Skip to main content

VOC-AR 10's 2012

Kejohanan pertama yang disertai TR untuk tahun 2012
Kolej Vokasional Arau, Perlis sekali lagi telah berjaya menganjurkan Kejohanan Ragbi Voc-Ar 10's 2012 yang telah berlangsung dengan jayanya pada 21-22 Januari 2012 yang lepas. TR telah menyertai kejohanan buat tahun yang kedua berturut-turut namun telah mendapat keputusan yang 'sedikit' mengecewakan berikutan kegagalan mencatatkan keputusan seri atau menang walaupun berpeluang untuk berbuat demikian. Namun, kejohanan ini merupakan pentas terbaik untuk mengukur kemampuan pasukan dan terus berusaha memperbaiki kelemahan-kelemahan pasukan yang telah dikenalpasti. Berikut merupakan keputusan perlawanan yang melibatkan pasukan TR disepanjang kejohanan :

Peringkat kumpulan :
TR vs SMK Abi, Perlis kalah 0-14
TR vs KGV kalah 5-21
TR vs STAR kalah 0-5

Suku akhir Bowl / Shield :
TR vs SEMSAH kalah 0-14

Separuh akhir Shield :
TR vs SMT Kuala Terengganu kalah 0-14

Tukar selera dengan mencuba masakan dari utara pula
Mencari jersi ragbi di Padang Besar
Perlawanan pertama menentang SMK Abi, Perlis
(Foto ihsan daripada Kolej Vokasional Arau, Perlis)
Cuba memberi saingan terbaik
(Foto ihsan daripada Kolej Vokasional Arau, Perlis)
Tanjung Rhinos 2012 di Kejohanan Voc-Ar 2012
(Foto ihsan daripada Kolej Vokasional Arau, Perlis)

Comments

Popular posts from this blog

Projek DIY Scrum Machine

Cikgu Khairee memberikan sentuhan terakhir untuk menyiapkan projek scrum machine Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan untuk memberi kemudahan kepada pelajar mengikuti latihan dengan lebih baik. Cikgu Khairee telah memulakan projek Scrum machine pada penghujung tahun 2010 dan kini sudah 90% siap. Terima kasih tidak terhingga atas kerja keras beliau. Semoga kemudahan-kemudahan ini diharap menjadikan para pemain Tanjung Rhinos lebih berusaha keras untuk mendapat kejayaan yang lebih besar tahun 2011 ini..

Persahabatan dengan English College Johor bahru (MSAB)

Mengabadikan kenangan Perlawanan persahabatan SMVTP - EC kali ke-2 2011 14 Sept 2011, Rabu. Perlawanan persahabatan pertama untuk pemain-pemain ragbi SMVTP 2011/2012 dan perlawanan persahabatan kali ke-2 dengan Maktab Sultan Abu Bakar. Kembali semula untuk membina pasukan yang baru. Pemain-pemain baru mula berlatih dan diberi kepercayaan untuk menyarung jersi kebanggaan SM Vokasional Tanjung Puteri. 18 orang pemain telah dipilih untuk perlawanan persahabatan pada petang ini. Dengan jumlah pemain yang baru pertama kali bermain untuk perlawanan kompetetif buat kali pertama, kami tidak meletakkan sebarang harapan yang tinggi petang ini. Tujuan utama hanyalah sekadar memberi pendedahan awal kepada mereka. Beberapa perlawanan persahabatan dan 'tournament' akan kami sertai untuk membina pasukan yang lebih baik. Perlawanan pada petang ini dimenangi oleh MSAB tetapi kami berjaya memenuhi objektif kami. Perlawanan terpaksa diberhentikan sejurus kedatangan hujan yang semakin lebat. ...

Sirkit Pembangunan Ragbi Bawah 16 Tahun Pusingan 1 2013

'Kembali membina' generasi TR 2013-2014 Pusingan pertama bagi Zon Selatan telah berlangsung di SDAHA Pontian. Keghairahan semua pemain-pemain yang rata-ratanya baru pertama kali berpeluang untuk mewakili sekolah dalam sukan ragbi jelas terpancar di wajah setiap peserta. Keputusan perlawanan-perlawanan adalah seperti berikut : 1. TR vs MSAB Tewas 31-0 2. TR vs SDAHA Tewas 5-0 3. TR vs SMK Seri Alam Seri 5-5 Keputusan tersebut dianggap memadai dengan usia pasukan ini yang baru beberapa minggu atau bulan berlatih. Prestasi pasukan dan individu juga telah dinilai sebaiknya dan beberapa kelemahan telah dikenal pasti dan bersedia untuk diatasi melalui latihan-latihan selepas ini. Kami berharap agar semua yang terlibat terutamanya pemain-pemain tetap cekal menjalani latihan dan bersedia untuk menghadapi saingan-saingan mendatang.