Skip to main content

Tanjung Rhinos mencipta sejarah baru di KATV Kebangsaan 2011

Line-out di awal-awal permainan
11 Jun 2011, Sabtu. Tanjung Rhinos akhirnya berjaya menumpaskan pasukan yang lebih berpengalaman iaitu pasukan SMV Ampangan dengan dengan pungutan mata 7-5. Satu perlawanan yang sukar untuk dilalui oleh kedua-dua pasukan. Tuah nyata menyebelahi kami apabila try yang dilakukan oleh Fatah berhampiran dengan tiang gol memudahkan Afizi untuk menyempurnakan sepakan convertion selepas itu. Kemenangan tipis dalam penentuan 3/4 yang pertama bagi kami dalam KATV Kebangsaan yang juga pertama kali kami sertai.

SMV Tanjung Puteri vs SMV Ampangan
Pemain SMV Ampangan di keluarkan oleh Fatah
Larian Fatah yang akhirnya memberikan 'try' kemenangan
Mengabadikan kenangan bersama Pengarah BPTV, Tn Hj Ahmad Tajuddin Jab
Bergambar bersama Tuan Pengetua sejurus selepas perlawanan
Tanjung Rhinos lebih banyak menguasai bola di minit-minit awal permainan
Gaya tendangan dari Afizi
Julung-julung kali Kuning diletakkan untuk bermain di posisi centre berbanding posisi asalnya, forward
Kejayaan ini merupakan bonus terbesar untuk Tanjung Rhinos semenjak penubuhannya. Beraksi diperingkat kebangsaan, memberi tentangan yang positif kepada pasukan-pasukan lain dan mampu mempamerkan permainan yang konsisten walaupun ketika berhadapan lawan yang lebih baik, ternama dan berpengalaman berbanding kami. Kejayaan ini sudah pasti meletakkan nama SM Vokasional Tanjung Puteri lebih tinggi lagi dalam arena sukan ragbi bagi sekolah-sekolah teknik/vokasional.

Kejayaan yang cukup manis ini adalah usaha sama semua dan sokongan semua pihak terutama pihak Pengetua dan PK Koku yang sentiasa menyokong usaha-usaha membangunkan sukan ragbi si SM Vokasional Tanjung Puteri, barisan jurulatih yang komited dan sentiasa sedia memberikan yang terbaik dan kesemua warga SM Vokasional Tanjung Puteri yang tidak berputus asa mendoakan dan mengharapkan segala yang terbaik dari kami.

Juga setinggi penghargaan buat penaja-penaja kami ke Pertandingan Ragbi KATV 2011 edisi ke-14 di Kuantan kali ini,
Dan jutaan terima kasih kepada semua pendukung pasukan ini yang terlibat secara langsung atau tidak. Ayuh kita terus bersama untuk terus mengekalkan kecemerlangan ini.

Penaja utama Golden Straits Villas Beach Resort
Baju JOHOR tajaan Koperasi SMVTP
Training shirt tajaan ZNF Sinar ENT
Bersama pasukan SMV Kuala Terengganu, Johan edisi kali ini
Pasukan berjersi PLAYMORE, Tanjung Rhinos dan Terengganu Shark

Comments

Popular posts from this blog

Projek DIY Scrum Machine

Cikgu Khairee memberikan sentuhan terakhir untuk menyiapkan projek scrum machine Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan untuk memberi kemudahan kepada pelajar mengikuti latihan dengan lebih baik. Cikgu Khairee telah memulakan projek Scrum machine pada penghujung tahun 2010 dan kini sudah 90% siap. Terima kasih tidak terhingga atas kerja keras beliau. Semoga kemudahan-kemudahan ini diharap menjadikan para pemain Tanjung Rhinos lebih berusaha keras untuk mendapat kejayaan yang lebih besar tahun 2011 ini..

Ragbi MSSD Johor Bahru 2013

Bersama TSNI Hobbit dan Uda Rugby Kejohanan ini telah berlangsung selama tiga hari pada 21-23 Februari 2013 dengan SMK Dato Usman Awang Johor Bahru telah dipilih untuk menjadi hos untuk kejohanan tersebut. Keputusan perlawanan melibatkan pasukan TR adalah seperti berikut : Peringkat kumpulan : 1. Menang 30-0 menentang Sekolah Menengah Dato Jaafar 2. Menang 39-0 menentang SMK Seri Perling Suku Akhir Menang 26-0 menentang SMK Gelang Patah (Broken Bangle RC) Broken Bangle Rugby@SMK Gelang Patah tampil lebih bersemangat tahun ini. Kami faham dan sentiasa bersedia untuk berhadapan dengan pasukan yang memiliki semangat juang yang tinggi ini. Pertemuan ini juga merupakan ulangan perlawanan suku akhir tahun 2012 dengan nasib sekali lagi menyebelahi kami. Namun, prestasi mereka seharusnya mendapat pujian. Separuh Akhir Kalah 32-0 menentang Maktab Sultan Abu Bakar (EC Stingbok) Saya mengingatkan pemain bahawa mereka seharusnya mencabar dan melawan diri mereka sendiri

Sesi memanaskan badan (warm-up session)

Rencana ini hanya merupakan suatu perkongsian ilmu berdasarkan kepada pengalaman dan pandangan peribadi penulis. Segala komentar adalah sangat dialu-alukan. SESI MEMANASKAN BADAN (WARM-UP SESSION) Saya mula memberi tumpuan kepada sesi ini berbanding pendekatan tradisional yang diamalkan sebelum ini - berlari anak beberapa pusingan padang - statik warm-up - tekan tubi - sit-up dan mulakan sesi latihan. Bedasarkan kepada perkongsian menerusi Youtube dan pengamal sukan, saya kini cuba untuk melakukan beberapa perkara seperti berikut : Larian perlahan antara stesyen . Larian ke hadapan - sisi - belakang - sisi. Penekanan kepada aspek komunikasi dimana setiap pemain akan menyebut forward - untuk memulakan larian ke hadapan, side - untuk larian sisi dan backward - larian ke belakang ( pre-warm up ). Warm-up secara dinamik (fokus pada lower body ) Lompat bintang ( Star jump ) - Perkongsian dengan seorang aktivis ragbi, beliau menekankan aspek fizikal dengan meminta pemain