Monday, August 1, 2011

Satu Inspirasi

Monday, August 1, 2011
Teringat saat berpeluang menyarung jersi sekolah - SMAKJ - untuk Kejohanan Ragbi MSSD Kluang Tahun 1999. Tanpa disedari keringat yang jatuh ketika itu telah memberikan satu rasa cinta yang mendalam terhadap sukan ragbi dan kini sedang bersama-sama berusaha untuk terus menjadikan Pasukan Ragbi SM Vokasional Tanjung Puteri ke persada yang lebih tinggi. Satu nama yang sentiasa saya kenang ialah Cikgu Sairi Sayuthi (kini Tn Hj Sairi bin Sayuthi) yang telah melakukan perkara yang sama terlebih dahulu - meletakkan nama SMAKJ ke persada yang lebih tinggi melalui sukan. Segala mengenai anda kini menjadi suatu inspirasi. Terima kasih cikgu dengan setulus hati.

Tn Hj Sairi bin Sayuthi (berkupiah putih) diraikan dalam satu majlis

0 comments:

Post a Comment

 
◄Design by Pocket Distributed by Deluxe Templates