanan Ragbi Bintang Rugby Club 2012 kategori bawah 16 tahun.

Terima kasih atas kesudian beliau mengusung contact padding dari bumi SDAR sehingga ke Johor bahru, buku-buku dan pelbagai peralatan lain untuk digunakan bersama kami, menempuhi kesukaran akibat kerosakan bas, terpaksa bermalam di Bilik Sukan, menempuhi hujan dan panas, dan pelbagai pengalaman-pengalaman lain. Kesungguhan beliau sangat kami kagumi dan kehadiran beliau di sini benar-benar kami rasai.

Secara peribadi, saya menyifatkan program ini sebagai program pembangunan ragbi terbaik yang pernah dijalankan di SMVTP. Program ini menyelesaikan banyak masalah yang selama ini bersarang di hati sanubari dan jawapan kepada permasalahan untuk menjadikan sukan ragbi sebagai sukan utama dan sentiasa mempunyai legasi. Semoga kehadiran beliau memangkinkan lagi semangat juang kami.

Sesi 2 : Rucking 
Tunjuk cara oleh En. Hazman
Sesi 3 : Tackling
Klinik Ragbi 1.0 disifatkan sebagai program pembangunan terbaik sepanjang 2012

Comments

Popular posts from this blog

Projek DIY Scrum Machine

Cikgu Khairee memberikan sentuhan terakhir untuk menyiapkan projek scrum machine Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan untuk memberi kemudahan kepada pelajar mengikuti latihan dengan lebih baik. Cikgu Khairee telah memulakan projek Scrum machine pada penghujung tahun 2010 dan kini sudah 90% siap. Terima kasih tidak terhingga atas kerja keras beliau. Semoga kemudahan-kemudahan ini diharap menjadikan para pemain Tanjung Rhinos lebih berusaha keras untuk mendapat kejayaan yang lebih besar tahun 2011 ini..

Ragbi MSSD Johor Bahru 2013

Bersama TSNI Hobbit dan Uda Rugby Kejohanan ini telah berlangsung selama tiga hari pada 21-23 Februari 2013 dengan SMK Dato Usman Awang Johor Bahru telah dipilih untuk menjadi hos untuk kejohanan tersebut. Keputusan perlawanan melibatkan pasukan TR adalah seperti berikut : Peringkat kumpulan : 1. Menang 30-0 menentang Sekolah Menengah Dato Jaafar 2. Menang 39-0 menentang SMK Seri Perling Suku Akhir Menang 26-0 menentang SMK Gelang Patah (Broken Bangle RC) Broken Bangle Rugby@SMK Gelang Patah tampil lebih bersemangat tahun ini. Kami faham dan sentiasa bersedia untuk berhadapan dengan pasukan yang memiliki semangat juang yang tinggi ini. Pertemuan ini juga merupakan ulangan perlawanan suku akhir tahun 2012 dengan nasib sekali lagi menyebelahi kami. Namun, prestasi mereka seharusnya mendapat pujian. Separuh Akhir Kalah 32-0 menentang Maktab Sultan Abu Bakar (EC Stingbok) Saya mengingatkan pemain bahawa mereka seharusnya mencabar dan melawan diri mereka sendiri

Sesi memanaskan badan (warm-up session)

Rencana ini hanya merupakan suatu perkongsian ilmu berdasarkan kepada pengalaman dan pandangan peribadi penulis. Segala komentar adalah sangat dialu-alukan. SESI MEMANASKAN BADAN (WARM-UP SESSION) Saya mula memberi tumpuan kepada sesi ini berbanding pendekatan tradisional yang diamalkan sebelum ini - berlari anak beberapa pusingan padang - statik warm-up - tekan tubi - sit-up dan mulakan sesi latihan. Bedasarkan kepada perkongsian menerusi Youtube dan pengamal sukan, saya kini cuba untuk melakukan beberapa perkara seperti berikut : Larian perlahan antara stesyen . Larian ke hadapan - sisi - belakang - sisi. Penekanan kepada aspek komunikasi dimana setiap pemain akan menyebut forward - untuk memulakan larian ke hadapan, side - untuk larian sisi dan backward - larian ke belakang ( pre-warm up ). Warm-up secara dinamik (fokus pada lower body ) Lompat bintang ( Star jump ) - Perkongsian dengan seorang aktivis ragbi, beliau menekankan aspek fizikal dengan meminta pemain