Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2011

Kejohanan ragbi terbuka sepanjang Oktober

Kejohanan Ragbi Antarabangsa  KGV 10's  2011 22-23 Okt 2011 Kajang X Invitational 8-9 Okt 2011 Sepanjang Oktober nanti, Tanjung Rhinos dijadualkan untuk menyertai 2 kejohanan ragbi terbuka iaitu Kajang X Invitational 2011 yang akan berlansung pada 8-9 Okt 2011 di UKM Bangi. Kejohanan ini merupakan anjuran Kajang Rugby Club (KRC) dan KGV International Rugby Tournament 2011 yang akan berlangsung pada 22-23 Okt 2011 di SMK King George V, Seremban dan turut dianjurkan oleh mereka sendiri (sila klik untuk info pada nama kejohanan). Kedua-dua kejohanan yang bakal disertai ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan beraksi pada peringkat terbaik kepada pemain-pemain Tanjung Rhinos 2011/2012. Kami juga berharap agar dapat mengadakan beberapa siri perlawanan persahabatan sebelum berlangsungnya kejohanan-kejohanan tersebut.

Rugby World Cup 2011 New Zealand

Kejohanan Ragbi paling berprestij yang berlangsung 4 tahun sekali dengan menghimpunkan 20 pasukan mewakili negara-negara yang terbaik dari seluruh dunia bakal berlangsung pada 9 Sept 2011 (jumaat). Perlawanan pembukaan adalah pertemuan pasukan New Zealand menentang pasukan Tonga. Kedua-dua pasukan telah diundi di dalam kumpulan A. Sila klik sini untuk jadual lengkap RWC 2011. Walaupun kehadiran RWC 2011 tidak disambut sehangat Fifa World Cup, namun sebenarnya ragbi sedang berkembang dengan sangat baik di Malaysia. Mungkin juga sesetengahnya sudah mula mengimpikan agar pasukan Malaysia beraksi di pentas RWC ini. Apapun segalanya mungkin. Kepada peminat-peminat ragbi, dapatkan inspirasi sebenar dari perlawanan-perlawanan paling kompetetif dalam RWC 2011. Sila jengah ASTRO anda disaluran 816 (ASSP2) atau 817 (ASSP3) untuk mengikuti siaran langsung pasukan-pasukan pilihan anda. Waktu di bawah merupakan waktu anggaran berdasarkan waktu Malaysia yang 4 jam awal dari waktu di New Zealand. Se

Memoir sebuah perjalanan (TR 2010-2011)

KATV Kebangsaan 2011 'Satria-satria' Tanjung Rhinos 2010-2011 kecemerlangan dan ASPIRASI anda di atas padang sangat-sangat dihargai. Kini peluang untuk anda menunjukkan 'kesatriaan' anda di dalam kelas pula. Buktikan anda merupakan 'satria' yang boleh cemerlang dalam kesemua bidang yang anda ceburi. Video perhargaan kepada para pemain TR 2010-2011 ini memaparkan perjalanan SM Vokasional Tanjung Puteri (wakil Johor) di Kejohanan Antara Teknik / Vokasional (KATV) Kebangsaan di Kuantan 2011. Memuatkan sebahagian rakaman pertemuan dengan SMV Arau - Perlis, SMV Sejingkat - Sarawak, SMT Kuala Kangsar - Perak, SMV Butterworth - Penang dan SMV Ampangan - Negeri Sembilan. Kredit untuk 'cameraman' iaitu Ruzilan Rahmat.  Video yang lain akan dimuatkan tidak lama lagi. Insyaallah.

Satu Inspirasi

Teringat saat berpeluang menyarung jersi sekolah - SMAKJ - untuk Kejohanan Ragbi MSSD Kluang Tahun 1999. Tanpa disedari keringat yang jatuh ketika itu telah memberikan satu rasa cinta yang mendalam terhadap sukan ragbi dan kini sedang bersama-sama berusaha untuk terus menjadikan Pasukan Ragbi SM Vokasional Tanjung Puteri ke persada yang lebih tinggi. Satu nama yang sentiasa saya kenang ialah Cikgu Sairi Sayuthi (kini Tn Hj Sairi bin Sayuthi) yang telah melakukan perkara yang sama terlebih dahulu - meletakkan nama SMAKJ ke persada yang lebih tinggi melalui sukan. Segala mengenai anda kini menjadi suatu inspirasi. Terima kasih cikgu dengan setulus hati. Tn Hj Sairi bin Sayuthi (berkupiah putih) diraikan dalam satu majlis